Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

"Assalamualaikum..kak Ain... ni mama bagi .. kata nya amek wudhu dan pakai telekung lepastu buka" . Allahu... aku baru buka bungkusan yang diberi lepas solat magrib tadi .

Penuh adab dan tertib seperti yang diminta oleh si pemberi . *Dah tahu ni buku . sebab rasa dan nampak dari butiran bungkusan sebab nya si pemberi membelinya secara online .

Inilah buku yang diberi .. Ijazah Amalan Dan Doa Pilihan ..
Baca punya baca.. nampak pulak doa mencari pasangan (bagi wanita) . Allahu .. Sentap pulak rasa ! Bila baca doa tu.. rasa sayu sangat .

Terima kasih jiran yang saya yang baik diatas pemberian hadiah .. Bukan buku sahaja yang diberi. malah diberi juga suprise belon dan coklat. Ya Allah ... terharu sangat ! 

8 Februari 2021 merupakan hari ulang tahun ku yang ke 30 !! 🌹

12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

 
Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan

  1. Ambil sayur dalam setiap hidangan
  2. Hadkan pengambilan makanan berproses
  3. Makan secara perlahan
  4. Banyakkan minum air
  5. Ambil sarapan pagi
  6. Lakukan senaman otot
  7. Ambil protein secukupnya
  8. Ukur diri sendiri
  9. Pergi berjalan - jalan
  10. Makan buah
  11. Berhenti mengambil minuman bergas
**tambahan tips 

MAKAN SIKIT TAPI KERAP

Cara ini utk ajar perut kita jadi kecil. Bila makan banyak perut akan mengembang dan kita cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak

MINUM AIR KOSONG
 Perbanyakkan minum air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 3liter sehari

MAKANAN BERLEMAK DAN BERMINYAK

Kurangkan pengambilan makanan ini , kerana ia boleh menyebabkan lemak berkumpul dalam badan semakin lama semakin tepu dan akhirnya susah nak dibakar lemaknya.

KURANGKAN MAKANAN KARBOHIDRAT
Lebihkan mengambil makanan berprotein tinggi..ini kerana untuk elakkan tubuh badan mengalami kelesuan.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah


Masakan berkuah paling senang ialah masak lemak cili padi versi negeri sembilan. 


1. Blend cili padi + kunyit hidup

2. Campak dalam kuali bersama air.

3. Masuk santan lepastu lauk

4. Masuk asam keping + daun kunyit

5. Garam+gula secukup rasa


Siappp! Selamat mencuba~~