“EAT ALL YOU CAN” DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT JOHOR


jdt blogger dengan charlotte (marketing communications manager pulai springs)
Assalamualaikum dan hello oktober! Giteewww.. Hahaha. Pada 29 September haritu , kami geng JDT Blogger telah mendapat jemputan untuk merasai sendiri kelazatan makanan yang disediakan oleh Qing Palace Chinese Restaurant. Antara geng JDT Blogger yang hadir ialah Kak Seri , Kak Sunah , Uyul , Kak Ida , Kak Mia dan Huda. Qing Palace Chinese Restaurant terletak di Pulai Springs Resort yang memenangi anugerah di Johor Bahru. Restoran Cina yang memenangi anugerah ini mempunyai masakan asli Szechuan. Qing Palace mempunyai bahagian dalaman yang indah yang menghiasi kehebatan ruang makan kerajaan kuno. Hiasan-hiasan restoran yang menarik diilhamkan oleh dinasti Qing dengan rosewood utama yang dimatikan dengan sempurna oleh linen putih mudah dan chinaware.

pelayan mencedukkan Szechuan Hot & Sour Soup

Szechuan Hot & Sour Soup
Sup ni makan dengan cili potong perghhh terangkat kau. Nasib nampak Kak Seri letak , kita pun letak lah. Khas untuk yang memang tekak pedas la bila letak cili potong tu alamatnya bergembiralah lidah pedas korang tu. Hahaha.
Broccoli with black mushroom

Camphor and tea smoked duck (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY)sedap sangat !
Okay, itik gembo gembo yang ni meja kitorang tambah 2 kali okay. Ain kena mengaku jujur lah roti gebu tu banyak juga selamat ku telan. Hahaha.Cicah dengan sos itik tu , perghh sedap gila woi! Restoran ini juga dihiasi dengan hiasan antik Oriental yang asli, lukisan, ukiran dan juga lampu sutera, restoran yang memenangi pelbagai anugerah ini terkenal dengan masakan Szechuan.

Wasabi Prawn . HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Wasabi prawn ni pula udang dia gemuk gemuk woi dan meja kitorang pun tambah 2 kali.Hahaha. Makan dengan salad tu sekali, wow!
General T'Zo Chicken HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Ain suka betul yang ini. Rasa macam nak tambah 2 kali tapi banyak lagi menu tak cuba kang membazir haa berdosa tau! Hahaha.
Fried Rice with salted fish
Fried Rice with salted fish

Indonesian Style Curry Fish
Indonesian Style Curry Fish
Qing Palace juga telah dipilih sebagai salah satu Restoran Terbaik di Malaysia oleh Malaysian Tatler selama lapan belas tahun berturut-turut (1999-2016). Qing Palace juga merupakan pemenang 'Restoran Clove Awards' -Best Restaurant di Johor Bahru 2012 yang dianugerahkan oleh Anugerah Pelancongan Johor.
Shark Fin (menu tambahan yang korang boleh add on ) HIGHLY RECOMMENDED TO TRY .
Perhatian! Shark fin kalau korang dah rasa boleh buat tak tidur malam.Hahaha. Ain sekeluarga memang penggemar shark fin. Dari kecil memang dah pernah rasa. Kalau dapat makan tuh, habis hirup sampai licin mangkuk tu. Shark Fin ni korang wajib jadikan menu tambahan yer!.
Butter prawn
Butter prawn




Honeydew with sago (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY) 
For your information , jangan pandang sebelah mata pada honeydew dessert ni. Sekali dah cuba bimbang tertambah order je!Kah! Ain harus buat pengakuan yang ain bedal sampai 2 mangkuk. Ain memang penggemar dessert tapi Ain tak letak high expectation pada dessert ni tapi i should give a big credit to this dessert. Pada Ain la, dessert dekat Pulai Spring Resort ini antara dessert yang sedap yang pernah Ain rasa sebelum ini. Boleh baca entri ain yang ini .'NIKMATI 5 KEMERIAHAN' BILA KE BUFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT
Mango Pudding (boleh add on)
Tiber ain jadi cina mualaf! Kah! Hahaha.

Adult : RM 65 (per person)
Child : RM 32.50 (per person)
*the above prices are inclusive of 6% Service Tax
1-31 Oktober 2018

Terms and conditions :
-‘Eat All You Can’ is available for lunch from 12:00 noon to 2:30 pm 
& dinner from 6:30pm to 10:30pm
-Minimum 4 persons required
-Not applicable with other discounts and promotions
-The above prices are subject to 6% Service Tax
-Other terms and conditions apply

Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.

Website:
Facebook:
Instagram:
Tel:
+607 521 2121
Fax:
+607 521 1818
Email:
enquiry@pulaisprings.com

*So far Ain berpuas hati sangat dengan semua menu yang dihidangkan. Jangan risau, orang Islam pun boleh makan dekat sini. Ain ni jarang pergi restoran masakan cina tapi yang ini memang superb thorbaik!.

CANTONESE CUISINE @ MAKAN KITCHEN DOUBLETREE BY HILTON JOHOR BAHRU


 Main Dishes
Steamed Grouper Fish with Fungus and Bean Curd Skin
Crispy Soft Shell Crab with Aromatic Garlic and Pepper
Steamed Prawn with Fried Garlic and Vermicelli
Stuffed Mushroom with Broccoli in Egg White Sauce (tiada dalam gambar)
Stir-Fried Scallop with Asparagus
Stir-Fried Sliced Beef with Black Bean Sauce
Century Egg Porridge with condiments (tiada dalam gambar)










 Noodle
Cantonese Wantan Noodle
(Prawn Wantan, Sui Kow, HK Choy Sum)
Beef Brisket Noodle
Cantonese Fried Hor Fun
Seafood Fried Rice with X.O Sauce



Soup
Braised Crab Meat Soup with Fish Maw
Double Boiled Herbal Chicken Soup


BBQ Items
Peking Duck with condiments
(Cucumber, Spring Onion, Sweet Bean Sauce)
Steamed Chicken, Roasted Duck
BBQ Chicken





Dim Sum
Siew Mai, Har Kaw, Salted Egg Bun, Char Siew Bun,
Shanghai Dumpling, Prawn Roll, Sesame Ball







Tarikh Promosi:
1 - 31 Oktober 2018

Waktu Perniagaan:
Isnin - Khamis • 6:00 pm - 10:00 pm
Ahad • 6:30 pm - 10:30 pm

Harga:
RM108 dewasa | RM54 kanak-kanak

Lokasi:
Makan Kitchen
DoubleTree by Hilton, Johor Bahru
12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru, Johor 80000 Malaysia.

Website: 
Facebook: 
Instagram:

***Semenjak makan dekat sini , ain dah jadi peminat daging itik. hahahhaa. 

FESTIVAL MAKANAN KANAK-KANAK SIHAT Ayam Brand™ DIDIK TENTANG PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes.
En Nathan, wakil daripada Ayam Brand bersama kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan yang terlibat di Johor.
Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa. 
Pengiring dari Taman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor bersama En Nathan
Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 
Kanak-kanak lebih sihat! Peserta dari Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor mempelajari sukatan yang  betul untuk nasi lemak yang lebih sihat di stesen AYAM Ready to Eat.
Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.
Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor tidak sabar ingin bermain permainan di stesen Crossword
Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.
Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 
Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah! 
Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”
Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

Taman Daman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor dari Johor menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Rumah Darul Hanan, Pn Norhasliza Ab Aziz, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Rumah Darul Hanan untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Darul Hanan tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pn Norhasliza Ab Aziz.


Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.