Rewang Masak Nasi Ambeng

Rewang Masak Nasi Ambeng

Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR . 

Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal . 
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat. 

Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . 😔😭
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni  siap ade station masing-masing .  Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet 💕