Assalamualaikum . hari ni ain scroll dan baca semula posting -posting di blog ain. Allahuakbar , lepastu teringat pula satu komen ni😔 Terasa sedih dan sayu pula hati ini
Komen ini dari seseorang . Seseorang yang pernah menjadi cerita yang terindah semasa belajar di Uitm Kedah dulu . The guy that i really crush ! the guy that i really fallin in love .
Let just call him as F !
Indeed ! (aku pandai sebut perkataan ni dari dia la) . Boleh la throwback sikit yer . I still remember the first time aku betul betul terpandang dia . Dia tak sama kelas and course dengan aku . Tapi , kita sama fakulti bisnes . Satu hari tu , lecturer minta nak combine kelas dan kawan aku ialah class representative so aku teman dia pergi book class . So this guy ni pula class representative untuk kelas dia . Aku teringat waktu tu aku cakap "Siapa dia mamat yang selalu lecturer and all my friends sebut ni ?. HENSEM SANGAT KE F NI ?" 🤣 Kau nampak tak ayat aku 🤠Kan dah terus jatuh cinta .
So masa pergi book kelas tu , bila dia pusing je OMG ! He is not my taste , tapi aku tertarik dengan cara dia sebab he is so polite dan dia ni kategori gentle guy la i tell you . He is soft spoken whenever he talks especially dengan perempuan . Memang tak dinafikan ramai perempuan selalu sebut -sebut nama dia .
That was the first time i really nampak dia betul -betul . Nak dijadikan cerita lagi , kitorang sama LDK . Uitm kan ada program apa benda entah lupa tapi dia related to LDK la. Lepastu kitorang sama group , eh pula tu dia duduk sebelah aku 😅 Omg ! (imagine waktu ni hati dah super duper berbunga weh) Sampai waktu rehat aku pergi toilet .. Aku cakap dekat kawan aku "You.. i think i"m fallin in love !" . Kawan aku tu reply " OMG , dont tell me is F". Aku jawab " Yes ! its him" 🤣
Sumpah level jatuh cinta aku kali ni terpaling dasyat yer . Hahaha .
Kan aku bagitahu yang kitorang sama fakulti so subjek banyak yang sama dan kita juga share the same lecturer .Nak dijadikan cerita kitorang sama kelas waktu Business Law . So everytime aku pergi kelas ni , hati aku full of butterfly you know ! Hhahahaha (rasa nak lempang je diri ni bila ingat balik kejadian tu)
Bila aku bagitahu kawan aku yang aku suka kat dia , aku tanya la kawan-kawan aku macam mana ehk nak rapat dengan that guy . First of course mintak no telefon . Imagine ni masa tahun 2010 . Whatsapp pun tak ada lagi okay . Okay macam -macam taktik yer guna . Memang kawan-kawan aku pun terlibat sama yer 🤣🤣 Kan kitorang sama LDK , so masa tu kawan aku cakap la "F nak nombor .." Dia pun jawab " Eh sure boleh .." . Kawan aku tuh pun tolak aku " Ain gi save cepat dekat phone kau " 🤣🤣🤣 hahahhaha . Macam gitu lah terdapat nombor telefon dia .
Tapi still rasa awkward nak mesej .Pula time tu masih zaman topup ,tak de kredit gitu . Facebook pun baru baru nak menjadi gitu .Aku ingat lagi aku tergunakan dia untuk jawab kuiz . Aku dapat tahu kelas dia dah jawab kuiz then aku selamba call dia tanya dia "you kuiz tu tanya soalan apa je?". Oh by the way , aku jadi lagi fallin in love dengan dia sebab dia yang ber I - You yer dengan aku . Aku memula rasa pelik sebab yela dengan kengkawan lelaki selalu kau aku je kan . Lagi lah hati ini penuh butterfly gitu 🤣 Lepastu , kitorang siap hafal jawapan . Time tu kawan-kawan aku semua dapat full mark kuiz tu. Hahahah .
Lepastu , F ni power subjek ekonomi . He is one of my reference la . Sampaikan aku boleh skor subjek ekonomi . Masa matrik subjek ekonomi paling aku teruk tapi bila degree ni aku comeback semula . Dia punya tahap power disebabkan cinta kan , aku boleh dapat carrymarks paling tinggi dalam kelas . Gila kan ! Aku skor A kot ! Kau rasa tak hati aku penuh butterfly macam mana masa tu ?.
Kelas Business Law pula kan kitorang sama kelas kan , dalam kelas siap mesej -mesej weh 🤣 Dia text " Eh you . kita pakai baju sama warna kan" ." Amboi khusyuk nya you..tengok apa la tu kan?" (Sebijik macam dalam video klip lagu cinta cinta zaman 2010 kan .Hahahah .
