115/366 : 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini aku berkesempatan mengemas rumah , membasuh baju , vacuum satu rumah serta mop lantai . Ya , memang penat ssampai rasa nak menaip ini pun tidak larat nak angkat jari . Hahaha . Tapi , demi diary of the day aku gagahkan juga . Kalau tak bukannya diary of the day .

Aku nak kongsi 3 sebab kenapa anda semua wajib kemas rumah pada hujung minggu


  • Dapat mengurangkan stress dan serabut sewaktu pulang ke rumah
Semua orang kata , "Rumah ku Syurga ku" . Betul juga pada kata kata ini . Rumah kena lah sentiasa bersih . Aku akui kalau dapur rumah aku ini kotor , aku sendiri rasa malas nak memasak . Kalau bilik tidur bersepah , rasa tak selesa dan rasa malas nak duduk dekat rumah . Hahaha . Lagipun , korang hanya perlu spent masa 2-3 jam untuk mengemas pada hujung minggu . Jangan malas ! Sebab weekdays je makan 5hari kita kena hadap dan nak tunggu weekend pun lama . Setiap kali kekerapan anda pulang ke rumah dan melihat rumah tidak bersih , mesti mood jadi tak elok dan rasa bosan . Makanya , untuk mengurangkan stress dan serabut di kepala , anda amatlah digalakkan untuk mengemas rumah pada hujung minggu . Ala , sekejap je !


  • Lebih teratur
Kalau dah bersepah dan kotor , kebarangkalian untuk lupa barang letak dekat mana akan terjadi . Bila rumah dalam keadaan yang teratur , lebih sistematik tempat susun atur barang barang , mesti otak kita automatik ingat dekat mana tepat barang yang kita letak itu . Bukan itu sahaja , kalau nak keluar dengan cepat , tak perlulah dua tiga kali masuk cari barang yang tertinggal . Nampak bila rumah bersih  , aktiviti harian kita pun akan lebih teratur .


  • Mood lebih ceria dan gembira
Orang cakap , kebahagiaan dan kasih sayang itu sebenarnya bermula dari dalam rumah . Kalau rumah kotor , siapa yang selesa nak tinggal lama lama dalam rumah . Maka , anak anak pun pergilah mencari kasih sayang di luar , budaya melepak . Bila rumah bersih , kan lebih enjoy dapat berkumpul satu keluarga selalu tak payah kena tunggu hari raya baru nak bersama . Kebahagiaan itu sebenarnya boleh dipupuk dari dalam rumah . Percayalah , bila rumah bersih seluruh ahli keluarga kita pasti akan lebih gembira dan rasa macam tak nak keluar rumah sebab rasa selesa .

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

114/366 : Rahsia Memasak Makanan Sihat Secepat 10 Minit



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua ! Hari ini rasanya macam hari malas malas sedunia . Well , its weekend namun seawal pagi lagi workout tetap kena wajib lakukan walaupun , kaki aku terluka semalam akibat tidak berhati hati . 

Jadi memandangkan aku sudah mengatakan hari ini hari malas malas sedunia  , nak masak pun malas sedangkan aku sekarang ini dalam proses menurunkan berat badan . Makanya , penyelesaian kepada masalah ini ialah aku mestilah mencari resepi yang mudah , cepat dan kena dengan tekak aku . Hahaha . No point beb masak cepat tapi rasa nan hado . Hahaha .

Daripada menghabiskan masa memasak resepi yang memakan masa setengah jam why not kau cari resepi yang kau boleh buat sepantas 10 minit . Yes ! Sepantas 10 minit dan insyallah its healthy.

Permulaannya , kau mesti harus membuat keputusan sayur sayuran apa yang menjadi kegemaran dan yang boleh diterima tekak . Jangan lupa juga cari yang pelbagai warna seperti kata pepatah "Colourful Your Plate Just Like A Rainbow" . Ada ke pepatah ini ? Hahaha . Aku pernah cerita pasal sayur colourful ini .

