28 TAHUN 10 HARI

berjaya waterfront johor bahru

28 TAHUN 10 HARI

Hari ini genap lah umur ku 28 tahun 10 hari. Sengaja aku biarkan cerita ini walaupun ianya sudah seminggu lebih berlaku. Cerita basi orang cakap. Alhamdulilah , pada 8 Februari haritu aku berusia 28 tahun. Fuh, dah doploh lapan tahun rupanya seketul Farahain.

Aku tak expect yang indah-indah pada hari jadi ku. Kerana bagi aku, cukuplah hanya orang yang penting dalam hidup aku yang ingat pada tarikh itu dan berikan ucapan. Itu sudah buat hati aku bahagia. 

Tapi... Pada hari itu...

Sis Lin telah pun book Hitea set kebetulan harga mur mur.. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok link ini. Jadinya , pada pagi itu aku dah tahu nak makan yang dasyat-dasyat jadi nya aku ambil kesempatan untuk exercise sebentar. Orang kata makan-makan juga, exercise jangan dilupakan. Gitteww
berjaya waterfront johor bahru

berjaya waterfront johor bahru

berjaya waterfront johor bahru

Selepas itu aku pun bersiap-siap kerana Kak Sunah akan menjemput ku untuk ke Hi Tea tersebut. Sempat lagi Sis Lin berpesan pada semua , “makan dulu yer, yela ni kan hitea.. tak boleh ler nak expect makanannya banyak”. Tapi, seketul Farahain memang jenis tak bersarapan. Lalu dibiarkan begitu sahaja, terikat namun tak bertali mencuba...(tiber ternyanyi) Jenis aku ni memang tak bersarapan. Hahaha. 

Kami Hitea di Berjaya Waterfront Johor Bahru ataupun orang-orang Johor panggil “The Zon” . Sampai je kami disana terus ke tempat yang ingin dituju. Oh yer, sebagai “princess of the day” pada hari itu, aku tergedik me”request” kepada semua yang terlibat untuk memakai baju pink. Kahkahkah. Aku ni boyish kemain tapi suka warna pink. Nampak disitu Farahain luaran je nampak kasar, tapi dalamannya sangat lah lembut. Opps, terpuji diri sendiri! Kah! 
berjaya waterfront johor bahru
Muka tekezut masa kek sampai

berjaya waterfront johor bahru
Nangis tipu-tipu

berjaya waterfront johor bahru
Tengah tido ke tengah wish tuuu?

berjaya waterfront johor bahru
Yang belakang tu ler pengasas hashtag #makanmakankurus

Acara #makanmakankurus pun bermula. Biasa ler bila dah berjumpa dengan geng-geng blogger, asal nampak makanan mesti nak ambil gambar dulu. WALAUPUN BUKANNYA REVIEW. Nama pun foodie blogger. Kita kongsi kegemaran dan hobi yang sama. So, masing-masing snap ler gambo sepuasnya. Sampai dah settle baru makan. Tak nak sembang banyak sangat pasal ni, korang baca je la daripada blog kengkawan yang lain memandangkan ini post tentang birthday aku. Suka hati aku la nak highlights pasal aku! Kah! 

Tengah-tengah makan tetiba diorang nyanyi lagu “Happy birthday” dan aku macam haaaa.. terpandang tepi tetiba pelayan dekat situ membawa dua potong kek. Iolls terus terharu. Rasa nak menangis!(tipu je!) Hahaha. *Make a wish first! Erm, rahsia tak boleh bagitau apa wish kita. Hahaha.
amphawa boat noodle johor bahru

amphawa boat noodle johor bahru
Kami di Amphawa Boat Noodle Johor Bahru

Selepas habis makan-makan tu kami pun bergambar disekitar kawasan tersebut. Puas bergambar lalu kami bersurai TAPI kami belum lagi nak balik. Kak Sun ajak pergi ke amphawa boat noodle. Malas nak hupdate sangat. Baca je la dekat blog kak Sun yer! Hahaha. Dah aku kata ni entri birthday! Hahahha.

