ADAKAH OPERASI X MOVIE FILEM TERBAIK 2018 GABUNGAN AWIE DENGAN AARON?

ADAKAH OPERASI X MOVIE FILEM  TERBAIK 2018 GABUNGAN AWIE DENGAN AARON?


Hai kepada semua peminat filem. Sejujurnya, Ain bukan lah seorang peminat wayang tegar. Ain jenis kalau tengok wayang bukan orang yang menonton tayangan pertama. Ain ni ada perangai sentimental sedikit kekadang. Hahaha. Ain lebih suka tengok dekat rumah. 🙊 Kalau tengok dekat wayang tu macam tak boleh nak fokus.
operasi x the movie
Bermula di pawagam pada 1 November 2018

Ternampak filem terbaru 2018

Tapi, tetiba hati ku tersentuh dan mataku ternampak thriller filem Malaysia ni dari blog sistur JDT Blogger iaitu Kak Sunah Sakura. OMG..Terus rasa ingin tahu lebih details.  Ain bukanlah jenis manusia yang put high expectation especially filem Malaysia. So, kita layan jelah thriller dulu yer.

Wah, ada Aaron Aziz kau. Rasanya lagi teruja gitu. Lama tak nampak Aaron Aziz on action! Tambahan pula, ia digandingkan sekali dengan  Awie. Peh, ini cerita level Dato -dato punya lakonan. Tengok thriller macam banyak scene-scene action yang menarik untuk ditonton. So, macam ain cakap mula-mula, ain tak put high expectation on this film. Nak tahu kena la tengok sendiri di pawagam. Korang dah book tiket? Ajomm lah support filem Malaysia lagi-lagi dah nak akhir tahun ni kan. Hehehe. Gais, aku sempat jugak baca komen-komen makcik pakcik bawang netizen di Youtube ni. Mak oi , ramai juga yang mengecam. Aku mula lah rasa sangsi nak tengok ke tak ni. Adoi, tapi barisan pelakonnya semua mantap-mantap gais! Pada aku filem ini dah cuit hati penonton atas tiket nama pelakon yang hebat. Tapi orang cakap "dont judge the book by its cover". Hahaha. Aku teringin jugak nak tahu sama ada filem ni macam boleh setanding dengan filem tempatan iaitu J Revolusi ke? Sebab filem tu pelakonnya semua hebat-hebat dan ceritanya pun aku suka.
operasi x the movie
Peh masih lagi macho Dato Aaron Aziz

operasi x the movie
gila poyo nampak watak si Dato Awie ni

Bukan itu sahaja, aku perasan filem ini macam banyak shoot dekat Pulau Pinang je. Ya ampun, aku ini dah la fallin in love dengan Pulau Pinang. Iyelah, tu lah dulu tempat merayap masa zaman belajar dekat Kedah dulu. Hehehe. Rasanya macam nak tengok sendiri di pawagam dan nantikan review dari ain okay. Chow. Kalau suka bagitau, kalau tak suka bagitau lah jugak kan. 🙊 Oh lupa, korang boleh mengikuti perkembangan lebih lanjut di instagram rasmi @operasixthemovie dan juga Facebook operasixthemovie

KAMBING PERAP UNTUK ORANG JOHOR

KAMBING PERAP UNTUK ORANG JOHOR


Kalau tanya ain suka makan kambing ke? Sejujurnya, biasa-biasa aje. Ain suka tengok orang makan kambing. Hahaha. Kah! Takyah ler kot nipu. Mengaku jelah kau hantu kambing sebenarnya. Ahaa, kalau pergi kenduri ke nampak kambing je mesti kita nak serbu dulu kan. Mesti kalau boleh nak ambil sampai penuh pinggan kan?
kambing perap johor
nampak jari aku tuh haa...tak sabar nak ngap...hahahha..

Cara masak paling senang , mudah dan cepat

Wahai peminat kambing, ohhh aku nak seru orang-orang Johor je, sebab ini peluang untuk memenuhi tekak craving korang tu. Ahaa, Kambing Perap keluaran dari Kambing Golek Johor. Peh, meh aku ajar cara masak paling senang dan mudah. Bukak itu sahaja, Cepat! Selalu nak masak kambing lama kan kena tunggu. Yang ni semudah ABC je uolls.
kambing perap johor
Ni lah kambing perap yang belum masak tu..

Oh yer, aku menggunakan periuk Pressure cooker daripada jenama Noxxa. Tekan tekan dah siap..

Caranya:
1-Masukkan kambing yang telah diperap tu tak payah letak minyak pun.
2-Tekan High Pressure selama 7minit dan tutup penutupnya
3-Tunggu sampai bunyi dia tett teett. Hahaha.
4-Bukak penutup dan tekan stir fry untuk kambing tu rasa lebih juicy.
5-Biarkan lebih kurang 2-3 minit.Oh ya, sos nya aku masuk dalam mikrowave letak dalam 2 minit gitu.
6-Sedia untuk dimakan
kambing perap johor
Kambing yang baru je lepas dimasak menggunakan periuk Noxxa

kambing perap johor


kambing perap johor
Sedia untuk dihidang kepada peminat kambing.


Mana nak cari ni? Penat dah ajar cara masak tapi tak guna jugak kalau tak kasi tahu nak dapat kat mana stoknya. Carilah di Facebook Kambing Golek Johor . Sekali dah rasa pasti nak order lagi...

Oh yer, alang-alang tu.. Jangan lupa like Facebook Awak Makan Ape dan Follow instagram @awakmakanape 🍽 Selamat menjamu kambing! 🤤