62/366 : DIARY OF THE DAY - 2 MAC 2016

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini sudah masuk hari ke 62 diary of the day dipublish di blog akuainkausiapa ini . Setiap hari aku akan ulang skrip yang sama sebab aku sangat sangat berterima kasih kepada yang sudi membaca apa yang aku tulis . Sumpah , aku bukan seorang penulis yang boleh ada feel , yang boleh buat orang sampai merasai apa yang aku rasa . I take this blog as my routine to share with people some of my happiness story i guess . Hahaha . Jadi , untuk hari ini , aku nak share pasal :


  • Jauh tapi dekat !
Kadang kita rasa macam , ala bila dah jauh semuanya akan berubah . Jujurnya , memang lah ada yang berubahnya . Tipu lah kalau aku kata semua perkara akan sama . Well , manusia kan setiap saat berubah . Tinggal lagi kita ini nak berubah jadi lebih kearah kebaikan ataupun tidak . Bila kita jauh dengan orang yang pernah rapat dengan kita dulu , itu lah bestnya ada teknologi ini . Whatsapp je , terus dapat get in touch semula . Ternyata whatsapp banyak buat aku dapat mesej dengan kawan kawan walaupun kita jauh . Sampailah tadi aku buat suprise walaupun dah tak jadi suprise . Okay tak boleh cerita lelebih . Hahaha . Its a little bit personal . Bahaya kalau go into deeper sangat . Hahaha . Next topic please ! :)


  • Terasa nak edit blog semula !
Yes , ini perasaan aku sekarang . Aku nak edit semula blog aku jadi lebih simple sesimple yang mungkin . Sebabnya aku nak tarik lebih ramai pembaca , maklumlah majority kita sekarang dah online pakai smartphone je . Kalau blog tak mobile friendly user , macam mana nak orang view blog kita kan . Sometime . kena take this seriuoslly , sebab bila kita tahu apa tabiat yang ada sekarang or a current trend happen just now akan lebih memudahkan kita untuk naikkan lagi page view .Pergh , falsafah sangat bahasa kau ain ! Hahaha . So , insyallah , mungkin minggu ini aku ubah lah kot jadi lagi ringan , lagi simple dan yang penting mobile friendly user . 


cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

61/366 : DIARY OF THE DAY - 1 MAC 2016

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua .  Hari ini dah bulan tiga . Cepatnya masa berlalu kan . Dah masuk bulan mac ini , entri Diary of the day pun dah masuk entri ke 61 . Rasa macam baru je terasa keinginan dihati nak kosisten update blog . Alhamdulilah , semakin kosisten .  Jadi  , untuk hari ini aku nak update tentang :

  • Respon pembaca Diary of the day !
Aku bersyukur sangat ada yang sudi membaca , ada yang siap komen dan bermacam lagi komen yang aku dapat . Terima kasih . Cuma jangan lah cakap aku sombong please . Hahaha . Yang kelakar , aku friendly okay . Hahaha . Cuma ada lah sedikit pemalu . Pemalu lah sangat . Kadang aku on blog ini taip dan terus publish , tak sempat pun nak tengok komen ke . Jadi , maafkan saya yang lemah lagi kerdil ini ye . Tapi , aku tetap nak cakap terima kasih yang teramat sangat sebab komen komen dari pembaca lah aku jadi lebih bersemangat nak update blog akuainkausiapa ini . Maceh yer !


  • Terus buat , buat , buat dan buat .
Kenapa aku letak qoute "Stop Saying "I WISH " ,  Start Saying "I WILL" " . Jawapannya ialah kepada Diary of the day ini sahaja . Aku dah ada dalam dunia blog ini boleh lah agak lama . Tapi , disebabkan aku ini asyik berwish sahaja without take action , its useless bebeyh ! . Hahaha . Maksudnya kalau kita asyik sembang , " Aku ingat nak kosisten update blog tapiii....." . Ok . Bai ! Asyik bertapi bagai takkan nampak kan progres kau ke arah apa benda yang kau nak capai . Alhamdulilah , kalau aku tegas dengan apa impian aku , tak mustahil akan dapat result yang bagus . Misalnya , kosisten update Diary of the day ini hari hari . Ye , memang susah . Bila laptop kau problem macam apa yang aku alami sekarang ini , itu tak menjadikan satu penyebab sebab aku sanggup mintak pinjam laptop ayah aku ini . Bukan itu sahaja , selalunya aku update pakai ipad which aku tak berapa suka sket . Aku lebih suka update pakai laptop . Tapi , bila kita hadapi cabaran dengan apa impian yang kita nak capai itu , Insyallah ianya akan dapat hasil yang bagus . 


