Hari raya hari yang paling dinantikan oleh umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Setiap kali hari raya , pasti ada kisah sedih , gembira pahit dan duka yang tersimpan dalam setiap cerita memori hari raya kita semua. Kemeriahan hari raya paling seronok kalau dapat dengar lagu raya. Sekarang ni pula , baru beberapa hari puasa pun dah kedengaran orang memutar lagu - lagu raya .
Jadi , ain nak senaraikan seberapa banyak lagu raya dari zaman mak ayah kita sehingga terkini . Check it out ~~
Hael Husaini - Bersyukur Seadanya
Bersama - sama - Erul dan Ema
Lagu Raya - Alif Satar and The Locos
Menanti Di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn
Syukur Lebaran - Aina Abdul
Raya Nusantara [Lebaran] - Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid
Assalamualaikum , berikut merupakan 8 doa harian yang baik yang boleh kita amalkan dan lakukan . Ain terjumpa di Facebook dan rasanya elok jika dikongsi kan di blog ini . Semoga memberi manfaat kepada pembaca . Insyallah
Kisah Kelakar Ustazah Asma Harun Kenal Dengan Suami
Assalamualaikum . hari ini hari Jumaat hari yang paling memberi makna untuk ummat Islam . Entah macam mana hati ini tadi tergerak untuk buka Youtube dan ternampak satu video ini . Kebiasaannya Ain mengaku lah memang jarang nak tengok video - video ceramah yang berbentuk keagamaan ni . Tapi , mungkin benarlah yang menjaga hati kita ini Allah SWT . Ain pun tontonlah video ini sampai habis.
Masa ni , rasa macam tersenyum -senyum seorang diri sebab cara Ustazah Asma Harun ni sama tegas dengan Ain . Jenis perempuan yang tegas dengan pendirian . Sebab tu masa dengar ceramah ni terasa macam kena dengan diri sendiri. Hahaha . Maklumlah , diri sendiri pun belum berjumpa jodoh . Jadi , bila banyak kisah pertemuan jodoh ni ain memang rasa interesting untuk lebih tahu. KIHKIHKIH .
Sebelum tu , ain selitkan sekali biodata Ustazah Asma Harun ni : (hasil carian di Facebook ) link nya disini
Biodata Ustazah Asma Harun
36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.
Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.
Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.
SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.
Sedikit info ringkas mengenai video Youtube ini :
Kisah permulaan perkenalan diantara Ustazah Asma Harun bersama dengan Encik Suami , macam mana berhubung pada permulaan nya . Ustazah meletakkan 3 syarat yang wajib dipatuhi oleh encik Suami pada ketika itu . Perkenalan hanya la melalui soal jawab perkongsian melalui email . Pada satu ketika , suami Ustazah tidak lagi mengirimkan email . Ustazah pun merasa pelik dan satu hari suami nya mengirimkan SMS dan nak berhubung . Lepastu suaminya pun berkata yang dia telah melanggar syarat yang ketiga .
Apa kah syarat tersebut ? Korang dijemput untuk menonton sendiri di youtube ini . Semoga yang sedang mencari jodoh (seperti ain) dipertemukan Jodoh yang terbaik dari Allah kepada kita semua . Insyallah .
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~