Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Harga 

  • Normal entrance : RM 98 
  • Early bird (termasuk juga frontliner) : RM 78
  • Senior Citizen  & Kanak-kanak bawah umur 12 tahun : RM 50
  • *early bird price boleh di book sehingga 11 April 2021 (tempah awal untuk dapat harga yang murah dari harga normal)

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Highlight Menu

  • TEMA : Warisan Lagenda
  • Special menu : Gulai Daging Harimau Menangis
  • Durian *boleh dimakan selepas jam 8 pm*
  • Terdapat 3 set menu yang akan di rotate

Tarikh Buffet Ramadhan

  • 16 April 2021 - 11 May 2021
Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Promosi Lain
  • Untuk yang nak menginap disini , terdapat promosi 1 malam RM 200 (SUPERIOR ROOM) - 2 orang termasuk breakfast
Untuk Tempahan
  • sila hubungi : +607 535 2288

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort

Buffet Ramadhan 2021 - Forest City Golf Resort


Info tentang lokasi dan social media
  • Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort, 81550 Gelang Patah, Johor Bahru, Johor
  • Facebook : Forest City Golf Resort

Cara Letak Garam Dalam Masakan

 

cara letak garam

cara letak garam dalam masakan

Anda biasa letak garam ketika memasak⁉️

Garam disaran untuk diletak sejurus selepas api masakan ditutup bagi menghalang iodin dalam garam daripada meruap disebabkan suhu yang tinggi.

Ia juga salah satu tip untuk mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan semasa memasak.
Jangan terkejut rupanya hanya dengan SEDIKIT garam sahaja boleh memberi 'rasa' kepada masakan anda..

Jom cuba dulu baru tahu😎

sumber kredit : NutritionistKKM

Rewang Masak Nasi Ambeng

Rewang Masak Nasi Ambeng

Lebih kurang 2 minggu berturut-turut ain menolong memasak nasi ambeng. Orang sini selalu nya panggil rewang . Rewang ni macam bergotong-royong bersam-sama untuk mengadakan kenduri / majlis atau program . Jadinya kejiranan wanita tempat ain ni setiap hari sabtu memang akan masak-masak dan makanan tersebut diedarkan kepada kejiranan serta membuat program CSR . 

Minggu pertama yang ain join tu masak nasi ambeng dengan tambahan ayam masak lemak cili padi . Masa ni kena siapkan 12 ekor ayam . Ain tolong la bersihkan ayam tapi yang kali kedua masak nasi ambeng tu hanya 7 ekor. Kali kedua tu ain banyak siapkan sorang-sorang dah nak habis baru ada makcik yang tolong . Itupun tolong siapkan bahagian yang kecil-kecil macam hati dan pedal . 
Bila ain tolong siang ayam...rasa macam rendah diri betul..Yela , siapa je yang nak buat kerja yang geli-geli macam gitu. Lagipun dekat rumah memang ain la yang kena bersihkan ayam dan ikan . Nak tak nak memang dah diajar oleh arwah ibu... kena juga pandai buat. 

Selain itu , dengan join rewang ni secara tak langsung ain belajar juga cara memasak dengan lebih sedap . Masa time masak tu , ain memang tengok betul-betul cara menumis , bahan-bahan yang disediakan dan cara memasak tu . Balik je dekat rumah nanti ain akan cuba masak sendiri . Gitu la cara ain belajar masak .. Yela , kita kan hidup sendiri-sendiri .. Ibu dah takde . 😔😭
Nasi Ambeng ni sedap makan dialaskan bersama dengan daun pisang . Jadi nya selepas selesai memasak , makcik-makcik ni  siap ade station masing-masing .  Daripada letak nasi sampai la ke ikan kering dan terakhir sekali sampai ke sesi membungkus .
Penat memang penat ..tapi pada ain ni pengalaman.. Dapat belajar cara memasak supaya masakan lagi sedap . Ade makcik siap sponsor apron kaler pink sorang satu . Hehehe . So Sweet 💕