“EAT ALL YOU CAN” DI QING PALACE PULAI SPRINGS RESORT JOHOR


jdt blogger dengan charlotte (marketing communications manager pulai springs)
Assalamualaikum dan hello oktober! Giteewww.. Hahaha. Pada 29 September haritu , kami geng JDT Blogger telah mendapat jemputan untuk merasai sendiri kelazatan makanan yang disediakan oleh Qing Palace Chinese Restaurant. Antara geng JDT Blogger yang hadir ialah Kak Seri , Kak Sunah , Uyul , Kak Ida , Kak Mia dan Huda. Qing Palace Chinese Restaurant terletak di Pulai Springs Resort yang memenangi anugerah di Johor Bahru. Restoran Cina yang memenangi anugerah ini mempunyai masakan asli Szechuan. Qing Palace mempunyai bahagian dalaman yang indah yang menghiasi kehebatan ruang makan kerajaan kuno. Hiasan-hiasan restoran yang menarik diilhamkan oleh dinasti Qing dengan rosewood utama yang dimatikan dengan sempurna oleh linen putih mudah dan chinaware.

pelayan mencedukkan Szechuan Hot & Sour Soup

Szechuan Hot & Sour Soup
Sup ni makan dengan cili potong perghhh terangkat kau. Nasib nampak Kak Seri letak , kita pun letak lah. Khas untuk yang memang tekak pedas la bila letak cili potong tu alamatnya bergembiralah lidah pedas korang tu. Hahaha.
Broccoli with black mushroom

Camphor and tea smoked duck (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY)sedap sangat !
Okay, itik gembo gembo yang ni meja kitorang tambah 2 kali okay. Ain kena mengaku jujur lah roti gebu tu banyak juga selamat ku telan. Hahaha.Cicah dengan sos itik tu , perghh sedap gila woi! Restoran ini juga dihiasi dengan hiasan antik Oriental yang asli, lukisan, ukiran dan juga lampu sutera, restoran yang memenangi pelbagai anugerah ini terkenal dengan masakan Szechuan.

Wasabi Prawn . HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Wasabi prawn ni pula udang dia gemuk gemuk woi dan meja kitorang pun tambah 2 kali.Hahaha. Makan dengan salad tu sekali, wow!
General T'Zo Chicken HIGHLY RECOMMENDED TO TRY
Ain suka betul yang ini. Rasa macam nak tambah 2 kali tapi banyak lagi menu tak cuba kang membazir haa berdosa tau! Hahaha.
Fried Rice with salted fish
Fried Rice with salted fish

Indonesian Style Curry Fish
Indonesian Style Curry Fish
Qing Palace juga telah dipilih sebagai salah satu Restoran Terbaik di Malaysia oleh Malaysian Tatler selama lapan belas tahun berturut-turut (1999-2016). Qing Palace juga merupakan pemenang 'Restoran Clove Awards' -Best Restaurant di Johor Bahru 2012 yang dianugerahkan oleh Anugerah Pelancongan Johor.
Shark Fin (menu tambahan yang korang boleh add on ) HIGHLY RECOMMENDED TO TRY .
Perhatian! Shark fin kalau korang dah rasa boleh buat tak tidur malam.Hahaha. Ain sekeluarga memang penggemar shark fin. Dari kecil memang dah pernah rasa. Kalau dapat makan tuh, habis hirup sampai licin mangkuk tu. Shark Fin ni korang wajib jadikan menu tambahan yer!.
Butter prawn
Butter prawn




Honeydew with sago (HIGHLY RECOMMENDED TO TRY) 
For your information , jangan pandang sebelah mata pada honeydew dessert ni. Sekali dah cuba bimbang tertambah order je!Kah! Ain harus buat pengakuan yang ain bedal sampai 2 mangkuk. Ain memang penggemar dessert tapi Ain tak letak high expectation pada dessert ni tapi i should give a big credit to this dessert. Pada Ain la, dessert dekat Pulai Spring Resort ini antara dessert yang sedap yang pernah Ain rasa sebelum ini. Boleh baca entri ain yang ini .'NIKMATI 5 KEMERIAHAN' BILA KE BUFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT
Mango Pudding (boleh add on)
Tiber ain jadi cina mualaf! Kah! Hahaha.

Adult : RM 65 (per person)
Child : RM 32.50 (per person)
*the above prices are inclusive of 6% Service Tax
1-31 Oktober 2018

Terms and conditions :
-‘Eat All You Can’ is available for lunch from 12:00 noon to 2:30 pm 
& dinner from 6:30pm to 10:30pm
-Minimum 4 persons required
-Not applicable with other discounts and promotions
-The above prices are subject to 6% Service Tax
-Other terms and conditions apply

Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.

Website:
Facebook:
Instagram:
Tel:
+607 521 2121
Fax:
+607 521 1818
Email:
enquiry@pulaisprings.com

*So far Ain berpuas hati sangat dengan semua menu yang dihidangkan. Jangan risau, orang Islam pun boleh makan dekat sini. Ain ni jarang pergi restoran masakan cina tapi yang ini memang superb thorbaik!.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. perasan pulak jadi cina mualaf... hihihi... btw memang sedap menu dia ni.. asyik teringat sampai sekarang...

    BalasPadam
  2. banyaknya menunya. dah la semua sedap je nampak tu.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.