APPLIKASI CANNIS BAKAL MENJADI BINTANG TERHEBAT DI NASDAQ

APPLIKASI CANNIS BAKAL MENJADI BINTANG TERHEBAT DI NASDAQ

Bintang Terhebat yang Akan Bersinar di Nasdaq ~ Cannis

Ahad, 21 Oktober 2018: Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.
APPLIKASI CANNIS

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O


App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.
APPLIKASI CANNIS

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.
APPLIKASI CANNIS

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app .

#REKOMENFILEM : TO ALL THE BOYS I'VE LOVED BEFORE

#REKOMENFILEM : TO ALL THE BOYS I'VE LOVED BEFORE

TO ALL THE BOYS I'VE LOVED BEFORE

Semalam sebelum aku tidur, tetiba aku terasa nak melayan seround movie. Sebenarnya aku ni jenis suka tengok movie dekat rumah, sebab aku jenis akan fokus punya pada waktu tu. Kalau ajak nengok wayang, bukannya fokus sangat pun.

Cerita berkait rapat dengan diri aku

Aku tergerak hati nak tengok cerita ini disebabkan ianya macam berkaitan dengan diri aku. Tentang aku yang dulu lost habis masa arwah ibu meninggal. Watak utamanya Lara Jean yang masih bersekolah. Dia menulis surat kepada lelaki yang pernah ada perasaan tapi surat itu tak diberikan nya pun. Sampailah, satu hari adik dia Kitty menghantar surat-surat tersebut kepada nama lelaki yang ditulis. Omg, memang best betul tengok cerita ini. Feeling-feeling zaman sekolah gitu.Hahaha. Korang layan jela thriller dekat youtube ini. Nak tengok full dekat Netflix ada.

TO ALL THE BOYS I'VE LOVED BEFORE
Hurm, lepas tengok cerita ini teringat pulak dekat crush.. eh, tiber! #mungkininikahyangdinamakancinta #jodohtakpernahsalahalamat 

KELAB SARAPAN PAGI SIHAT DI JOHOR BAHRU

KELAB SARAPAN PAGI SIHAT DI JOHOR BAHRU

Kak Sunah , Ain , Sis Lin bersama dengan pemilik kelab

Pagi tu Sis Lin ajak aku dengan Kak Sunah breakfast. Dah namanya breakfast kan, haruslah bangun pagi. Kalau pukul 12 tu lunch namanya yer! Hahaha. Sis cakap “jumpa dekat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee”

Bila dah masuk ke kelab ni, satu perkataan aku mampu cakap “Wow”. Tak sangka rupanya ada kelab sarapan pagi sihat. Biasanya sarapan pagi kita memang sihat-sihat belaka! Hahaha. Tak nak petik kang mengamuk geng nasi lemak, geng roti canai. Itu belum lagi geng lontong basah dan lontong kering orang-orang Johor tu. Aku letew geng lontong! Hahaha. #kitasedardiri

Datang singgah kelab untuk minum pagi

Seawal jam 8 pagi dah ada yang datang singgah ke sini hanya untuk “minum pagi katanya”. Datang minum macam pekena kopi gitu. Ni first time aku nampak konsep sarapan pagi sihat sebegini. Itu yang aku kena juga kasi tau sama orang-orang Johor Bahru terutama sekali orang-orang Kampung Melayu Majidee.
Konsep kelab ini sangat santai, ceria dan selesa untuk pelanggan

Pemilik kelab sedang meyiapkan pesanan minuman dari pelanggan

Untung korang tau ada kelab sarapan pagi sihat ni. Korang hanya  datang minum dan insyallah perut dah rasa kenyang. Rasa kenyang ni boleh membawak sampai ke tengah hari. Bukan itu sahaja, kalau berniat nak turunkan berat badan wajib datang “minum” dekat sini. Syaratnya, datang minum la! Jangan kau orang mintak nasi lemak pulak! Ada kena baling senduk nanti. Hahaha.

Jadi apa menu sarapan sihat yang disediakan oleh pemilik kelab ni? 1 gelas air mix tea dan 1 gelas besar air ala-ala shake blended gitu. Yang bestnya ada pelbagai flavor yang boleh dipilih. Kitorang memilih perisa strawberry, tropical fruit dan cookies n cream. Kalau yang mungkin terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja, korang boleh juga datang singgah sini dan pemilik kelab akan tapaukan untuk korang. Jadinya di tempat kerja nanti boleh la minum sambil siapkan kerja tu.

"Peminum" tegar tidak rasa jemu dan muak

Oh ya, air shake ni akan diblend sekali dengan buah. Kata owner nya setiap hari akan diblend dengan buah-buahan yang berbeza. So, “peminum” tegar yang selalu datang minum disini tak ada la rasa jemu dan muak. Antara ketiga-tiga perisa yang kitorang rasa, pandangan aku cookies n cream sangat sedap. Perisa strawberry dan tropical fruit tu tak rasa sangat buahnya.
Inilah tiga perisa yang kami cuba. Nyum nyum..

Minum sekali dengan segelas tea ini tau

Pada aku kalau korang nak datang “minum” sini, pilih perisa yang tekak boleh terima. Kalau penggemar ice blended smooties yang selalu order perisa cekelat tu, datang sini minum je perisa coklat or cookies n cream. Bukan itu sahaja, minuman yang disediakan ni boleh buat korang kenyang. Biasanya, mereka yang datang ke sini akan bersarapan disini dahulu sebelum pergi ke kerja. Haa, bukan kah ini tergolong di dalam gaya hidup yang sihat. Tunggu apa lagi, kata nak hidup sihat. Inilah tempat yang paling sesuai untuk anda memulakan hari anda.

📍10, Arked Mara, Jalan Sekolah, 
Kampung Melayu Majidee,
Johor Bahru
016-7453991 atau 016-7817779 (Kak Abby)
 8.30am hingga 12pm

Di Kampung Melayu bukan hanya ada ABC Kampung Melayu, tapi ada juga kelab sarapan pagi yang sihat..Jangan segan nak kasi tahu orang kampung korang yer..