Ain Makan Ape 14 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni start makan jam 11 pagi .nasi goreng simple dan hotdog tu abang ain yang masak . Makan kongsi dua orang je . Ain makan berapa suap je tu . 

✅ Nasi goreng dan hotdog
✅2 keping roti sapu dengan peanut butter
✅ Nasi Ayam penyet (jiran bagi ) Tak masak untuk lunch 
✅ 3 keping Roti dan telur mata 2 set makan dengan kicap dan sos cili
✅ Wafer nabati cheese kongsi dua orang 

Ain Makan Ape 13 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari 13 ogos masak tomyam . Request abang ain yang suka gila makan tomyam . Ain ni pula jenis suka tomyam yang pedas pedas dan masam . Tapi abang ain dia kureng sikit makan pedas . Nak tak nak masak lah kureng pedas . Guna pes tomyam yang dalam botol kaca tu .

Makan pagi pun dah lewat maklumlah hari jumaat . Mood kemain sendu alahai . Lepas je morning walk memang balik tak makan apa . Entah tak ada mood nak makan pagi . Start makan pun dah pukul 1 tengah hari lebih .

✅Nasi goreng simple abang ain masak dan hotdog makan kongsi 
✅ Wafer nabati cheese makan kongsi
✅ Tomyam ayam fishball dan nasi 
✅Tomyam ayam fishball dan nasi 

* Ain suka betul makan tomyam kuah habis banjir kan dengan kuah tomyam tuh .. Terasa nikmat betul 🤤

Ain Makan Ape 12 Ogos 2021

Assalamualaikum. hari ni start makan agak lewat . Jam satu tengah hari lebih yer baru makan . Ya Allah harap-haraplah perut ni okay . Risau juga kang masuk angin habis nanti sakit kepala . Bila dah sakit kepala apa kerja pun tak boleh nak buat nanti . So ain makan ape today ? 

✅ roti dan sosej letak sos cili 3 set
✅ wafer nabati cheese makan kongsi2
✅nasi putih ayam kicap dan sayur campur
✅nasi putih ayam kicap dan sayur campur

lauk lunch selalunya sama je dengan lauk dinner sebab malas nak check in dapur banyak kali 🤣 janji makan ! Alhamdulilah 😋