EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

Assalamualaikum . 2 Oktober 2023 . Untuk evening walk kali ini memang di plan oleh boss kecik merangkap anak jiran sebelah rumah Ain iaitu Farisya. Kisah nya , dari semalam lagi dia memang dah whatsapp beritahu "Kak Ain , esok kita evening walk dekat sekitar kawasan tuttt dan singgah kedai kejap" . Kawasan tutt dirahsiakan sebab kawasan perumahan hahaha. Yang tahu tu tahu jela . Gituww.


sheisfarahain evening walk

Evening walk kali ini dari rumah terus memang fokus ke kedai dulu. Sempatla singgah dua kedai iaitu KK Mart untuk scan Shopee. Entah , ape benda yang dia tu beli . Lepastu dia beli topup Hotlink nya tu. Settle je urusan penting boss kecik ni , terus Kak Ain dia ni cakap , okay jom pergi taman. Taman yang selalu kitorang memang morning walk.

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI



Boss kecik dah tak larat jadi dia duduk je dulu Kak Ain dia ni yang tengah banyak tenaga terus la evening walk pusing  memusing di sekitar kawasan taman . Sambil -sambil tu memang akan ambil gambar mana yang terlintas dihati nak ambil. Begitu la seketul Farahain yang suka ambil gambar random.


Lepastu rasa macam kaki ni slow pula , eh terus stop kan jam ain dari walking dan terus tukar kepada running . Fuh , meletop juga kaki sebab memang tak plan nak joging pun . Hahaha. Gatal betul kau kan Ain.. Nasib okay je tak ada apa-apa cuma kepala macam pening lalat sekejap.

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI


Terus lari ke tempat duduk yang farisya duduk tu cakap "kak ain pening mintak support jap" Hhahaha. Slow down kan tempo kaki tu , dan terus pulang ke rumah . Budak kecik ni punya support siap tarik ye tangan kita masa on the way balik ke rumah tu eh disuruh nya lari juga walaupun lari-lari anak gitu . Hahaha. 


Betul la kata orang , tenaga muda yang belasan tahun tak sama dengan tenaga yang dah 30 an ni. Kihkihkih. Alhamdulilah , berjaya completekan 10,000 langkah ! 

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI

EVENING WALK SAMBIL SINGGAH KEDAI


Simple je buat aktiviti bersama dengan Farisya.. Sebab Ain pun jenis suka buat aktiviti simple-simple macam gini. Tak suka duduk rumah. Lebih suka jalan kaki dan buat outdoor activities. 


Jumpa another posting ,


xoxo ,

Ain 💕

RESTART BACK MY LIFE




RESTART BACK MY LIFE



Assalamualaikum dan halu halu kepada semua pembaca blog akuainkausiapa. Hari ni sebenarnya Ain sedang clearkan storage telefon dan laptop. Aduhai , banyak yer masih belum habis di clear kan nya. Terus la tetiba Ain rasa nak menulis di blog. 

"Kalau nak buang , baik buang betul-betul". Hahaha. Memang banyak ya Ain clearkan mana gambar dan video . Itu belum kira lagi screenshot la , video tiktok la. Aduhai melambak-lambak. At the same time , Ain rasa nak dokumen kan sedikit demi sedikit kisah hidup yang Ain lalui ni di blog ni.Banyak yang ain tak tulis dan kongsikan di sini. 

Bila dokumen kan disini akan mengajar Ain sendiri untuk lebih bersyukur. Terlalu banyak rezeki yang Allah berikan kepada Ain. You need to count it! Sebenarnya, selalu share dekat social media itu pun tak semua . Hahaha. Tapi tu la banyak share dekat story . 24 jam je. Pastu lupa dah. 

Kalau di blog , ianya satu bukti kenangan dan memori . Anyway, salah satu cara Ain untuk restart back my life ialah dengan clearkan storage phone dan laptop. Banyak sebenarnya yang Ain lalui yang tidak terluahkan. 

Banyak sangat yang Ain plan kan , cuba buat tapi gagal. Buat lagi dan gagal. Sampai sekarang, Allah seakan-akan memberi satu perjalanan yang indah untuk ain lalui. All i need is to face it. Take it as a new experience for me.

Ain tak malu untuk mengaku Ain di fasa kegagalan. Sebab bila Ain tengok semula kisah hidup Ain , terlalu banyak rezeki yang Allah berikan pada Ain. And, it's okay for me to restart my life. Tak salah pun.

Sekarang, impian dah tak setinggi langit. Cukup hanya mahukan hidup yang bersederhana dan bersyukur~

Jumpa lagi another posting,

Xoxo,
Ain ❤️