Selepas menjadi ular sawa pada hari jadi nya, kami pun berlangsung pulang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Abang aku tanya “nak celebrate kat mana?” Aku jawab “dah banyak sangat makan ni, tak apa lah, kita celebrate masa birthday kau”. Birthday abang Ain 11 Februari selang berapa hari je. 

Gitu ler sepanjang hari jadi ku! Terima kasih kepada yang memberi ucapan, memberi hadiah dan semua yang masih mengingati diri seketul Nur Farahain Binti Zainal Abiddin. Doa ku semoga nama ini akan sentiasa ada di dalam doa hari-hari korang. Doakan semoga lebih ramai menyayangi diri ini , lebih ramai membahagiakan diri ini seperti diri ini perlukan. Doakan semoga aku ini sentiasa ceria dan gembira. Oh, semoga aku tak henti bercakap dan bergelak kerana itu lah dia milik jiwa penulis akuainkausiapa. 

Sekian coretan dari umurku 28 tahun 10 hari ❤

TUHAN TOLONG LAH AKU JAGAKAN DIA


TUHAN TOLONG LAH AKU JAGAKAN DIA

Eee, boleh pulak terdengar lagu ni masa dalam kereta ditambah pula waktu tu sedang hujan lebat. Seketul Farahain merenung ke tingkap dan berangan sambil melayan lagu tersebut. “Sedapnya lagu ni..siapa penyanyi dia?”

Haa, ni dah tau.. Jom ler sesama dengar.. Seperti biasa, seketul Farahain akan mengupas bahagian lirik yang dia minat.

Tuhan tolonglah aku
Jagakan dia
Yang selalu ada disisi ku
Sepanjang waktu
Kau berikanlah kami
Cinta yang terindah
Agar diri kami selalu
Mencintai tuk selamanya
Tuhan tolong lah aku
Jagakanlah dia
Tuhan tolong lah aku

*Sambil berangan nanti boleh nyanyi-nyanyi kan.. Tuhan tolonglah aku... jagakanlah diaa....

STAYCATION BERSAMA BLOGGER SUNAH SAKURA

akuainkausiapa
sunah sakura dan akuainkausiapa berjoging bersama kata nya!

STAYCATION BERSAMA BLOGGER SUNAH SAKURA

Tiber tajuk entri kau ain...Dasyat sangat staycation kata dia. Hahaha. Seperti biasa, kadang nya tanpa perancangan semuanya terus menjadi. Maaf cerita ini dah basi sedikit sebab kejadian berlaku pada cuti chinese new year haritu. Biasalah kadang seketul Farahain ni datang mood berblogging dia ke laut , habis semuanya...Tetiba terngiang-ngiang suara Sis Lin "kau tangkap gambar tu untuk ape? nak simpan sampai bila? Update blog cepat!"(Sorry Sis mengata depan-depan.) Gais , dia ler orang cakap 'cikgu disiplin' aku. Berani ler malas nak update. "Nak berjaya kan?, sila buat kerja anda!" Terima kasih sis jadi cikgu disiplin saya!Hahaha. 

So, dalam ini cerita tak ada kena mengena langsung dengan Sis Lin. Hahaha. Dia hanya ada pada permulaan ayat sahaja. Cerita kali ini antara aku dan kak Sun saya. Kak Sun saya ini atau nama glamer nya Sunah Sakura. Hehehe. Ceritanya masa 4 Februari haritu kak Sunah ngajak pergi teman dia  breakfast makan kacang pol. Kita pun on saje. Tapi , pengakhirnya kacang pol kemana dan hanya tinggal impian kerana pada waktu tu ramai nya orang. Aku pi sampai dua cawangan kot kemain ramai pelusuk manusia yang mengidam makan kacang pol pada waktu tu. Hahaha. Last-last ajak pi makan dekat tempat lain. Sambil makan tu, tetiba Kak Sun tanya , "cuti ni buat ape?. Jom tidur rumah akak!" TIBER WEH! Aku pun sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan. Hahaha.