Lepastu dia bagitahu aku yang dia takut subjek Akaun which is tu subjek makanan aku then dia minta aku ajarkan dia sebab dah nak final exam gitu . Dia punya level romantik sumpah memang boleh cair yer . Dia cakap " you .. i pakai baju kaler biru tau hari ni .nanti you pakai baju kaler biru tau" KAU RASA??? Ni nak belajar ke nak dating kan ?. hahahaha . Aku pun pakai la baju kaler yang disuruh . Belajar dekat cafe yer .🤣🤣🤣 F tanya " You nak ape ? i belanja ." Aku cakap " eh tak nak la apa-apa ..tak lapar pun". PENIPU nak mampus aku waktu tu padahal aku tak makan apa pun lagi tapi sebab aku malu gila . Here's one thing about me , aku akan jadi perempuan paling pemalu di depan lelaki yang aku falling in love tu . Last -last dia belikan aku air Ribena Laici ! OMG ! kes air ni jadi bahan utama kawan -kawan aku yer . Hahahaha .
Nampak tak every single things yang dia buat kat aku dan aku ingat sampai ke hari ni . Masa aku ajar dia akaun tu , aku banyak suruh dia refer past year questions . Then , dia tarik past year questions aku then dia cakap " Hari ni berapa hari bulan you ?. I nak tulis dekat sini so nanti you akan ingat ni tarikh you ajar i" KAU RASA TAK MACAM MANA Dupdap dupdap jantung aku 🤣🤣🤣
But , langit tak selalunya indah yer .. Butterfly sometimes fly sometimes not fly Hahahha . Masa dah nak dekat final exam , he change his Facebook status to " In A Relationship with seseorang" . (And after i baca blog dia now. .i saw her picture masa dia konvo .. i know she is so special in his heart)
I broken gila bila nampak dia tukar status tu .. Dahla sama dewan exam dan sama subjek . Nak tak nak memang akan terjumpa punya . Until the final exam begin . First paper tu aku cuba kuatkan diri aku ignore dia . Aku kena skor semester satu aku ! Masa paper economy , dia tertinggal pensil box dia tau. And that time kawan-kawan i tahu yang i close to him . But , i suruh kawan i yang call him . Then dia datang , kawan i suruh i yang pass kan . Then dia tunduk je muka dia tak pandang i . Sedih gila waktu tuh.
Teringat masa final paper which is Business Law , he gave up so earlier. Dia keluar awal and lalu sebelah meja aku . Dahla subjek tu yang dia selalu kacau kacau mesej aku kan . Aku pun boleh tahan rasa susah jugak . Subjek ni aku skor C kot 🤣🤣🤣 Subjek yang paling teruk dan semester satu pointer aku 3.17 terpaling teruk dari semua semester sebab subjek ni tarik banyak pointer aku .Dia kantoi paper ni . He repeat in untuk next semester
Semester 2 bermula , dan permulaan untuk kitorang duduk rumah sewa . Sumpah masa tu aku rasa susah gile dan macam mana ehk nak lupakan dia . Dahla aku ni jenis kalau dah suka dekat someone , aku susah nak lupakan . Hari first kitorang sampai ke rumah sewa , aku minta tolong kawan-kawan lelaki sewakan kereta dan beli barang rumah . Tetiba datang seorang lelaki naik motor berhenti. Astagfirullah, mati mati aku ingat tu member kelas aku jugak . Selamba badak aku cakap " Haaa , tau pun kau nak singgah sini". Sekali dia bukak helmet . KAU TAHU SiAPa ?????
F ! Ya ampun .. Its HIMðŸ˜
Aku dah malu terus masuk jela rumah aku . Housemate aku yang ada tu still berbual je dengan dia and kawan lelaki .Sampai kan dia tanya " Kenapa ain tu?" . "Kirim salam dia ehk".
Housemate aku masuk cakap " F kem salam kat kau tu ". 😔 Aku nangis weh ! Aku cakap dekat kawan aku " Dia tahu aku suka dia kan.. dia dah ada girlfriend lepastu selamba badak je nak kirim salam dekat aku . pretend like nothing happens" .
Rupa -rupanya ! Kitorang berjiran. Rumah kitorang dekat sangat ! Selang satu lorong je . Rumah sewa aku pula jalan besar memang laluan utama la gitu . Habis kelas selalunya suka makan dekat Kedai makan yang ada jual ikan keli tu. Astagfirullah , aku lupa pula nama dia ape 🤣Eh rupanya tu port makan dia juga dengan housemate dia. Aku pun memang selalu pergi dengan housemate juga. Ofcourse la terserempak.
Bila terserempak pula dia boleh duduk depan meja aku . Saja je sambil dia makan dia pandang aku. Terpaling siot kadang kadang dia boleh main mata dengan aku , kenyit mata dia dekat aku . Wehhh! Aku pun .. alahai.. Dia tahu aku malu nak pandang dia. Siot betul ! Setiap kali dia buat macam gitu ! setiap kali tu aku tak habis makan. HAHAHAAHAHHA . Sampaikan housemate aku cakap " paling best kalau selalu F makan dekat sini , komfom ain makan tak habis ,komfom dia kasi semua ikan dan nasi dia dekat aku " 🤣🤣🤣 Siot tau ! Memang betul pun weh . Aku punya level cover malu aku tu sumpah tak boleh blah.
