60/366 : DIARY OF THE DAY - 29 FEB 2016

Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca blog akuainkausiapa ini . I is so terharu . Mintak maaf kepada semua blogger sebab ain dah beberapa kali tak dapat nak blogwalking laptop ain masih tak elok . Ain update diary of the day ini pun pakai ipad . Sebab ain kalau blogwalking lebih selesa guna laptop . Senang sekali jalan 100++ blog . Hehehe . Jadi , untuk hari , sempena entri yang ke 60 malah bukan itu sahaja , hari ini juga hari yang ganjil berlaku 4 tahun sekali iaitu 29 Februari. Masaklah siapa yang lahir tarikh ni . Hahaha . Nak kena tunggu 4 tahun baru boleh celebrate . Nasib aku tak lahir 29 Februari tapi 8 Februari. Nak jugak main ayat punchline . Hahaha. Makanya , untuk hari yang ke doplosembilan bulan dua ini , aku nak share cerita tentang ;


  • Singgah ke Mr.DIY 
Aku mula mula mengenali tentang DIY ini sewaktu belajar dekat uitm merbok , sungai petani kedah itu . Nampak lah masa sem 1 dulu kan duduk asrama siap sewa kereta lagi semata mata nak pi Central Square itu . Hahaha . Banyak jugak lah jasa mr Diy masa aku belajar dulu . Bukan itu sahaja , bila dia start bukak dekat Galleria @ Kotaraya , Johor Bahru which is tempat prektikal aku tuh , terbawak bawak lah perangai singgah menyinggah . Aku akan tawaf satu DIY tu sampai aku rasa puas hati . Sebab nak tengok je barang barang yang ada . Hahaha . Dan sekarang dekat Giant yang dekat dengan kawasan rumah aku ini baru bukak . Haa , tadi kemain lah aku meyinggah . Tapi tak sempat nak bertawaf . Sebab dah magrib tadi . Siap la nanti aku bertawaf bila ada kelapangan . Belinya tak ada sangat sebab aku bukan jenis kaki membeli. Hahaha . 



  • Pergi pasar restock barang dapur 
Sebelum singgah ke Mr.DIY tadi , aku pergi ke pasar dulu . Restock barang dapur . Cuma yang tak bestnya , adoiyai . Geram pulak rasa bila pekerja yang jual ayam , ikan itu jenis rokok dok ada dekat tangan . Aku ini allergik bau rokok . Sabar je la tadi . Cecepat aku pilih dan gerak sebab memang busuk okay . Selalunya , aku restock barang dapur macam beli ayam dada , ikan , sayur dan buah buahan . Sayur pulak aku lebih suka restock yang makan mentah tak payah nak masak. Hahaha . Ayam pulak aku perap lah dengan bahan marinate dan masukkan dalam mikrowave . Settle .lagipun sekarang kan tengah proses kurus mengurus . Makanya , kurangkan garam , minyak ,lemak dan gula dalam setiap pemakanan kita . Dulu , aku lah manusia yang paling tak suka makan ayam dada. Muak kot . Tapi , sebab nak kurus dan bila masak sendiri ini boleh nampak lambakan minyak antara bahagian ayam dada atau tight atau peha . Ayam dada tu pun ada minyak jugak tapi yang paling banyak minyak yang bahagian pebret orang kitalah iaitu peh dengan tight . Haa , makanya , terpulanglah kepada kita nak ubaha gaya pemakanan atau biarkan lelemak minyak itu terlekat dibadan kita . Kalau 10 tahun hari hari makan ayam tight, jawab sendiri apa keputusan ya pada badan kita . Hehehe .