So , semudah 10 minit , macam aku buat tadi , potong kobis putih , tomato , lettuce makanya dah dapat tiga warna sayur . Lepastu korang letak dalam mangkuk dan gaul gaul kannya jadi sebati jadi lebih menarik . Tak adalah nampak macam sewarna je . Korang kena rasa macam enjoy makan sayur sayuran berwarna warni ini baru boleh feel macam ,"Okay , my six packs are coming soon bebeh!" . Hahaha .


Sementara membuat upacara memotong sayur sayuran pelangi , aku sarankan korang perap ayam ke , kambing ke , atau pun beli je yang dah siap marinate ataupun beli je ayam bbq yang kecil kecil dalam pek itu masuk dalam microwave . Set masa dalam 4-6 minit dah siap . Bergantung juga lah apa yang korang nak masak itu .

Sementara ayam itu tengah masak , korang potong potong lah sayur sayur itu . Potong pun rasanya makan masa dalam 2-3 minit je . See , nampak tak sebenarnya nak masak makanan yang sihat ini tak perlukan pun masa berjam jam berbanding kau nak masak nasi lemak ayam goreng nak masak sambal lagi lah .

Ini salah satu cara yang boleh korang lakukan . Sekarang ini tekak aku dah semakin mat saleh yang mana aku lebih selesa makan sayur mentah macam gitu berbanding sayur nak kena masak tumis apa segala itu . Its just wasting my time ! . Oh ye , nak lagi sedap perah dengan lemon ataupun limau nipis ataupun limau kasturi untuk mengelakkan rasa mual loya loya tekak . Hahaha .

113/366 : Akibat Tidak Berhati Hati , Kaki Hampir Cedera !



Assalamualaikum dan hai kepada semua . Peh , tajuk diary of the day aku hari ini macam gempak gila . Hahaha .  Short to the story pada hari ini , petang tadi lepas dah penat penat balik workout , waktu tu aku dah berpeluh peluh apa semua . Rasa tak selesa nak mandi lah dulu . Pastu tengok kucing aku si Suzie itu tak makan lagi , aku pun nak pergi lah ke dapur sebab nak ambil makanan dia .Well , Suzie sekarang  memang boleh makan wet food je . So , aku belikan dia Smartheart simpan dalam peti ais .

On the way nak ke dapur , prappp.. aku terlanggar penyapu dan aku terjatuh . Aku punya jatuh tu macam gaya tengah buat exercise tu . HAHAHA . Nak tergelak pun ada . Dua dua kaki sakit gila . Ambil masa 2 ke 3 minit juga aku nak bangun semula . Sebab sakit dia fuhh . Dahla tadi exercise aku banyak buat bear crawl dengan merangkak gaya askar . Rupanya bersambung sampai dekat rumah . Hahaha .

Nasiblah aku ni jenis lasak . Terus aku teringat arwah ibu aku . Sebab dia lah orang yang paling risau kalau aku sakit ke , terjatuh ke . Sebab aku suka sorok rasa sakit tu . Aku tak nak susahkan orang disekeliling aku . Masa aku jatuh tadi , terkejut abang dengan ayah aku . Yela , tak ada angin apa terus tergolek gitu . Hahaha .

Kesannya , dekat celah ibu jari kaki tu ada luka sedikit . Ayah aku kemain gelabah ,ingat lantai dekat dapur licin ke ada air ke . Sebenarnya , kecuaian aku . Aku tak berhati hati berjalan . So , next time walaupun kita penat ke , kena berhati hati dan jangan nak cepat je . Kalau dah penat , kena rilex dan buat sesuatu tu slow slow . Janji tak membahayakan diri sendiri .

