Teman Kecilku Sudah Tingkatan Satu


farisya ootd

Assalamualaikum . Pejam celik pejam celik dah tahun 2022 . Ini bermakna teman kecilku pun sudah meningkat remaja . Tahun 2022 ni dah masuk tingkatan satu woi . Alahai , cepat sangat masa berlalu kan . Walaupun tahun ni memang berbeza dari sebelum wujudnya covid namun umur nya tetap bertambah .

Naik sekolah bulan mac nanti baru merasa usia tingkatan satu . Tengok gaya macam nak duduk asrama je dia . Alahai , lagi bertambah sedih dan sunyi la life kak ain selepas ini. Dah banyak kali ain pujuk dan bagi hint pada dia , "awak sekolah depan jela. senang jalan kaki je dah sampai sekolah". Bukan sekali dua cakap , eh banyak kali tau tapi kalau itu kemahuan nya kan . Mungkin dia nak rasa hidup lebih berdikari . Katanya di asrama nanti dia dapat ramai kawan dan teratur masa nya . HAHAHA . Kita tengok jela yer gaya nanti jadi ke tidak ke asrama nya . Apa yang pasti , nanti mesti meraung juga kak ain dia ni .

farisya vaksin


Anyway , nak cerita gambar gambar yang ada ni semua mama nya yang sent kepada ain . Gambar baju biru tu , masa pergi vaksin . Kemain dia sempat bergambar dulu . Kata mama nya , teman kecil pun nak ber ootd juga! Kah ! . Selepas itu bulan november tempoh hari , buat kad pengenalan uolls ! Dia punya semangat nak dapat kad pengenalan kemain muka senyum bahagia je tau .

farisya makan abc

farisya menunggu kad pengenalan

farisya di utc johor bahru

Balik je dari buat kad pengenalan tu excited gila terus dia tunjuk dekat ain . Masa buat kad pengenalan tu sempat yer pekena abc dulu . HAHAHA .Kalau nak tahu teman kecil ain ni dia jenis budak perempuan yang simple . Dia la yang selalu teman baba dan mama nya ke pasar , beli sarapan pagi , teman berjalan , teman mama pergi yassin dan teman baba nya balik ke kampung . Dia jenis tak banyak songeh tau senang nak dibawa kemana - mana . 

Ain selalu cakap kat dia "awak ni comel tau ..awak tak perasan ke yang awak ni memang dah cute?". HAHAHA . Harap nya bila dah meningkat remaja ni , dia lagi ramai kawan dan berani menempuh pelbagai kisah di sekolah nanti .

baca juga kisah ulang tahun teman kecilku yang ke 12 !

Tiger Dah Besar

tiger kucing anak jiran


Assalamualaikum . Belek punya belek koleksi gallery gambar lalu teringat lah pula nak kisahkan tentang kucing peliharaan anak jiran sebelah . Ini lah kisahnya . Kisah bermula apabila ada seekor kucing betina ni yang tengah mengandung entah dari mana boleh sampai sekitar depan rumah kami . Kucing tu pun pernah la curi curi masuk ke rumah ain sampaikan ain marah dan membebel .

Kucing itu mencari tuan dan mencari port untuk bersalin . Pandai dia menyorok bawah meja rumah ain masa dia curi curi masuk tu . Ain ni pula jenis suka buka tingkap luas luas sebab sangat suka angin luar masuk . Jadinya si kucing ni dalam misi mencari tuan la tapi dia silap usha rumah daa. Ain kalau memang tak suka kucing tu , memang tak la nak membela nya . Hahaha .

Lalu kucing tu pergi la ke rumah teman kecilku Farisya . Berapa hari juga mencuba untuk bertuankan dia asyik gagal tapi kucing betina ni pandai meleset dengan bapak nya si Farisya ni . Terus secara automatik menjadi kucing peliharaan . 

Kan dah cakap kucing tu memang cari port bersalin je . Dia sangat protective tapi apakan daya , mati dibaham ular sawa . Iya ,betul! Kejadian berlaku depan rumah ain , cuma nya ain tak sempat nak story kan di blog ini je . Nanti ain cari gambar kejadian ye . Eee , kalau ingat balik nampak ular sawa tu , ngeri woi .

kucing comel

tiger kucing sedang bermain

tiger kucing

Jadinya , mak kepada 4 ekor kucing ni meninggal la . Bukan itu sahaja , lagi menyedihkan seekor demi seekor anak kucing mati disebabkan tak dapat susu ibu . Sedih juga pada ketika itu . Akhirnya yang tinggal hanya lah seekor anak kucing yang diberi nama Tiger .

Kalau tengok posting sebelum ini ada gambar 4 beradik dalam kotak . Kesian kan Tiger , dia mesti sedih melihat satu demi satu adik beradik dia meninggal .

Tapi sekarang , Tiger ni penyeri kehidupan teman kecilku . Mana tak nya , kucing ni diangkut duduk dalam rumah , teman tidur dekat sebelah dia dan balik kampung pun siap angkut sekali tiger dalam sangkar . Hahaha . Baru je beberapa bulan dah kemain besar si Tiger ni . 

Masa dia kecil , anak anak jiran siap konfius lagi tak tahu Tiger ni jantan ke betina . Hahaha. Kisah nya kan ! Aku pun siap buat sportcheck banyak kali , lepastu aku cakaplah pada anak - anak jiran "Tiger ni jantan lah , kan ada fishball tu dekat belakang dia" Tergelak diorang ! Kes jantina kucing pun boleh konfius yer .

Gitu lah kisah Tiger si kucing anak jiran ni . Penyeri hidup kami juga , dia suka duduk atas tembok lampu rumah ain . Kemain tau . 

Baca juga : Sepetang Bersama Anak Jiran Bermain Bersama Anak Anak Kucing

Selipar Blink Blink Pink Untuk Ain

selipar blink blink pink

Assalamualaikum . Teringat pula kisah ain membeli selipar blink blink pink ini . Kisahnya ain beli pada bulan november 2021 tapi baru nak di tulis pada tahun 2022 . Kihkihkih. Ain beli selipar ni di Tesco . Nampak cantik sangat dan comel . Ain ni pula jenis suka warna pink dan suka benda benda yang blink blink . Memang akam terus tertarik . Alang - alang tu beli jela memandangkan selipar Asadi pun dah selalu sangat berkhidmat untuk tuan nya . 

Jadi selipar blink blink berwarna pink ni dapat juga la ain tukar tukar pakai kan . Selesa tau dan size kaki ain memang kecil cenonet macam gitu je la . Tak besar mana pun . Hehehe . 

Bila pakai selipar blink blink ni kan , ain perasan juga ramai yang pandang . Hahaha . Mungkin dalam hati orang mesti cakap , 'over betul selipar dia berkilat kilat gitu' . HAAHHAHA.

Baca juga kisah : Geng Selipar Asadi