Alhamdulilah Rezeki Orang Bagi Lauk 27 Ogos 2021

Assalamualaikum ..Hari ni rasanya tak masak 🤭 Penuu meriah lauk orang bagi . Actually semalam waktu malam ada dua jira bagi lauk . Tapi ain kan malam dah tak makan .

Jadinya esok panaskan lauk .
antaranya ialah 
✅Mee hoon tomyam seafood 
✅Bubur lambuk (siap tambah 2 kali yer)
✅Nasi beriani 
✅Keropok sayur tu termasuk sekali dalam set beriani 
✅2 keping roti spread dengan passion food spread the love . pisang , segelas air sunquick asam boi (abang ain buat)

Alhamdulilah! 

Aku Baru Perasan Yang Aku Sebenarnya ..

Assalamualaikum . aku tulis kisah ini ketika jam 12:26 tengah malam . Punya la dah terpusing-pusing badan ni bergolek atas katil tapi mata masih tetap jugak tak boleh lelap . Hari ni aku tak buat live dekat Instagram . 

Badan rasa penat ! Penat sangat ! Tapi jenis aku ni tak suka tunjuk kat orang . 

Aku teringat satu qoute , bila kau tengah overthinking ... WRITE MORE ! So , otak aku ni tengah overthinking . Aku yang kena control benda ni . Risau kalau terlampau over nanti habis tak boleh tidur . 

Semenjak dua tiga menjak aku buat live ... Aku belajar sesuatu yang bermakna . Antara jawapan jawapan dari tetamu yang aku undang untuk berkolaborasi semua nya bercerita tentang "support system" Which is Family . Reef cerita dia nak bawak mak dia pergi vacation nanti lepas dah boleh travel , Puan Azfa bercakap tentang redha ! Kalau you dah kahwin , redha seorang suami itu penting . Encik soleh berbicarakan tentang the things he really miss bila dia kerja di Jepun is Family .. Bila cuti je dia mesti nak balik jumpa family ...Mama Maszull pula seronok bagitahu yang dia dapat sokongan dari hubby dia .. Anak-anak yang ajar tentang dunia blog , cucu cucu peminat grandma nya . Abang viral selalu buat video tentang kisah di kampung serta mak abah nya .. Dan Huda juga antara yang selalu aku nampak masak kan untuk family .. Huda selalu bagitahu "Huda beli makanan ni untuk family" . 

End up. aku sedar 😭 Aku tak ada semua tu 

*mungkin coretan kali ni agak beremosi sedikit , tapi aku cuba tulis dalam laras bahasa dan nada yang terbaik untuk semua hati dan perasaan. 

Aku sedih . Ayah aku langsung tak tahu aku buat live .. Macam mana aku propose mereka.  Aku buat semua tu sendiri.  Aku beranikan diri approach orang . Orang cakap "kagum lah ain boleh buat " ,"macam mana ain boleh invite diorang" 😭 

Yer .. aku buat semua tu sendiri. Kadang-kadang aku jelos sebab kawan -kawan aku semua boleh dapat sokongan yang kuat dari keluarga . Sampaikan aku tak sedar ... 

Yang aku dah jadi perempuan yang Heartless. Aku dah tak ada rasa macam " a family person" . Aku tak ada sebab paling kuat macam orang lain yang cari rezeki sebab family . Aku baru perasan weh . 

Bila kawan aku tanya " kau ada tak boyfriend? pergi la cari ain" . (Bab ni pun boleh tahan juga yang bermain di fikiran ni nanti la aku tulis yer ) 🤣

😭 Sambil aku taip sebenarnya aku rasa sedih . Hikmah PKP ni memang banyak melembutkan hati aku , membuka kembali jiwa aku . 

Ain .. letak lah rasa dan jiwa empati itu..(nasihatkan diri sendiri dulu)

Kau nak tahu kenapa aku kata aku heartless ? 

