Birthday Jiran , Tapi Kita Yang Diberi Makanan

Assalamualaikum . semalam bermulanya hari ain start berpuasa . Niat dihati nak teruskan berpuasa seminggu sampai ke hari Ahad . Tak sangka pula rezeki berpuasa , jiran bagi makanan . 

Semalam dalam group ada dua jiran yang menyambut hari jadi . Tapi tu la berkongsi rezeki . Dapat pula hadiah makanan daripada mereka yang menyambut hari jadi . Jiran yang bagi lauk kemain meriah ni jiran sebelah . Dia bagi laksa johor , roti jala cicah kuah kari , kuih raya . Alhamdulilah . bersyukur gila .
Tak sangka pula petang semalam ada dapat lagi delivery makanan iaitu roti john . Yang ni jiran yang jauh sikit rumah nya , tapi mungkin kerana niat birthday girl mungkin . Hehehe . Alhamdulilah , rezeki dapat berbuka puasa makan makanan hadiah daripada mereka yang menyambut hari jadi . 

Cara Buat Ubi Goreng Sesuai Dimakan Untuk Minum Petang


Assalamualaikum . Kebetulan jiran bagi ubi , cadangnya ain nak rebus dan makan dengan sambal je . Jadi Ubi rebus . Tapi abang ain nak sangat ubi goreng . Penat nak nunggu goreng tu ha .

Cara - cara nak sediakan ubi goreng
1- Rebus dulu ubi sehingga nampak lembut 
2- Ubi disejukkan dan dipotong kecil kecil 
3- Salut dengan tepung goreng serbaguna (beli aja tepung mengikut kesukaan masing masing)
4- Panaskan minyak . Minyak panas memang sedap kalau nak menggoreng . Adunan tepung tadi letak sikit minyak panas tu . 
5- Goreng macam biasa
6- Hidangkan panas panaa bersama dengan sambal kicap 

Siap ! Menu simple simple je !