Ain Makan Ape 1 Ogos 2021

Assalamualaikum.. Kisahnya dapat rambutan jiran bagi. Kita apa lagi kopek lepastu simpan dalam bekas dan masuk ler dalam peti . Makan time sejuk sejuk nikmat tak terkata yer kawan kawan semua .

So ain makan ape ?
✅Rambutan sejuk (kongsi)
✅Fries cicah sos (kongsi)
✅Roti sapu peanut butter 3 keping
✅Nasi ayam (nasi separuh transfer ke abang ain )
✅Mee kicap sabah sepinggan kecil beserta dua keping hotdog


Dah Turun Berat Badan ! Yahuu

Assalamualaikum . berita gembira buat diri ini . Berat badan dah turun woi . Alhamdulilah . Dah turun sebanyak 5.5 kg ! Gila . Journey untuk turunkan berat badan kali ini aku tak rasa stress langsung . Sangat enjoy ! Lepastu aku jadi lebih sayangi diri sendiri . Giteww .

Maklumlah sebelum sebelum ni , memang tak faham sangat kenapa orang suruh "love yourself" . Lebih banyak tak serius kepada diri sendiri . Kisah nya kan , aku ni penakut betul nak timbang berat .

Maklumlah dah bertahun tahun gemuk ! Tapi , macam mana boleh ada keberanian tu ? Bila dua ke tiga orang kawan tegur badan aku dah susut . Ada yang tengok posting gambar aku pun cakap benda yang sama . Aku ni bukan lah jenis perempuan yang nak menutup (cover line . amek gambar supaya tak nak nampak gemok punya orang) . Kalau dah gemuk tu , kau edit lah macam mana , tetap diri kau sendiri yang merasa gemuk tu. 

Tapi bila eh ada orang yang perasan aku dah kurus , kita jadi curious nak tahu la berat terkini . Yeay ! dah turun . Patut ler ade seluar masa sebelum puasa aku pakai kemain ketat , tapi sekarang rasa selesa sangat . 

Target lagi dua minggu nak timbang lagi . I aim for the number to drop down!!  Insyallah.  Ain boleh 💪🏻 Harap sangat by end of 2021 ni .. Uish badan ku memang dah nampak beza , susut dan kurus serta sihat .Amin ! .

Makan ape tu Ain 31 Julai 2021

Assalamualaikum... Untuk 31 julai pada hari ini ain makan ape yer.. Lepas morning walk , anak jiran ajak pergi beli breakfast dengan mama nya . Tu yang nampak kuih tu . Jiran belikan kuih untuk breakfast . Selalunya ain lepas morning walk dan balik tu ain jenis tidur sekejap. Kihkihkih . Topap tenaga dulu. 

Lepas dah makan kuih , bedal sikit roti dengan peanut butter dua keping. Untuk lunch dan dinner, ain masak ayam lemak cili padi , beserta ulam dan sambal belimbing buluh .

Gambar yang atas sekali tu untuk lunch minum dengan air sunquick lemon yang abang ain buat segelas dan dinner pula gambar yang bawah sekali. 

Alhamdulilah kenyang 😋