Masa jatuh tadi , aku pun gelabah . Gelabah sebab takut injured teruk tak dapat nak workout lagi . Risau juga sebab aku jatuh tadi memang ngeri jugaklah . Hahaha . Tapi , insyallah .Tak ada apa apa lah yang berlaku . ALLAH cuma nak ingatkan aku supaya lebih berhati hati . Sebenarnya , ujian untuk aku , sama ada aku nak menangis merasakan rasa sakit itu atau bangun dan buat macam tak ada apa yang berlaku . Its my choice and i choose to get up ! Yeah ! Esok pagi nak workout ! Keep it up and dont give up !

112/366 : Cara Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan




Assalamualaikum dan hello untuk hari yang ke seratus dua belas pada tahun ini . Alhamdulilah , rasa seronok bila kita dapat selesaikan apa tugasan yang hendak kita lakukan pada hari ini . Hari ini aku nak cerita pengalaman 3 bulan aku berada dalam misiku kurus membunuh lelelamk parasit . Hahaha .

Memang betul , untuk mencapai sesuatu kejayaan , cabaran itu memang akan datang dan disitulah kita boleh menilai adakah kita ini boleh berdiri kuat mengejar misi kita itu ataupun berhenti sekerat jalan . Fuhh , sepanjang 3 bulan ini memang pasang surut dibuatnya . Yelah , untuk merubah kepada sesuatu perkara baru bukannya ambil masa sehari dua . Tapi ia perlu kosisten sepanjang masa .

Makan pada hari ini , aku bertekad nak fokus serta komited dan berdisiplin untuk mencapai result yang lagi awesome lagi sepanjang misi penurunan berat badan ini . Dulu masa 6 minggu permulaan , aku siap tulis lagi apa yang aku makan , siap buat list apa exercise yang perlu aku lakukan untuk sepanjang minggu itu .

Malangnya , beberapa minggu aku terus dah tak buat . Semalam sebelum tidur , aku tengok program extreme weight loss  . Sebab aku nak dapatkan balik momentum semangat tu dan akhirnya aku cakap dekat diri aku "something that i need to change ! i need to plan it ! Imust go back to the right track !" .

Maka , petang tadi aku pun buatlah kembali jadual exercise aku dan jadual makan aku . Aku kena rekodkan . Kalau tak aku jadi macam tak on track ! Itulah , kekadang kita mesti bertegas kepada diri kita untuk mendapatkan keputusan yang lebih berjaya . 

Jadi , kepada korang yang kata nak kurus , jangan cakap tapi start to take action . Dari situlah kita boleh nampak sama ada kita ini seorang disiplin ke tidak . All the best !

111/366 : Bila Blogger Tegur Aku !



Assalamualaikum dan hai kepada semua . Fuh , hari ini dah hari ke 111 kita berada dalam tahun 2016. Jadi untuk hari ini , aku nak bagitahu korang juga , aku dah ubah design blog aku . Cantik kan ? HAHAHA . Puji diri sendiri . 

Cerita nya , beberapa hari lepas , aku meluahkan rasa sedih sedikit sebab komen dekat blog aku semakin sendu dan kosong ! Sedihnya yang amat . Hahaha . Ini luahan sedih aku tu .
Kemudian semalam macam biasa aku post entri diary of the day aku . Bukan itu sahaja , aku share kan sekali dekat group blogger yang ada dekat facebook .

Tiba tiba , ada seorang blogger ini komen dekat post aku tu . "Dah tengok , tapi tak boleh komen " . Aku macam what ? Terkejut . Baru tahu kenapa punca komen aku semakin sendu semenjak aku tukar template sebelum ini .

Untuk blogger , Shiqeen Sattar . Terima kasih kerana alert dan sudi tegur ain ! Ain sangat sangat menghargainya . Yelah , kadang dah sedap edit template blog tu sekali ada silap senget . Haaa , punyalah lama aku tak sedar perkara ini , dan semalam ada orang sudi tegur aku . Aku rasa terharu yang teramat .

Hasil daripada teguran itu , aku terus tukar template blog aku menjadi seperti sekarang . Alhamdulilah , terus masuk komen komen . Terima kasih ! Terima kasih juga kepada yang sudi komen dan baca diary of the day aku ini !