KENANGAN BERSUKAN BERSAMA DENGAN MAKCIK-MAKCIK DAN MENANG JOHAN - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, February 19, 2019

KENANGAN BERSUKAN BERSAMA DENGAN MAKCIK-MAKCIK DAN MENANG JOHAN

sukan rakyat johor bahru

KENANGAN BERSUKAN BERSAMA DENGAN MAKCIK-MAKCIK DAN MENANG JOHAN

Pada hari jumaat yang lepas aku tergerak hati nak menghadiri majlis yassin. Biasanya memang setiap hari jumaat sudah menjadi kebiasaan kawasan rukun tetangga disini memang akan ada majlis yassin. Dulu-dulu aku rajin ler join, lepastu aku menghilangkan diri atas sebab-sebab peribadi. Alhamdulilah, aku kembali ler juga 'tunjuk muka' dengan geng makcik-makcik disini. Tetiba, mata aku terpandang pada satu benda ni. Satu benda ni yang membawa kenangan terindah juga untuk KRT kawasan rumah aku ini.

Nak tahu apa? 
Piala Johan Sukan Kejiranan Wanita Parlimen Johor Bahru

Bayangkan waktu aku sebagai setiausaha nak pujuk geng makcik-makcik ni masuk bersukan. Hahaha. Bukan satu perkara yang mudah yer kawan-kawan. Yelah kita faham sesetengah makcik mungkin segan dan malu nak bersukan kan. Ada diantara mereka yang dah bercucu. Tapi, pujukan ku berjaya sehingga mereka begitu bersemangat semasa hari sukan tersebut. Masih ku ingat pada ketika itu , kami memang sepakat betul siap cari baju sedondon dan tudung sedondon. Bukan itu sahaja, kami siap naik van ala-ala rombongan cik kiah lagi ke tempat sukan tersebut diadakan. Hahaha. Nampak tak disitu kesepakatan kami.
sukan rakyat johor bahru
Beratur dulu


sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru
Kami dah bersedia!
Terdapat 6 aktiviti yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan. Antara nama aktiviti tersebut ialah Mutiara Sayang , Bola Gelung Rotan , Balingan Emas , Keretapi Dadu , Sehati Sejiwa dan Boling Kampung. Setiap kumpulan perlu menghantar 10 nama kalau tak silap. Aku ni kira acah-acah jelah tapi aku join acara Bola Gelung Rotan dan Boling Kampung. Alhamdulilah , acara ini aku penyumbang full mark. Hahaha.

Hmmm, kejadian pun dah berlaku lama. Nak update pepanjang pun tak ingat dah secara details. Sebagai imbas kenangan untuk diceritakan , aku belanja gambar je la ehk. (Pengakuan jujur : waktu ni berat aku dasyat sangat!) Sekarang??? Bambam tu dah kureng sedikitla tapi masih kategori obesiti. Hahaha. Sebab aku ni ketot dan pendek. Sekian kenangan bersukan dengan geng makcik-makcik. Siapa sangka boleh menang johan kan! Itu la namanya semangat pasukan walaupun tak kuat tapi bila bersatu-padu terus mencapai piala kemenangan! Gittew.
sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru

sukan rakyat johor bahru
Piala Johan milik kita
 *Kepada ibu-ibu Ain ni , terima kasih kerana menjadi penyeri hidup ini dan sudi menerima seketul jiran yang suka gelak. Hahaha

4 comments:

  1. akak kagum dengan Ain yg boleh bergaul pelbagai peringkat usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee... kite dengan semua orang boleh geng. 🤣🤣🤣🤣 jenis mesra rakyat.hahahha

      Delete
  2. perghhh dahsyat kau ekkkk..boleh jadi YB Parlimen Johor Bahru sekali

    ReplyDelete
  3. permisi min numpang share ya :)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.