BOAT NOODLE , BUKAN HANYA HIDANG MANGKUK KECIL TAPI KINI DENGAN SET BERDULANG

Image may contain: 5 people, including Nur Farahain, people smiling, people eating, people sitting, indoor and food

BOAT NOODLE , BUKAN HANYA HIDANG MANGKUK KECIL TAPI KINI DENGAN SET BERDULANG

"Setiap kali anda menyusun mangkuk kecil kami, ianya adalah simbolik meraikan setiap saat indah yang anda lalui. Kerana setiap mangkuk kecil membawa maksudnya yang tersendiri." Itu lah antara petikan di Facebook rasmi Boat Noodle Malaysia. Baru ler aku tahu rupa-rupanya mangkuk kecil itu mampu memberikan saat yang indah kepada mereka yang berkunjung ke setiap cawangan Boat Noodle. Membawa tema , "Savour Your Moment" ..kini boat noodle tampil dengan set berdulang!

Selalunya , kita datang ke boat noodle mesti perkara wajib kita buat ialah makan , stack , repeat!. Order bermangkuk-mangkuk , lepastu makan lepastu susun sampai tinggi dan ulang sampai ler rasa kenyang kan! Itu lah sebenarnya saat indah.
Image may contain: Nur Farahain, sitting, eating and food
Persoalannya ?

"Bilakah kali terakhir anda menghargai saat indah?"

Kongsikan saat indah itu dengan menikmati set berdulang yang diberi nama Ratchada Dulang. Makan kongsi bersama dengan keluarga , kawan-kawan dan yang tersayang. Set Ratchada Dulang ini akan mula dihidangkan pada 3 Mei sehingga 7 Jun 2019. Ianya adalah bersempena dengan menyambut bulan puasa. Seronok kan bila kita bukak puasa dan makan kongsi-kongsi!.
Image may contain: people sitting, food and indoor
Lupa nak bagitau , Ratchada Dulang ini setnya untuk 2 orang dan 4 orang. Terdapat juga cara-cara nak makan Ratchada Dulang ni yer! Gittew .. siap ada 4 cara lagi tau. Apakah cara-caranya?

  • Ambil gambar terlebih dahulu (benda normal orang selalu buat) hehehe
  • Letakkan sos ditepi
  • Tuangkan sos dan gaulkan kesemuanya
  • Nikmati dan kongsikan rasa anda
Jangan lupa untuk terus singgah ke Boat Noodle... Set Ratchada Dulang ini hanya ada pada BULAN RAMADHAN sahaja! Jom rasa sekarang ! Opps , tunggu bukak puasa yer dulu pada yang berpuasa tuu..
Selamat menyambut bulan Ramadhan!

LIRIK LAGU SUMPAH NAIM DANIEL

SUMPAH NAIM DANIEL Composer: Naim Daniel & Omar K Lyrics: Naim Daniel Verse Jika Harusku bersabar Dengan segala derita Ku terima Jika Pahitnya terasa Bagai dipenjara tanpa bicara Ku rela Cinta Akan ku mengasihimu Sehingga nadiku tiada lagi berlagu Chorus Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya Terangilah gelapku walau dalam gelita Dengarkanlah aku Jiwa ku tulus untuk mu Bridge Ku harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna Andainya bumi tidak mampu berputar lagi Sumpah setia ku kan tetap ada di sini

Pstt: aku ni one of peminat Naim Daniel, aku suka banyak cover-cover lagu yang dia buat, dia ni sangat berbakat. Aku paling suka lakonan dia sebenarnya berbanding nyanyian nya. Tapi , setiap lagu yang dihasilkan penuh terselit makna yang tersendiri.

SAMBUT PARENTS DAY BERSAMA DENGAN SDS

parents day sds cafe

SAMBUT PARENTS DAY BERSAMA DENGAN SDS 

Bila kali terakhir anda makan bersama dengan mak ayah anda? Sebulan yang lepas? setahun yang lalu? Ataupun dah lama sampai langsung dah tak ingat bila. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah , anda sangatlah beruntung! Hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia. Di kesempatan ini aku nak kongsi sedikit apa specialnya yang ditawarkan oleh SDS CAFE

Kek bukan hanya satu simbolik untuk menyambut hari jadi tetapi ianya juga boleh meraikan hari ibu dan hari bapa. Apa salahnya , kita luangkan sedikit masa yang ada dengan megajak ibu dan ayah singgah kemana-mana cawangan SDS Cafe. Layanlah mereka bak raja dan pemaisuri! 

parents day sds cafe

parents day sds cafe

parents day sds cafe

So, aku kongsikan disini antara beberapa jenis kek yang dihidangkan oleh SDS. Pilih jangan tak pilih okay! Oh ya, takkan nak makan kek je kan. Kek itu hanyalah sebagai pencuci mulut orang cakap . Takkan nak makan yang biashe biashe pulak kan!. Jangan risau , hilangkan kebimbangan serta kegusaran anda itu. SDS juga ada menyediakan "Happy Family".

Happy Family ini ditawarkan dalam bentuk set dan ada juga ala-carte. Untuk set pula terbahagi kepada dua iaitu set untuk 2 orang RM 48 ++ dan set untuk 4 orang RM88++ untuk 4 orang. Aku paling rekomen dekat korang untuk add on ala-carte Ayam Korea SDS tu. Sedap giler ! Sebabnya aku dah rasa. Hahaha.
parents day sds cafe

parents day sds cafe

parents day sds cafe
Italian Seafood Pasta

parents day sds cafe
Korean Spicy Fried Chicken Wing

parents day sds cafe
Honey Rock Sugar Black Pepper Tilapia
Tak nak cakap banyak , nak jemput ler korang datang berkunjung segera ke mana-mana cawangan SDS Cafe yang berdekatan dengan anda. Datang bawa mak ayah yer jangan bawak perut masing-masing pulak. Itu bukan nak sambut Parents day , itu nak sambut Selfish day! Okay hambar.

EH! Jangan lupa...SDS ini hanya ada di sekitar negeri JOHOR sahaja yer! Tapi , khabarnya nak tambah lagi cawangan...woww... kita tunggu dan lihat sahaja dekat mana yer nak ditambahnya tu..

Baca juga tentang ini : Riang Raya Ramadhan bersama SDS