Jadi , korang yang asyik "I WISH I WISH I WISH " bagai itu , why not korang start buat apa yang korang dok wish wish kan itu . All the best ! Assalamualaikum :)

60/366 : DIARY OF THE DAY - 29 FEB 2016

Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca blog akuainkausiapa ini . I is so terharu . Mintak maaf kepada semua blogger sebab ain dah beberapa kali tak dapat nak blogwalking laptop ain masih tak elok . Ain update diary of the day ini pun pakai ipad . Sebab ain kalau blogwalking lebih selesa guna laptop . Senang sekali jalan 100++ blog . Hehehe . Jadi , untuk hari , sempena entri yang ke 60 malah bukan itu sahaja , hari ini juga hari yang ganjil berlaku 4 tahun sekali iaitu 29 Februari. Masaklah siapa yang lahir tarikh ni . Hahaha . Nak kena tunggu 4 tahun baru boleh celebrate . Nasib aku tak lahir 29 Februari tapi 8 Februari. Nak jugak main ayat punchline . Hahaha. Makanya , untuk hari yang ke doplosembilan bulan dua ini , aku nak share cerita tentang ;


  • Singgah ke Mr.DIY 
Aku mula mula mengenali tentang DIY ini sewaktu belajar dekat uitm merbok , sungai petani kedah itu . Nampak lah masa sem 1 dulu kan duduk asrama siap sewa kereta lagi semata mata nak pi Central Square itu . Hahaha . Banyak jugak lah jasa mr Diy masa aku belajar dulu . Bukan itu sahaja , bila dia start bukak dekat Galleria @ Kotaraya , Johor Bahru which is tempat prektikal aku tuh , terbawak bawak lah perangai singgah menyinggah . Aku akan tawaf satu DIY tu sampai aku rasa puas hati . Sebab nak tengok je barang barang yang ada . Hahaha . Dan sekarang dekat Giant yang dekat dengan kawasan rumah aku ini baru bukak . Haa , tadi kemain lah aku meyinggah . Tapi tak sempat nak bertawaf . Sebab dah magrib tadi . Siap la nanti aku bertawaf bila ada kelapangan . Belinya tak ada sangat sebab aku bukan jenis kaki membeli. Hahaha . 



  • Pergi pasar restock barang dapur 
Sebelum singgah ke Mr.DIY tadi , aku pergi ke pasar dulu . Restock barang dapur . Cuma yang tak bestnya , adoiyai . Geram pulak rasa bila pekerja yang jual ayam , ikan itu jenis rokok dok ada dekat tangan . Aku ini allergik bau rokok . Sabar je la tadi . Cecepat aku pilih dan gerak sebab memang busuk okay . Selalunya , aku restock barang dapur macam beli ayam dada , ikan , sayur dan buah buahan . Sayur pulak aku lebih suka restock yang makan mentah tak payah nak masak. Hahaha . Ayam pulak aku perap lah dengan bahan marinate dan masukkan dalam mikrowave . Settle .lagipun sekarang kan tengah proses kurus mengurus . Makanya , kurangkan garam , minyak ,lemak dan gula dalam setiap pemakanan kita . Dulu , aku lah manusia yang paling tak suka makan ayam dada. Muak kot . Tapi , sebab nak kurus dan bila masak sendiri ini boleh nampak lambakan minyak antara bahagian ayam dada atau tight atau peha . Ayam dada tu pun ada minyak jugak tapi yang paling banyak minyak yang bahagian pebret orang kitalah iaitu peh dengan tight . Haa , makanya , terpulanglah kepada kita nak ubaha gaya pemakanan atau biarkan lelemak minyak itu terlekat dibadan kita . Kalau 10 tahun hari hari makan ayam tight, jawab sendiri apa keputusan ya pada badan kita . Hehehe .