Cukup ini sahaja bebelan aku sempen 29 Februari . Assalamualaikum :) 

59/366 : DIARY OF THE DAY - 28 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke -59 secara kosisten nya ain dapat update blog akuainkausiapa ini. Best best best . Insyallah , semoga makin kosisten . Jadi hari ini , aku nak update tentang ;


  • Perut meletop ! 
Hahaha , tajuk cerita tak boleh blah . Akibat hari makan sedunia semalam , mak oi perut aku meletop letop haaa . Aku dah lama tak makan sebanyak semalam . Haa , sakit perut hari ini the whole day . Hahaha . Nasiblah hari ini banyak berehat je dekat rumah . Aku nak makan minyak minyak pun tak berani . Nak bagi heal perut aku dari meletop. Hahaha . Boleh baca entri aku semalam . Ini entrinya . Diary of the day 58/366


  • Small success lead to big success !
Kata orang untuk capai sesuatu perkara itu , kita kena jugak lihat pencapaian yang kita telah berjaya maksudnya pencapaian yang kecil kecil . Contohnya , macam diri aku ni haa . Aku kan nak kurus kan . Bukannya ambil masa sehari boleh terbuang semua lemak . It's takes a few times to achieved the result . Jadi , sepanjang perjalanan kita nak capai apa yang kita nak itu , kita kena letak jugak small success yang kita harus capai . Aku letak yang aku nak pakai cincin yang arwah ibu aku bagi ini dengan selesa. Sebab lepas bambam sangat ini , cinci itu rasa ketat gila. Dan aku bukak lah , dan aku letak datelin yang aku akan pakai nya semula dengan selesa. Alhamdulilah , aku dah dapat pakai dengan selesanya . Seterusnya , kita kena ada jugak baju yang kita nak pakai . Ada satu cardingan aku ini , dulu tak muat nak butang , hahaha. Alhamdulilah dah muat nak butang kan dah. Seronok sangat bila small success kita dah banyak tercapai , dan seterusnya kita akan jadi lebih bersemangat untuk mengejar impian itu . Insyallah . 



58/366 : DIARY OF THE DAY - 27 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Huwaa , hari ini sangat pack yang teramat. Tak sempat nak update blog . Tapi , dengan ruang dan masa yang ada ini , ku gagahkan jua. Hari ini sumpah hari makan sedunia . Dimulakan dengan :


  • Wedding !
Yang bestnya sebab ayam bakar dia sedap gila ! Lepastu kugiran dia perghhhh otai otai tapi sedap gila . Feel gila aku makan sambil dengar lagu best gila dia nyanyi . Terbaik gila , serta untuk pengetahuan , aku kan dah lama tak minum air manis . Jadi , tekak aku jadi macam semacam minum air jambu batu tadi . Memang kena banyak minum air masak untuk hilangkan rasa manis . 

  • Birthday party anak jiran.
Kebetulan lepas aku pergi wedding terus pergi birthday party itu . Adoyai makan lagi . Kali ini makan soto nasi . Lepastu , jiran sebelah amanahkan ajak anak anak dia yang  tiga ketul itu pergi sekali dengan aku . Sebab dia ada urusan hantar anak yang no dua ke asrama .  Dekat party itu , biasalah bebudak bila dah jumpa geng , tak nak balik rumah terus . Nasiblah yang orang gaji dia ikut sekali . Terpaksa aku tinggalkan diorang sebab aku nak bersiap siap untuk ke bbq party malamnya. Kan dah cakap jadual penuh gila. Hahaha . 


  • Bbq party!
Well , bbq party sound so great. Memang hari ini hari cheat sedunia aku . Hahahaha . Makan tanpa henti . Pergh dengan dessert dia mak oi! Memang cheat habis . Apa apa pun , esok back on track misi kurus aku itu . 


Cukuplah untuk hari ini . Seriously penat gila . Assalamualaikum :)

57/366 : DIARY OF THE DAY - 26 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah hari ini masih sempat update diary of the day untuk hari ini. Bestnya dah update keypad iPad ini , dia suggested words yang selalu kita tulis. Makanya tak payah dah lenguh lenguh jari menaip. Heheheh . Jadi , untuk hari ini , ain nak share pasal :



