Hello February !


Hello February ❤️

Cepat nya masa dah sebulan di tahun 2021. Paling special untuk bulan February ni of course lah my birthday.  Tarikh nya 8 hari bulan . Tapi yang paling special ..  Hahaha bukan special tapi something deep ialah tahun ni genap 3 series gais ! 30 Tahun dah Allah bagi peluang untuk hidup .

Nak wish ape tahun ni ?.

Jujurnya , JODOH ! Hahaha . Terus terang cakap . Tapi kali ni , aku nak buat nya sangat special . Sebagaimana Rezeki Allah itu rahsiaNya , sebegitu juga jodoh ! Tak perlu nak terhegeh , nanti pasti bertemu jua ! Gitu ! 

Dah nak 30 ni , belajar jadi lagi matang dalam kehidupan ! Banyakkan tengok , dengar dan amalkan setiap perkara yang positif .

And ... I only care for people who care about me ! That it . Tak perlu menagih kasih pada orang yang tidak menghargai . Simple ! 

Semoga yang indah untuk February ❤️ ini . Jaga diri . Sayangi diri ..kerana diri ini begitu berharga ! 

Resepi Tart Nenas Gebu

 

tart nenas gebu

Resepi Tart Nenas Gebu

Bahan- Bahan

  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)


Hiasan:

  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
  • *Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.


Cara-cara:

  1. Ayak ke tiga-tiga tepung.
  2. Pukul butter dengan gula hingga putih atau creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  5. Perap sebentar supaya doh mesra dalam 15-20 mint.
  6. Untuk buat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  7. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. saya bakar dlm 25 minit.
  8. Angkat dan sejukkan atas redai atas rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Kredit resepi & foto : Roshidah Abu Bakar