Aku tak suka benda remeh temeh . Abang aku tanya soalan yang tak penting pun aku boleh jawab " kau panggil aku sebab nak cakap benda tu je " . Mesej -mesej dalam group mana yang tak penting semua aku tak layan . Semua aku tak baca terus delete . Yang ni jujur betul 🤭

Patut la masa sekolah rendah dulu aku teringat ada kawan aku sampai terasa hati .. dia cakap aku ni tak ada perasaan .. 🤣

Anak jiran haritu entah macam mana dia cakap " oh baru la isya tahu yang kak ain ni sebenarnya penyayang kan" . 

Arwah ibu aku banyak kali terasa hati dengan princess tembam dia ni .🤣 (ibu kita panggil kita princess okay ) . Ibu selalu cakap " ain ni tak pandai langsung nak bagitahu perasaan dia" . Hahaha . 

Sebegitu dasyat sekali yer heartless aku tu. Nampak macam eh banyak cakap kan ain ni.. Tapi tu la .. mari aku listkan kenapa aku jadi macam gini .

Sebab dulu aku dapat 100% perhatian dari arwah ibu .. Sekarang dah tak ade . Aku sampai dah terbiasa pujuk diri sendiri . Sendiri sedih , sendiri pujuk diri . Sendiri sakit , sendiri rasa seorang diri .. Sendiri ! 

Bahaya yer sebenarnya kalau dah terbiasa sendiri . Boleh sampai jadi heartless .

Dan sebab itu juga aku cuba cari sebab kenapa aku nak keep active buat live collaboration dekat Instagram . Akhirnya aku jumpa tiga misi utama itu .

✅To build more self confidence
✅To love more yourself
✅To appreciate your Life !

Kadang kadang pada akhirnya cerita kehidupan kita ... Tak semua yang indah dimiliki orang lain ...kita pun boleh rasai juga. Mungkin bukan aku orang nya yang boleh membawa tema kekeluargaan .. Mungkin bukan aku yang berkata tentang "always have a time with family"

Bukan aku orang nya .. Tapi .. 

Mungkin aku orang nya , yang akan menjadi "seseorang" yang dikirim Tuhan untuk menaikkan jati diri mu , mungkin aku orang nya yang membawa seruan "sayangi diri mu " dan mungkin aku orang nya yang tak akan jemu membisik di hati kau... "hargailah kehidupan yang kau miliki" .

Mungkin .. dari seorang heartless . Sedikit sebanyak.. dapat menyentuh hati hati dan jiwa jiwa mereka .. yang mengenali diri ini .

Mungkin akhirnya nanti , seorang yang heartless bertukar menjadi seorang yang hatinya sangat dipenuhi kasih sayang . Insyallah . 

Untuk mereka yang hati nya sedang dalam kedukaan .. Berusaha la .. merawat hati itu .. Mungkin Tuhan belum menemukan kita dengan hambaNya yang mampu merawat , mungkin "kita"( diri kita sendiri) yang merawatnya terlebih dahulu .

* maaf andai kata kata aku ... cara tulisan aku.. nampak heartless nya 😔 Ini je cara aku melepaskan rasa dalam hati ini .

Beli Barang Mekap Dekat Kedai Dua Ringgit


Assalamualaikum. nampak ada orang ajar makeup dekat TikTok cara nak buat kening . Katanya pensel untuk buat kening tu beli dekat kedai dua ringgit je.

Jadinya , kita pun cuba la mencari . Hehehe. Jumpa yang macam gitu je . Boleh la kita try belajar lukis kening pula. Macam ain nak bagi nampak kening tu lagi kemas je . Tak nak la cukur sampai nipis . Sebab kening kita memang dah tebal . Hahaha . Ain tak nak la nampak bersepah kening tu . 

Ain beli sekali lipstick , nampak macam kaler purple kan tapi bila dah pakai eh dia macam tak purple sangat . Ni lipmate tau tapi so far dah beberapa hari pakai ni rasa okay je best .. Ain beli juga lip balm aloe vera . Untuk bagi lembap lagi bibir ku . Sebab nampak bibir macam kering sikit lagi pula kalau tak pakai makeup kat rumah kan , dengan ada lip balm akan nampak lah bibir tu berkilat sikit 🤣

Cer tengok lipmate kaler tu.. Nampak purple ke merah ?. Ke ain yang rabun warna sebenarnya 🤣🤣🤣 Risau kadang tu ..