2/366 DAYS - 2 JAN 2016



diari akuainkausiapa 2 jan 2016


Assalamualaikum . Alhamdulilah , hari ini sudah hari kedua kita berada dalam tahun 2016 . Hari ini aku bangun je terus rasa macam nak demam . Oh ,tak payah nak rasa rasa sangat sebab memang demam pun . Mungkin sebab aku terlampau overdose tidur lewat semalam . HAHAHA. Semuanya sebab aku terfokus dan ter rajin edit blog . Pukul 3 pagi lebih baru tidur .  Itu pun tak habis edit lagi . Biasa la , benda benda macam gini makan masa sedikit sebab semua ini diluar bidang kuasa serta kepakaran aku . But , at least , I try ! Short to the story of the day , acah acah macam #ootd pula kan . HAHAHA. 

Ini apa yang aku lakukan hari ini :

  • Join seberapa banyak giveaway / contest / segmen
Walaupun aku demam sekali dengan batuk batuk serta selsema , aku gagahkan diri juga . Kononnya dah bertekad hendak menaikkan lagi follower di blog ini . Cehwah ! Azam dia kemain bersemangat kau . hahaha. Sebabnya hari ini kan hari minggu , hari rilek rilek kan diri jadi apalagi , buka la laptop , dan join seberapa banyak giveaway , contest dan segmen yang blogger blogger lain buat. Maaf ya , aku spam banyak entri berkaitan ini semua . hahaha.

  • Pergi kedai RM 2 & pasar
Kebetulan stok buah buahan dekat rumah aku dah habis , makanya lepas pergi kenduri kahwin terus la bergerak ke pasar dulu . Dengan pakai baju kurung , sebab sifat aku yang jenis slumber je , ala just nice kan . hahaha . Oh , yang sebenarnya alhamdulilah , kami sekeluarga dah mengamalkan sentiasa makan buah buahan dan sayur sayuran . Lagipun , memang bagus dan elok kan untuk kesihatan . Jujurnya , aku sebenarnya sangat obses pada warna buah buahan lagi lagi buah yang berasaskan berry seperti strawberi , blueberry , rapsberry . Sedap woi . 

Oh lepas aku pergi ke pasar , aku terus singgah ke kedai RM 2 . Mesti dekat tempat korang pun ada juga kan . Ala ,yang kedai barang yang dia jual RM 2 . Fuh , kalau pergi singgah kedai ini waktu waktu peak hour macam hari cuti , memang beratur panjang . Aku tak nafikan memang kedai RM2 ini sangat bijak meletakkan lokasi kedai mereka yang mana target pelanggannya sangat tepat . Jujurnya , ikut hati nak je pergi bolot jajan banyak banyak . Tapi , aku dah bertekad (satu lagi azam aku tahun 2016 , nak kurang kan makan makanan yang kurang berkhasiat . Makan sekali sekala tak apa , tapi jangan jadikan ianya satu tabiat (habit) . Amboi ,gaya sembang macam pakar nutrisi pemakanan kau jah ! .hahaha.

  • Tetap gagah walau demam
Haa , last ini berkaitan la dengan qoute yang aku letak itu . "Ajar diri sendiri untuk kuat ,bangun sendiri bila jatuh "  . Ia , sebenarnya ,walaupun aku demam , aku tak nak jadi lembik walaupun hakikatnya kita kan hamba ALLAH yang kerdil . yang lemah lagi tidak berdaya . Namun , alhamdulilah , aku minta dengan ALLAH , untuk berikan aku sedikit daya tenaga .Ternyata memang benar la , Dia Maha Mendengar . Dia Maha Mengetahui Segalanya . 

Itu sahaja la nampak nya diary of the day untuk hari kedua tahun 2016 ini . Insyallah ,doakan semoga kita semua terus kosisten menjadi hambaNya yang taat kepada ALLAH . Amin .

1/366 DAYS - 1 JAN 2016

diari akuainkausiapa 1 jan 2016


Hari ini dah tahun baru . Tahun 2016 . Semua atau majoriti nya semua dah buat list apa yang nak dicapai , senang cerita azam tahun 2016 . Apa apa pun , Alhamdulilah dan terima kasih ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua untuk terus hidup di muka buminya . 


Tahun 2015 nampak sangat sikap pemalas aku nak update blog , boleh kira berapa kali sangat aku update . Jawapan dia PEMALAS . Itu sahaja ! . Tutup cerita tahun 2015 , sekarang dah pun 2016 lah uolls .


Untuk tahun 2016 ini , aku telah bertekad (cewah , ayat nak gampang sangat) . Aku nak hidup kan semula diary of my life yang aku sendiri buat dulu masa zaman sekolah . (ala , kantoi pulak ) . Iya , zaman sekolah dulu aku suka tulis diari misalnya macam kena marah dengan ibu lepastu merajuk sorok dalam bilik , waktu makan baru ibu masuk bilik pujuk kita  dan macam macam lagi . hahaha . Lepas dah habis SPM , rasa macam semak bilik terus buang dan terkubur dah kenangan semua itu . 