Cukup ini sahaja bebelan aku sempen 29 Februari . Assalamualaikum :) 

59/366 : DIARY OF THE DAY - 28 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke -59 secara kosisten nya ain dapat update blog akuainkausiapa ini. Best best best . Insyallah , semoga makin kosisten . Jadi hari ini , aku nak update tentang ;


  • Perut meletop ! 
Hahaha , tajuk cerita tak boleh blah . Akibat hari makan sedunia semalam , mak oi perut aku meletop letop haaa . Aku dah lama tak makan sebanyak semalam . Haa , sakit perut hari ini the whole day . Hahaha . Nasiblah hari ini banyak berehat je dekat rumah . Aku nak makan minyak minyak pun tak berani . Nak bagi heal perut aku dari meletop. Hahaha . Boleh baca entri aku semalam . Ini entrinya . Diary of the day 58/366


  • Small success lead to big success !
Kata orang untuk capai sesuatu perkara itu , kita kena jugak lihat pencapaian yang kita telah berjaya maksudnya pencapaian yang kecil kecil . Contohnya , macam diri aku ni haa . Aku kan nak kurus kan . Bukannya ambil masa sehari boleh terbuang semua lemak . It's takes a few times to achieved the result . Jadi , sepanjang perjalanan kita nak capai apa yang kita nak itu , kita kena letak jugak small success yang kita harus capai . Aku letak yang aku nak pakai cincin yang arwah ibu aku bagi ini dengan selesa. Sebab lepas bambam sangat ini , cinci itu rasa ketat gila. Dan aku bukak lah , dan aku letak datelin yang aku akan pakai nya semula dengan selesa. Alhamdulilah , aku dah dapat pakai dengan selesanya . Seterusnya , kita kena ada jugak baju yang kita nak pakai . Ada satu cardingan aku ini , dulu tak muat nak butang , hahaha. Alhamdulilah dah muat nak butang kan dah. Seronok sangat bila small success kita dah banyak tercapai , dan seterusnya kita akan jadi lebih bersemangat untuk mengejar impian itu . Insyallah . 



58/366 : DIARY OF THE DAY - 27 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Huwaa , hari ini sangat pack yang teramat. Tak sempat nak update blog . Tapi , dengan ruang dan masa yang ada ini , ku gagahkan jua. Hari ini sumpah hari makan sedunia . Dimulakan dengan :


  • Wedding !
Yang bestnya sebab ayam bakar dia sedap gila ! Lepastu kugiran dia perghhhh otai otai tapi sedap gila . Feel gila aku makan sambil dengar lagu best gila dia nyanyi . Terbaik gila , serta untuk pengetahuan , aku kan dah lama tak minum air manis . Jadi , tekak aku jadi macam semacam minum air jambu batu tadi . Memang kena banyak minum air masak untuk hilangkan rasa manis . 

  • Birthday party anak jiran.
Kebetulan lepas aku pergi wedding terus pergi birthday party itu . Adoyai makan lagi . Kali ini makan soto nasi . Lepastu , jiran sebelah amanahkan ajak anak anak dia yang  tiga ketul itu pergi sekali dengan aku . Sebab dia ada urusan hantar anak yang no dua ke asrama .  Dekat party itu , biasalah bebudak bila dah jumpa geng , tak nak balik rumah terus . Nasiblah yang orang gaji dia ikut sekali . Terpaksa aku tinggalkan diorang sebab aku nak bersiap siap untuk ke bbq party malamnya. Kan dah cakap jadual penuh gila. Hahaha . 


  • Bbq party!
Well , bbq party sound so great. Memang hari ini hari cheat sedunia aku . Hahahaha . Makan tanpa henti . Pergh dengan dessert dia mak oi! Memang cheat habis . Apa apa pun , esok back on track misi kurus aku itu . 


Cukuplah untuk hari ini . Seriously penat gila . Assalamualaikum :)