One day tu housemate aku bawak makanan banyak dan berlebih , lepastu tak tahu nak bagi siapa and aku bagi la kat dia . Kata jiran kan. Peh ingat lagi dia punya senyum senyum tu siap tanya " you masak ke ?" Hahahha . Memang tak la aku masak . Semester dua pun berlalu macam gitu . Lepastu cuti agak lama dan kitorang berpindah rumah sewa
Semester tiga sampai semester lima tahu duduk mana pula ? Duduk depan rumah dia . Bahahaha .Ni housemate aku yang pilih rumah tu aku on je , sekali bila sampai eh alahai betul betul depan nak belok rumah dia . Memang boleh nampak kalau kitorang keluar masuk .🤣
Lepastu kalau dia pergi surau eh boleh nampak la mamat ni naik motor pakai kopiah . Lagi la hati berbunga kan . Tapi dia macam dah mula menjauh dengan aku . Boleh nampak la macam mana dia try menjauh sampai ke semester lima .Dan ada one time tu dia menghilang . Sampaikan aku pun tak tahu dia dekat mana . Aku yakin waktu tu he need his own space . He is at the lowest point waktu tu . Sebab dari semester satu lagi dia pernah cerita , dia ada masalah .. Which is private to share . So aku faham la dia mula menjauh . Masa dia menjauh ni sebenarnya aku dah mula melepaskan sedikit perasaan fallin in love tu sebab aku mula close dengan seseorang 🤠Seseorang ni nanti akan muncul di akhir cerita ini .
Aku teringat sempat berbual -bual depan rumah sewa dengan F . F ni pandai pancing aku " you jom main badminton" Hahaha . Main badminton la sangat padahal pukul angin je ada lah . Lepastu housemate aku bela kucing then kucing sampai ke rumah diorang . Lepastu ada anak jiran tukang report , "ada abang rumah depan tu bagitahu ni kucing akak yer " 🤣🤣🤣
Sampailah aku habis semester lima , aku nampak dia makin menjauh . Dia memang sanggup tak nak lalu depan rumah aku . So , aku rasa dia memang tak nak dah tegur aku . Lepastu aku prektikal. Semester enam ! . Dia extend sem sebab dia ada repeat paper.
Dan .. tibalah masa aku final presentation . Aku singgah kejap ke library waktu tu jumpa kawan aku . Aku nampak dia tengah study sorang sorang . Aku nak pergi dekat dengan dia wanna say hi and good bye .. But .. aku pandang je dia dari jauh . Aku rasa aku tak perlu buat itu pada dia .. Aku nampak dia tengah struggle to study for his final exam .
That was the last time i saw him ðŸ˜
Until 2014 ke 2015 gitu , kita pernah juga private message dekat Facebook .Tapi aku pun dah tak berapa ingat sebab aku dah tak ada perasaan tu kan. Aku pernah unfriend dia . Dia sent request dekat aku .Hahaha . Boleh tahan mengada -ngada juga aku ni kan .
Sampailah aku terjumpa blog dia. Aku tak payah la bagitahu apa nama blog dia . Orang soft spoken and nicely macam gitu mesti ramai perempuan cair dekat dia. Aku happy dia sempat jumpa blog aku !
He drop that komen .It makes me happy ! At least , he is somebody that i used to know .
Tahun 2017 , aku mimpi dia. This is true story ! aku mimpi dia tengah sakit . Masa tu aku dah unfriend facebook dia . Aku cari balik facebook dia dan aku ternampak kawan dia post something.
Dia tengah nazak ðŸ˜
Allahuakbar ..Sungguh macam tak percaya mimpi tu benar terjadi .. Aku buntu dan tak tahu nak tanya pada siapa ... Dan aku bertanya kepada "someone" yang aku rapat tu sebab dia sama course dengan F ni .. Dia pun macam pelik macam mana aku agak concern pasal F ni .
Tengah hari kot he text me said that "F dah meninggal" . Allah je tahu hati aku sedih. Yela , dia masih muda kan .
Hari ini , aku abadikan lagi kisahnya di blog aku . Sebelum ni aku ada tulis sikit -sikit pasal dia , tapi hari ni aku tulis secara details ..
Semoga Allah sentiasa membahagiakan dia di sana . Sungguh cerita kita di dunia ini membawa kenangan yang indah untuk diri ini . Terima kasih Allah , kau pinjamkan hambaMu ini menjadi kisah terindah buat diri ini .
Dengan mengenali dia .. Aku jadi lebih perempuan. Aku jadi perempuan terpaling sopan sekali. Kalau tak aku gelak kemain kuat yer tak control . Tapi dia berjaya , keluarkan perangai perempuan aku tuh ..
💖 Al- Fatihah untuk dia .