  • Sport Planet buat Sales!
Bayangkan nak meredah almost 30 KM jugak dari rumah ke ulu tiram tadi semata mata nak tengok apekebenda yang sales nya. Jadi petang tadi ajak la abang aku pergi . Sampai je , boleh pulak escalator semua dekat mall tu rosak . Woi! Memang sengaja nak bagi aku exercise je kan . Masuk masuk je , mak oi ramai nya manusia . Aku dah macam pening . Sebaba aku ini bukan sejenis manusia yang suka tempat sesak macam gitu . Hahaha . Tapi , tipsnya senang je . You know what you should buy! Aku pergi ke sana sebab nak cari seluar untuk workout . Baju , kasut semua aku tak nak . So , i will strictly to say no at that sections . Makanya dapatlah aku satu seluar dengan sport bra . Terus pi bayar . Pada aku kalau jualan gudang ini , aku tak akan ambil barang yang harga sampai beratus . Sebab tak worth it lah. Dah la dia punya ramai berebut tak lah sangat tapi disebabkan oleh brand brand yang kuat seperti adidas , puma dan sebagainya , ada yang sanggup beli ehk . Memang lah 70% discount , daripada 300+ jadi sampai 100+ , ada yang 89 ringgit . Fuh , kalau tak kuat iman , memang melingkup semua pakat nak beli . Hahaha .




  • Berat turun 1.7 KG !
Yeah , yang ni memang best. Alhamdulilah , semenjak dalam proses kurus mengurus ini , nampak gila penimbang makin berkurang nombornya . Bersyukur sangat! . Yelah , bila dah tau cara yang sesuai macam mana ianya buat kita makin bersemangat tambah tambah dapat result yang bagus! Doakan semoga aku terus kosisten ye! Insyallah . Mana tau raya nanti pakai size S! Fuhh! Pengsan makcik makcik dekat kampung nengok. Hahaha . sebelum sebelum ini asyik nak kurus , berdiet bagai tapi tak dapat result yang best. Insyallah , untuk misi kali ini semoga ianya berjalan sampai lancar. Hehehe.


Cukuplah untuk dua cerita ini . Assalamualaikum :)

56/366 : DIARY OF THE DAY - 25 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasa macam agak keletihan sedikit . Terasa macam nak tidur dah ini . Tapi teringat yang belum update diary of the day iolls . Makanya kenalah buka blog sekejap dan update . Its a must thing that I should doing it everyday! Hehhe . So far , Alhamdulilah rasa seronok dan sangat enjoy bila dah kosisten menaip diary of the day ini . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang:


  • Pergi ke poslaju 
Petang tadi ain ada nak buat posting sedikit , makanya singgah lah ke pejabat pos laju . Dulu post office yang dekat dengan rumah ini terima untuk guna sistem poslaju . Tapi , sekarang semua dah kena refer ke pusat pos laju . Makanya , memang setiap kali kesana mesti penuh . Alhamdulilah , petang tadi tak berapa nak ramai orang . Lepas dah settle itu , ternampak lah ada seorang chinese ini , mak oi rasanya 5 beg besar jugak dia hantar untuk buat posting . 5 beg besar yang boleh isi banyak parcel . Entah entah 100 lebih parcel dia posting . Akak yang jaga kaunter  itu siap dah kenal dia dah "boy , hari ini banyak tak?" . Fuhh , respect lah dekat chinese itu . Simple je pakaian dia . Hehehe. 


  • Cipta resepi sendiri !
Semenjak aku tengah dalam proses kurus mengurus ini , aku banyak cipta resepi sendiri . Hahaha . Yelah , setiap bahan bahan yang diletak kena lah tahu kan sesuai ke tidak . Aku ada satu resepi ini , simple dan healthy okay ! Tak payah nak tergedik gedik pergi goreng sampai nak kena minyak panas bagai . Hahaha . Aku bagi nama Resepi Pemalas Tapi Sihat . Hahahha . Bahan bahan dia simple je , ayam , kicap , serbuk cili , seasoning . Settle ! Gaul gaulkannya dengan ayam itu . Masuk dalam mikrowave about 7 minutes settle ! Sumpah sedap . Macam ayam tandoori pun ye jugak . Normally aku akan makan dengan sayur yang raw sebab malas lah nak tumis bagai . Lagipun , mission aku ialah untuk kurangkan garam , gula , minyak , lemak . Alhamdulilah , gula dan lemak aku dah banyak kurangkan sebab aku dah membiasakan diri makan ayam dada serta i have strictly to say no pada kulit ayam.  Untuk kurangkan gula pula , untuk sekarang ini aku banyak minum air masak . So , dua dah settle tinggal lagi garam dan minyak . Macam mana nak selesaikan masalah ini ? Masak guna mikrowave . Secara tak langsung penggunaan minyak dapat dikurangkan . Bukan itu sahaja , resepi ayam pemalas aku ini siap masak , aku boleh nampak kot dalam ayam itu sendiri dah ada minyak . Jadinya , always love your body! Takkan lah hari hari nak belasah nasi lemak ayam tight kan! Hahaha .


