Sejuk Sangat Sampai Tidur Pakai Stokin Dan Tak Buka Kipas

tidur pakai stokin

Assalamualaikum . Semenjak dua menjak cuaca di Johor Bahru ni bukan main sejuk yer . Disebabkan terlampau rasa sejuk menyebabakan ain terpaksa tidur pakai stokin . Bukan itu sahaja , siap tutup kipas lagi . Lagi pula bilik ain ni memang jenis sejuk kemain kalau tengah malam tapi kalau tengah hari memang panas .

kipas dalam bilik tidur

Ain pula jenis kalau tidur buka aircond sekejap je dalam 30 minit untuk bagi sejuk bilik dan lepastu memang buka kipas . Tapi , cuaca nya begitu sejuk sebab asyik hujan juga kan . Mungkin sebab tu rasa sejuk sangat .

Ain ni boleh dikategorikan jenis kuat aircond juga . HAHAHAHA . Tapi , kalau dah cuaca begitu sejuk , memang totally give up ! HAHAHHAA. TUTUP KIPAS TERUS KAU !

BACA JUGA : Duduk di rumah ...nak buat apa yer ?

Masak Mee Goreng Biasa Je Tapi Kemain Sedap !

resepi mee goreng simple


Assalamualaikum .Untuk dinner semalam terasa nak masak mee goreng . Tapi tak ada la bahan yang meriah sangat . Mee goreng biasa je janji sedap dan kena dengan tekak . Kihkihkih.

Bahan bahan yang ain letak alahai malu nak kabo , sebab simple sangat . HAHAHA . Ain hiriskan bawang merah dan bawang putih lepastu cili merah dihiris dan potong juga fishball . Cuma nya cara ain masak ain lebih suka tumis fishball dulu goreng sampai dia garing sikit baru masuk kan bawang dan cili .

Tapi , yang menjadikan ianya sedap ialah perencah mee goreng . Perencah ni la penyelamat dan menyedapkan lagi masakan mee goreng biasa ain ni . Ain tak berapa suka letak telur dalam mee goreng sebab nanti rasa muak . 

perencah mee goreng

Ain perasakan sedikit dengan garam dan gula dan tak ketinggalan letak juga kicap sedikit supaya nampak gelap mee tu . Kalau tak gelap hati ni rasa macam tak sedap rasa mee tu . HAHAHHA . Mungkin jenis suka mee yang letak banyak kicap kot . 

Maka , terhasil lah mee goreng biasa je dengan menggunakan perencah mee goreng tu . Untuk orang bujang macam ain ni , sangat bagus kalau sediakan stok perencah macam gini jimat sikit tak payah nak membeli bahan yang banyak sangat untuk memasak .


Koleksi Resepi yang lain <KLIK SINI>

Aku Belajar Make up Dalam Kereta Je !

makeup dalam kereta

Assalamualaikum . Kisah ini berlaku pada tahun 2021 tahun lepas . Seperti biasa seketul ain kan , ayuh la kita throwback kan di blog ini sebagai kenangan terindah . Iya betul ini lah merupakan salah satu kenangan terindah dan juga perubahan yang ain berani lakukan pada tahun tersebut .

Untuk pengetahuan korang , ain memang dah lama sangat tak bermekap . Memang kalau kemana -mana no mekap . Muka memang tak bersiap dan selekeh sangat . Sampai satu hari tu (ni masa tahun tahun sebelumnya) kawan baik ain pernah tegur tau , dia cakap "ain why not kau try make over diri kau ..kau cantik kan diri kau ..bukan untuk orang lain , tapi untuk kau lebih nampak wow" . 

ootd perempuan berhijab

posing dalam kereta

sheisfarahain di taman nong chik johor bahru

sheisfarahain make up dalam kereta

Setelah bertahun kemudian , baru la ain teringat balik apa yang diperkatakan oleh kawan baik itu . Dia bukannya mengkritik tapi dia beri advice dan pada ain itu salah satu great advice . Jadinya , ain memang blur dan tak pandai langsung tentang make up . Ain dah puas juga tengok tutorial tapi tu la orang cakap benda yang berkaitan skills ni memang kena depan depan baru pandai buat kan .

Bayangkan nak tepek eye shadow pun aku tak pandai . HAHAHAHA ! 

Jadinya ain pun macam fikir la siapa ehk kawan yang aku suka nengok cara dia make up dan aku boleh mintak dia ajarkan . Ahaaaa!! Lela! Terus aku whatsapp dia . Apa lagi , orang cakap rezeki datang bergolek kebetulan pada hari kejadian si lela ni nak pergi jnt pos barang . Aku pun cakapla gitu kita belajar make up dalam kereta jela .

Fuh , disebabkan effort dia ajar ain la memang ain jadi pandai make up . Ain cakap dengan dia , ain nak make up yang simple je , yang senang dan mudah serta ain tak nak sangat banyak peralatan yang kena guna . Jadi terjadi lah seperti dalam gambar . 

sheisfarahain posing

sheisfarahain posing dalam kereta

sheisfarahain posing baju kuning

sheisfarahain ootd

outfit of the day yellow

ootd hijabista


Mak woi , ain rasa dah terpaling cantik dah waktu tu . HAHAHAHHAHAHAHA . Semenjak ain belajar make up tu , ramai juga tegur "Ain kau makin wow ehk" . Crush kita pun pernah tegur juga . Bayangkan sebelum ni dia tak pernah pun nak tegur gambar selfie kita eh know know he already notice it . Nampak kan kadang -kadang kita perlukan sedikit sentuhan perubahan pada diri and life kita pun akan berubah dan jadi lebih confident . 

Instead of that , ain nak pandai make up ni juga untuk lebih confident , untuk nampak lagi presentable dan nampak lebih bersiap . Lagi pula masa tu kan ain memang all out gila buat live di Instagram , nak buat live kena lah nampak bersiap takkan nak muka selekeh pula kan . 


*Next Ain nak kongsi kan dengan korang ehk , macam mana ain boleh gila ber ootd !


Baca juga : Aku Guna Set Garnier Ni Untuk Skincare Rutin Harian