28 TAHUN 10 HARI

berjaya waterfront johor bahru

28 TAHUN 10 HARI

Hari ini genap lah umur ku 28 tahun 10 hari. Sengaja aku biarkan cerita ini walaupun ianya sudah seminggu lebih berlaku. Cerita basi orang cakap. Alhamdulilah , pada 8 Februari haritu aku berusia 28 tahun. Fuh, dah doploh lapan tahun rupanya seketul Farahain.

Aku tak expect yang indah-indah pada hari jadi ku. Kerana bagi aku, cukuplah hanya orang yang penting dalam hidup aku yang ingat pada tarikh itu dan berikan ucapan. Itu sudah buat hati aku bahagia. 

Tapi... Pada hari itu...

Sis Lin telah pun book Hitea set kebetulan harga mur mur.. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok link ini. Jadinya , pada pagi itu aku dah tahu nak makan yang dasyat-dasyat jadi nya aku ambil kesempatan untuk exercise sebentar. Orang kata makan-makan juga, exercise jangan dilupakan. Gitteww
berjaya waterfront johor bahru

berjaya waterfront johor bahru

berjaya waterfront johor bahru

Selepas itu aku pun bersiap-siap kerana Kak Sunah akan menjemput ku untuk ke Hi Tea tersebut. Sempat lagi Sis Lin berpesan pada semua , “makan dulu yer, yela ni kan hitea.. tak boleh ler nak expect makanannya banyak”. Tapi, seketul Farahain memang jenis tak bersarapan. Lalu dibiarkan begitu sahaja, terikat namun tak bertali mencuba...(tiber ternyanyi) Jenis aku ni memang tak bersarapan. Hahaha. 

Kami Hitea di Berjaya Waterfront Johor Bahru ataupun orang-orang Johor panggil “The Zon” . Sampai je kami disana terus ke tempat yang ingin dituju. Oh yer, sebagai “princess of the day” pada hari itu, aku tergedik me”request” kepada semua yang terlibat untuk memakai baju pink. Kahkahkah. Aku ni boyish kemain tapi suka warna pink. Nampak disitu Farahain luaran je nampak kasar, tapi dalamannya sangat lah lembut. Opps, terpuji diri sendiri! Kah! 
berjaya waterfront johor bahru
Muka tekezut masa kek sampai

berjaya waterfront johor bahru
Nangis tipu-tipu

berjaya waterfront johor bahru
Tengah tido ke tengah wish tuuu?

berjaya waterfront johor bahru
Yang belakang tu ler pengasas hashtag #makanmakankurus

Acara #makanmakankurus pun bermula. Biasa ler bila dah berjumpa dengan geng-geng blogger, asal nampak makanan mesti nak ambil gambar dulu. WALAUPUN BUKANNYA REVIEW. Nama pun foodie blogger. Kita kongsi kegemaran dan hobi yang sama. So, masing-masing snap ler gambo sepuasnya. Sampai dah settle baru makan. Tak nak sembang banyak sangat pasal ni, korang baca je la daripada blog kengkawan yang lain memandangkan ini post tentang birthday aku. Suka hati aku la nak highlights pasal aku! Kah! 

Tengah-tengah makan tetiba diorang nyanyi lagu “Happy birthday” dan aku macam haaaa.. terpandang tepi tetiba pelayan dekat situ membawa dua potong kek. Iolls terus terharu. Rasa nak menangis!(tipu je!) Hahaha. *Make a wish first! Erm, rahsia tak boleh bagitau apa wish kita. Hahaha.
amphawa boat noodle johor bahru

amphawa boat noodle johor bahru
Kami di Amphawa Boat Noodle Johor Bahru

Selepas habis makan-makan tu kami pun bergambar disekitar kawasan tersebut. Puas bergambar lalu kami bersurai TAPI kami belum lagi nak balik. Kak Sun ajak pergi ke amphawa boat noodle. Malas nak hupdate sangat. Baca je la dekat blog kak Sun yer! Hahaha. Dah aku kata ni entri birthday! Hahahha.

Selepas menjadi ular sawa pada hari jadi nya, kami pun berlangsung pulang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Abang aku tanya “nak celebrate kat mana?” Aku jawab “dah banyak sangat makan ni, tak apa lah, kita celebrate masa birthday kau”. Birthday abang Ain 11 Februari selang berapa hari je. 

Gitu ler sepanjang hari jadi ku! Terima kasih kepada yang memberi ucapan, memberi hadiah dan semua yang masih mengingati diri seketul Nur Farahain Binti Zainal Abiddin. Doa ku semoga nama ini akan sentiasa ada di dalam doa hari-hari korang. Doakan semoga lebih ramai menyayangi diri ini , lebih ramai membahagiakan diri ini seperti diri ini perlukan. Doakan semoga aku ini sentiasa ceria dan gembira. Oh, semoga aku tak henti bercakap dan bergelak kerana itu lah dia milik jiwa penulis akuainkausiapa. 

Sekian coretan dari umurku 28 tahun 10 hari ❤

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. wow... meriahnya, btw selamat hari lahr be lated sis. semoga murah rezeki dunia akhirat... aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe terima kasih.... 😘😘😘

      Padam
  2. cantikla tempat ni...bestnya sambut bestday tempat macam ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhee... tu lerr rezeki dapat merase celebrate dekat sini

      Padam
  3. awww so sweet entri special birthday pada umur 28 tahun 10 hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kihkihkihkih ini ler entri rahsia tu hahahhahaa 🤣🤣🤣

      Padam
  4. Agak-agak ada entri lagi tak ek, kot laaa 28 tahun 50 hari hahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin adeeee. kite nantikan. hahaha 🤩🤩🤩

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.