Cara Letak Garam Dalam Masakan

 

cara letak garam

cara letak garam dalam masakan

Anda biasa letak garam ketika memasak⁉️

Garam disaran untuk diletak sejurus selepas api masakan ditutup bagi menghalang iodin dalam garam daripada meruap disebabkan suhu yang tinggi.

Ia juga salah satu tip untuk mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan semasa memasak.
Jangan terkejut rupanya hanya dengan SEDIKIT garam sahaja boleh memberi 'rasa' kepada masakan anda..

Jom cuba dulu baru tahu😎

sumber kredit : NutritionistKKM

Rewang Masak Nasi Ambeng

Rewang Masak Nasi Ambeng

Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR . 

Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal . 
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat. 

Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . πŸ˜”πŸ˜­
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni  siap ade station masing-masing .  Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet πŸ’•

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Tema : 
  • Irama Set (makanan dihidangkan dalam set)
  • Mempunyai dua set yang boleh dipilih - Malay set atau Thai set
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru



SET MELAYU
Appetizer 
  • Chicken and beef satay

Soup
  • Oxtail soup

Main Dishes
  • Briyani Gam Rice
  • Steamed white rice 
  • Spicy Lamb Caramel
  • Chicken Perchik
  • Smoked Beef with Spicy Coconut Milk
  • Gulai Patin Tempoyak
  • Pineapple Prawn Curry
  • Chilli Eggplant
Desserts
  • Sagu Gula Melaka
  • Assorted Cut Fruits
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru


SET THAI 
Appetizer
  • Yum Talay

Soup
  • Tom Yum Goong

Main Dishes 
  • Pineapple Fried Rice
  • Steamed White Rice
  • Grilled Lamb Jim Jaew
  • Signature Green Curry Chicken
  • Beef Massaman
  • Deep Fried Fish with 3 Flavored Sauce
  • Stir Fried Prawns with Chilli Paste
  • Thai Style Mixed Vegetables

Desserts
  • Mango Sticky Rice
  • Assorted Cut Fruits
Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 - Irama set di Amari Hotel Johor Bahru


Harga :
RM 98 nett per set

Tarikh :
16 April 2021 - 12 Mei 2021

Waktu :
6:30 pm - 10:30 pm

Promosi :
beli 10 vouchers percuma 1 voucher
delivery sekitar 10 km daripada Hotel Amari Johor Bahru *minimum order 2 set

Cara tempahan :
+607 266 8888

Social media