Ain Makan Ape 14 Julai 2021

Assalamualaikum .. Hari ini craving gile kuih pau sambal . Eeee akhirnya berjaya juga dapat makan . Berapa hari juga mencari . Yang ni ain kongsi makan so ain makan 3 biji . 

Pastu sarapan pagi ain makan roti sosej cheese , dan juga buah lai sebiji. Untuk lunch dan dinner ain makan nasi putih dan ayam kari . Alhamdulilah kenyang 😋

Makan Ape Tu Ain 13 Julai 2021

Assalamualaikum . Semenjak dua ni teringin betul kuih pau sambal . Alaa , pagi ni mencari tak dapat geng 😔 Beli je la kuih apa yang ade kan . 

Ain beli kuih karipap dan kuih cara berlauk . Itupun kongsi kongsi je ! Lepastu ain makan roti 3 keping beserta telur mata letak kicap dan sos cili banjir . 

Untuk lunch dan dinner ain masak nasi putih dan tomyam ayam . Simple je ! Alhamdulilah 😋 Orang makan tomyam mestilah kena banjirkan sekali nasi tu kan . Baru ler terasa nikmat betul .