Cukuplah cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :)



55/366 : DIARY OF THE DAY - 24 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini sudah masuk hari ke lima lima dah macam buku hutang 555 dah ni . Hahaha . Wah, tak sangka dah 55 entri diary of the day yang aku tulis . Rasa macam baru je aku start menulis 1 januari hari tu bulan itu . Hahaha . Aku rasa sangat bangga dengan pencapaian aku ini . Kira boleh dah la ini jadi penulis . Hahaha . Jadi , untuk hari ini , apa aku nak tulis seyh . Hurm , tengok lah apa yang terasa nak tulis ini :


  • Jemputan untuk join giveaway!
Kepada semua blogger yang awesome , anda dijemput untuk memeriahkan lagi giveaway ini . Alhamdulilah , ain menjadi sponsor kepada giveaway ini . Tinggal beberapa hari sahaja lagi . Mana tau rezeki menang hadiah . Tarikh last join giveaway ini ialah pada 28 februari . Makanya , siapa yang belum join anda wajib join . 



  • Facebook memories
Kekadang Facebook keluar kan lah memories gambar lama . Adoiyai , teringat kenangan lama . Sebenarnya , in a positive way kita dapatlah jugak ingat kembali pada gambar yang terpampang itu . Cuma , rindulah kan kalau kenangan yang best itu . Sebenarnya , Facebook ini bagus sebab dia tukang ingatkan tarikh lahir , wedding invitation . Manusia ini kekadang bila banyak komitmen mula lah terlupa itu ini . Thanks facebook sebab sudi ingatkan manusia macam kitorang . Hahahha . 


  • Membeli belah di Daiso
Please korang jangan judge aku duduk hutan . Aku first time pergi singgah ke Daiso di Jusco Bukit Indah , Johor Bahru . Hahaha. Yela , malu aku tau tadi masuk pasaipa takdak harga . Rupanya dia kira semua barang RM 5.30 termasuk GST . Ala ala kedai dua hinggit lah . Paling buat aku rasa malu nya ialah , geng bangla pun shopping dekat Daiso , teruk betul aku first time masuk . Hahaha . That was so shame ain ! Aku beli peralatab dapur yang cute cute weyh. Sebab abang aku mintak aku carikan hadiah kahwin untuk kawan dia dekat IG . Aku tak jumpa apa yang sesuai . Jadi , aku pun ajak lah pi Daiso . Kebetulan aku dah lama nak cari yang sesudu , dan secawan yang boleh sukat tuh . Senang aku nak follow resepi contohnya dia cakap kena letak 1/4 table spoon . Haaa , set sukat itu comel kot . Jadi , aku beli lah . Hehehe 


Cukuplah untuk hari . Assalamualaikum :) 



54/366 : DIARY OF THE DAY - 23 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah dah hari ke 54 ain kosisten update blog . Itu satu penghargaan yang besar untuk diri ain . Betul lah orang kata , kalau rancang untuk mencapai sesuatu kena start doing it . Yang paling susah ialah part nak kosistenkan apa yang patut kita buat . Jadinya , aku dah macam jadikan kebiasaan hari hari update diary of the day ini . Jujurnya , aku sendiri rasa bangga kepada diri sendiri sebabnya aku dah melangkah kepada 50 entri . Fuhh , aku tak pernah buat kosisten update blog sepanjang aku menjadi blogger . Tapi , untuk tahun 2016 ini aku nak sendiri menyaksikan perubahan yang besar kepada diri aku yang lebih positif. Insyallah . Jadi untuk hari , aku nak update tentang ;



