ADAB MENULIS
ADAB MENULIS
Aku rasa antara si penulis dan mereka si pencakap punya bezanya. Kalau orang yang bercakap , kita boleh dengar intonasi dan nadanya. Dari situ kita boleh klasifikasikan mood dia dalam keadaan apa. Berbeza dengan si penulis.
Si penulis ini menulis dan nada serta lenggok nya diklasifikasikan oleh perbezaan pembaca. Kalau tegas lah karakter si pembaca itu , maka tak hairanlah konklusinya menghasilkan sesuatu yang tegas.
Berat sebenarnya menjadi penulis. Padahal kita tulis dalam adabnya yang terpelihara, tapi bila dibaca oleh mood manusia yang berbeza. Akhirnya jadi maksud yang berbeza. Aku baru sedar semua perbezaan ini.
Bila mana aku boleh "tidak bias" dalam dua jiwa ini. Diantara bercakap dan juga menulis. Untuk aku yang lebih kepada bercakap senang cerita orang yang jenis tangkap melalui pendengaran , aku cenderung untuk membaca karya penulis itu berdasarkan cara tingkahlaku penulis tersebut. Sebab tu aku jenis suka kenal siapa penulis tu dulu. Supaya tak salah tafsir cara dan nada membaca karya nya.
Adab! Mak bapak kita selalu pesan , jaga adab. Jaga tingkahlaku. Aku perasan orang kita sekarang banyak terlepas pandang tentang ini. Adab menulis! Ditulisnya ikut suka rasa hati mood ketika itu. Sampai terlondeh biadap nya perangai.
Mungkin sebab itu dulunya arwah ibu kurang setuju aku menulis. Sebab selalunya orang yang menulis ini dilontarkan segala macam perasaannya. Aku rasa beza orang sekarang dengan orang dulu dalam menulis ialah tentang adab.
Ditulisnya mengikut sesedap hati. Astagfirullah, kadangnya aku sendiri langsung tak nak baca. Sebab itu aku sangat pilih apa yang aku baca. I dont say aku ni positive thinking je setiap masa. TAK! Untuk waktu yang moden kini , tolong lah sendiri kawal apa yang kita baca. Makin kita baca benda tak senonoh , jadi tak senonoh tahap pemikiran kita.
"Dewasa kan lah" dalam memilih apa yang kita baca. Supaya "bodoh" kita ni makin kurang. Mungkin kelihatan kasar perkataan bodoh itu . Tapi jelas terpampang , makin kita baca benda yang bergosip , makin tu lah kita jadi manusia membawang. Jangan marah orang cop kita "makcik bawang" Sendiri yang tidak bertanggungjawab pada diri sendiri.
Orang dulu-dulu sangat menjaga tatasusila dalam menulis. Aku tahu kenapa..Orang dulu betul-betul "menulis". Ada daya tenaga mencari pen dan kertas. Kalau salah tulis nak padam rasa kena fikir sepuluh dua puluh kali. Orang sekarang senang. Tulis nya dalam bentuk menaip. Kata kuncinya SENANG!. Benda kalau senang, jadi sambil lewa. Alaa , nanti aku "delete" .
Sebab tu boleh selamba badak hantar Whatsapp tanpa fikir dulu.. Nanti boleh delete. Komen dekat social media macam tak perasan terlondehkan "bodoh" sendiri. Sebab apa ? You dont need any efforts macam org dulu. Susah payah untuk menulis. Orang sekarang tak payah try hard sangat!
Butang Delete kan ade!
Kan. Kita sedar tak semua tu? Mintak maaf bukan aku sombong dalam menjadi komuniti blogger , tak blogwalking semenjak dua menjak , tak komen tak aktif dalam dunia menulis ini. Sebab aku rasa dah tiba untuk "dewasakan" apa yang dilihat setiap hari. Dekat semua social media pun aku pilih-pilih mana yang aku nak taip. Tak salah kan rasanya being "choosy" .
Ku kira ini rupanya sebab paling besar kenapa arwah ibu melarang aku menulis diari. Takut satu hari nanti , bila ade yang membaca ... Tersalah tafsir.. Yang menangungnya ialah si penulis.
Untuk sekarang, Jaga lah adab menulis. Oh ADAB MENAIP. Itu mungkin frasa yang sesuai. Macam aku, aku selalu taip HAHAHHA maksudnya memang aku gelak dulu masa tengah menaip.
Tapi , setengah orang tak suka. Dikatanya "apa yang lawak?". Setengah orang rasa itu kurang adab. "Ingat semua benda ni kelakar ke?". Walhal ketika itu aku tengah rasa happy. Nampak apa yang cuba aku nak sampaikan? Adab! Lebih senang erti kata lain Tertib dan tatacara kita melakukan sesuatu.
Kalau orang solat , mak bapak kita suh senyap. Sebab apa? Adab kita menghormati orang yang sedang dengan TuhanNya. Supaya dia lebih khusyuk. Sama juga kalau kita pergi rumah orang. Mak pak kita pesan jangan sibuk tanya itu ini tentang cacat cela dalam rumah tu. Sebab apa ? Setiap dari kita ada yang mampu dan tidak. Bila kita datang rumah orang secara tak langsung kita boleh nampak sedikit "keadaan keluarga atau isi rumah dalam tu".
Kenapa terkait semua ini? Itulah kita manusia. Sila jaga adab! Jangan biadap. Kita tak sama antara satu sama yang lain.
Tulis yang baik-baik kalau kita nak yang baik-baik datang dekat kepada Kita. Kalau yang jahat mendekati , sila spotcheck diri sendiri dulu. Mungkin kita tulis eh kita taip benda tak senonoh, yang tak senonoh lah yang akan datang kepada kita.
*mintak maaf laras bahasa aku dinilai dari bezanya kau membaca. Seboleh mungkin aku tulis dalam adab yang terpelihara. Moga kita sentiasa menjaga etika itu.