So , lepas habis je makan tu aku terus balik ke rumah dan mengambil barang-barang aku. Tak lupa juga bawa laptop. Hehehe. Kata blogger! Gituw. So sepanjang hari tu aku teman Kak Sun pergi barang-barang untuk buat brownies Selera Sakura dia tu. Pusing sana sini mencari bahan , cadangnya nak pergi pasar malam untuk beli makanan makan malam tapi hujan pulak turun tapi rezeki datang bergolek bila housemate Kak Sun whatsapp dia dekat pasar malam nak kirim pape tak. Aku pun on jela nasi goreng dengan ayam goreng. Gituw ler seketul Farahain memang tak cerewet langsung bab makan ni. Patut ler bambam. HAHAHA. 
brownies johor bahru
Gilerr terliur tengok brownies Selera Sakura

brownies johor bahru

brownies johor bahru

Pada malam hari tu, aku tak nak ler kacau Kak Sun sangat sebab dia tengah bertungkus lumus siapkan order, aku seperti biasa buat hal aku sendiri. Dah ada laptop dan broadband aku kemain laju terus aku melayan drama marathon sepuasnya. Malam tu kami tidur sambil berdendangkan bunyi mercun. Hahaha. Well, chinese new year kan . Kasi chance ler diorang tengah celebrate..Kita time raya kemain macam nak bergegar satu kawasan rumah tu tak ada nak kecoh pulak.

Keesokannya pada 5 Februari pula sebelah pagi sampai ke malam kami habiskan masa di rumah sebab Kak Sun menunggu customer untuk pick up order yang dibuat. Bukan sekotak dua woi , tapi bertingkat-tingkat. Tabahnya seorang Sunah Sakura. Kuatnya iman dia bila membrownies. Aku ni dah ler hantu coklat, sampaikan aku tanya dia "akak takde ke sambil-sambil siapkan order sambil tu terjilat sket coklat ke , nuttela ke , drizzle yang meleleh sket tuh..". Sebegitu sekali seorang Farahain kepoh nak ambil tahu. Hahaha. Pagi itu kami makan cheese cake caramel hasil air tangan Kak Ajan , geng JDT Blogger yang baru serta seketul kak Sunah memasak Spaghetti main hentam janji ade rasa. Bahagia nya perut pada ketika itu. Aku ni hantu spaghetti dan hantu cheese. Nampak tak kombinasi dia macam mana. Hahaha. Pada hari itu juga , Kak Sun meng edit blog akuainkausiapa ni. Eeee, rasa terharu gile! 
spaghetti aglio olio
spaghetti main hentam janji sedap!HAHAHA

Pada sebelah malam pula, tuan rumah menghidangkan lauk-lauk bujang kepada tetamu dia ni. Ya Allah terima kasih kepada semua housemate kak Sun sebab melayan tetamu yang seketul ini dengan sebaiknya. Pada sebelah malam pula , secara spontan kami bersepakat untuk karoke lalu seketul Farahain berasa sangatlah gembira dapat lepas gian pegang mikrofon. Kihkihkih.

lauk bujang
Kau tengok lauk orang bujang kata nya!
Keesokannya pada 6 Februari, aku dan kak Sun memang dah sepakat nak joging-joging manja di Hutan Bandar Mutiara Rini. Selesai joging manja aku tu Kak Sun ngajak ke Tesco beli barang dapur. Lalu seketul Farahain pun bersetuju. Balik je dari Tesco terus masak untuk sarapan pagi kata nya. Nasi Goreng Tomyam hidangan pada waktu pagi tu. Nyambil makan , Kak Sun belek-belek showtime movie tetiba kami pun sebulat suara ke AEON Bukit Indah dan menonton cerita Alita pada ketika itu. Terima kasih belanja tiket wayang! Kah! Habis je wayang, its time to say good bye....Ceh macam tak jumpa je kan lepas-lepastu. Hahaha.
nasi goreng tomyam
Nasi goreng tomyam hasil air tangan Sunah Sakura

wayang tgv bukit indah johor bahru

wayang tgv bukit indah johor bahru
Berani dia suap nachos dengan cheese tu dekat kita? Eee, kita tengah diet okay!
Terima kasih untuk 3hari 2malam itu , semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya untuk kak Sunah serta dilindungiNya. Ain ni tak ada adik beradik perempuan, maaf ler kalau perangai boyish tu terkeluar tanpa sengaja tapi yang pasti bukan kentut membabi buta secara sengaja yer! Itu orang lain. HAHAHAHA.