Aku Guna Jejantas Semasa Morning Walk


Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ? 

Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .

Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .

Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni . 

Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🤣

Entah Apa la yang aku makan hari ini kan 😅

Assalamualaikum .. Boleh lah tengok entah apa je kan yang ain makan 🤣 Balik balik lauk yang sama . Entahlah . janji makan ! Ain ni jenis tak cerewet sangat dan tak berlebih lebih dalam makanan .

Kata nak kurus kan . Oh yang gelas tu air kelapa . Dapat Kelapa muda kampung abang ain kopek letak dalam jug berisi ais , apa lagi minum lah kita ! Alhamdulilah ! Kadang nengok orang makan kemain banyak lauk sampai tiga empat jenis , tapi ain tak . Kita ukur baju dibadan sendiri , ikut kemampuan diri sendiri . 

Janji ada makanan yang boleh dimakan . Alhamdulilah ! 🤲🤗

Roti , Sup Ayam Dan Begedil ! Ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! 🤣

Assalamualaikum . bosan nya kan menu makanan ain 🤣 Tapi tu jela yang mampu disediakan . Pagi makan roti cicah sosej dua beserta telur mata disedapkan bersama sos cili dan kicap . 

Untuk lunch dan dinner , ain masak sup ayam campur juga dan pekena kan sekali dengan begedil . Itu la menu ain , ulang makan ulang ulang la sampai abang jamil mampus ! Selagi abang jamil masih hidup , selagi tu la menu makanan masih sama yer 🤣

Hahahahaha . Gurau jela ! Bersyukur la dengan apa yang makanan ada . Dari ada orang yang susah tak dapat makan kan .