Bukan itu sahaja , sebenarnya aku bukannya pandai menulis sangat . Aku lebih suka bercakap tapi masa sekolah teknik , cikgu bahasa melayu aku cakap "awak tak layak masuk pertandingan debat" . Nak je waktu tu aku cakap , " cikgu ,saya memang suka bercakap , tapi saya tak suka berdebat . tak semestinya orang yang suka bercakap itu suka berdebat !" . hahaha. 


Sebenarnya , jiwa menulis itu aku sendiri mahu rasa kerana ibu dulu suka menulis . Ibu juga teringin nak jadi penulis novel tapi dihalang oleh atuk . Aku pernah baca karya karya ibu . Sumpah , menusuk jiwa. hahaha .


Jadi , insyallah , aku nak belajar kosisten untuk menulis dengan ada jiwa , menulis dengan ada rasa supaya aku dapat berkongsi perkara yang positif kepada orang ramai hanya dengan penulisan . Oh , aku mulakan tahun 2016 ini dengan :

  • Update blog
Alhamdulilah , aku paksa juga nak update blog , ubah template , ubah design . Maaf ya , blog sedang di update. Hahaha. Makanya , agak serabut sedikit. Insyallah , beberapa hari nanti sedapla mata memandang .

  • Masak roti telur hotdog & ayam kukus
Untuk breakfast , aku sempat sediakan roti telur hotdog (ala , roti telur pastu gulung kan je dengan hotdog tu )  untuk keluarga dan jiran . Kesnya , roti gardenia dah nak expired makanya kenalah habiskan semuanya . Lepastu pula , jiran rumah sebelah aku ini memang selalu bagi makanan , segan woi rasanya , misalnya , diorang hulur nasi ayam siap cantik decoration , aku kasi roti telur hotdog je. hahaha. Rasa bersalah biarkan pinggan mangkuk jiran sebelah lama lama dekat dalam dapur kita. hahaha.

Seterusnya , ayam kukus pula ada beli masa dekat Giant , ayam tu dah siap marinate ,  nak masuk dalam microwave macam dah selalu . Makanya kita buat kukus je ! Lagi lembut dan sedap .

  • Baca azam & ucapan tahun 2016
Biasala , awal tahun awal hari kan , seronok melihat bersemangatnya hamba hamba ALLAH menceritakan azam azam mereka . Ada makcik jiran siap whatsapp aku lagi , terharu sangat rasanya. hahaha. Yela ,kita kan dah takde ibu . ( Ibu , ain tengah belajar menulis ibu)

Makanya , itu sahaja la apa yang mahu aku kongsikan kepada uolls . Sebab aku nak sambung edit blog. Serabut tengok html coding kebabomm tu haih. 


Ikhlas ,
-Seorang perempuan yang dah nak berumur doplolima tahun-

MASA


Takkala ramai para bloggers seronok mengira berapa banyak entri yang telah ditulis , aku masih terhegeh hegeh terfikir tak tahu nak update apa . Kesian sangat kan pada aku . Sepanjang tahun 2015 ini , aku pun tak tahu apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan dalam blog ini . Sebab mungkin aku tak tahu dan tak kenal diri sendiri.


Sepanjang tahun ini sebenarnya aku lebih banyak mencari diri aku yang dulu . Diri aku yang sebelum ini , sebelum arwah ibu pergi .


Orang boleh senang cakap , "Weh , aku tengok kau sama je ain macam dulu!"
Tapi , semakin hari , aku kutip semula identiti aku. Siapa aku! HAHAHA. 
Kau ingat barang ke apa , main kutip kutip lepastu cantum semula.


Sebab itu , aku jadi macam celaru , kadang ada masa aku suka senyap . aku diam sampai aku akan rasa annoying kepada sesiapa yang memekak di depan aku.


Alhamdulilah , ALLAH berikan aku ruang . ALLAH berikan aku masa . ALLAH didik hati aku . Baikkan Dia . Kenapa kita bila sedih je cari Dia ? . Sepanjang aku mencari kembali diri aku , aku selalu cari Dia . Sebab Dia mampu mengubat hati aku . Sebab Dia Maha Mendengar.


Terima Kasih ALLAH , untuk setiap detik masa yang kau berikan kepada kami.


Insyallah , aku sedia untuk terima dan harungi tahun 2016.


Oh ya , aku terlupa nak kredit kata kata dari The Faiz Ibrahim .
Kata kata dia banyak kembalikan diri aku.
Terima Kasih daun keladi . HAHAHA.