  • Bestnya ada fitness buddy !
Jujurnya kalau kau tengah dalam proses kurus mengurus ni , kita mesti kena ada orang disekeliling yang support kau .Bukannya suara suara biawak yang akan bring you down . "Ala , takyah lah nak makan jaga jaga sangat". "Kau ni kata selalu pergi gym tapi tak kurus pun" . Rasa nak mencarut je orang cakap macam gitu . Kau ingat lemak dekat badan ini boleh terbuang sehari dua? Kau menternak lemak pun ambil masa setahun dua . Apatah lagi kau nak buang nya . Memang la take time. Yang penting aku buat something . Aku kosisten kannya . Jadi , untuk kata kata macam gini kan boleh buat kita down kan . Haa , ini lah tujuannya ada fitnesss buddy . Fitness buddy aku ialah bff aku sendiri . Walaupun kitorang jauh , aku dekat jb dia dekat putrajaya tapi itu tidak mematah kan semangat aku . Nowadays , whatsapp kan ada . Apa apa exercise , makanan share lah dengan fitness buddy kau . Cari orang yang boleh positifkan kau disaat orang semua berkata negatif . It will make you back on track where should you doing it! 


  • Tak kuat lari !
Ahaks! Kalau dekat sekolah dulu aku paling benci bila kena lumba lari . Sebab aku start gemuk dari sekolah . Dari umur darjah 4 . Masa tu kan baru nak start perubahan hormon kepada akil baligh . Badan aku memang naik mendadak sangat . Seperti biasa , aku paling nak elak lumba lari . Sebab aku selalu menjadi orang yang paling last last . Sedihkan . Insyallah , untuk proses kurus mengurus ini , aku nak take the challenge . Apa yang aku benci itu aku nak buat. Tadi exercise , aku berlari sekuat hati . Ada orang cakap laju seyh ain lari tadi . Pergh , kau rasa ? Rasa nak nangis bila kita dapat mencapai sesuatu perkara yang baru . Insyallah , lepas ini aku cuba nak build up stamina dengan berlari . Doakan aku yer! 


Cukuplah untuk short entry diary of the day aku ini ! Assalamualaikum :)

53/366 : DIARY OF THE DAY - 22 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua ye ! Phew hari ini sangat pack jadual . Walaupun masih single , tapi ain kan anak seorang perempuan . Memang semua pasal rumah kena lah amek tau . Penatnya . Termengah mengah rasa . Hahaha . Walaupun begitu , itu amanah yang ALLAH berikan kepada ain . Mesti arwah ibu rasa happy anak dara yang seketul ini dah boleh gagah dan boleh lah sesikit jaga rumah . Hahaha . Jadi , untuk diary of the day chapter yang ke 53 ,ain nak share tentang :



  • Pergi shopping barang dapur
Petang tadi ain pergi ke pasar dan macam biasa kedai RM2. Eh , RM 2.12 sebab masuk GST . Kalau pergi pasar mesti akan singgah kedai dua hinggit itu . Sebabnya kedai itu dekat je dengan pasar yang ain selalu pergi itu . Dah alang alang singgah je lah kan . Yang mula mula buat ain terjebak ke kedai dua hinggit ini ialah ayah ain . Dia yang selalu jadi customer tetap dekat situ beli kismis dengan jajan . Haahahaha . Murah lah kata kau ! Pastu tadi masa dekat kaunter bayaran itu , nampak seorang cina ni dia borong mainan budak banyak gila . Aku rasa dekat ratus jugak dia beli . Adik cashier itu cakap "dia memang selalu datang sini beli banyak" . Mungkin dia nak buat charity ke , nak jual online ke , ada tadika ke . Mana kita tau kan . Kadang kadang bebudak ini bukannya semua minat gula gula , tapi bagi mainan kebiasaannya mesti dia akan main jugak kan . Terus aku dapat idea macam kalau nak bagi hadiah ke untuk bebudak datang je sini . Hahaha . Yang pasti kalau ada party ke , aku mesti akan borong gula gula dekat sini. OMG! Banyak pilihan kot . 


  • Karoks guna youtube pun okay lah !
Untuk pengetahuan aku ini sejenis manusia yang suka karoks , ya ALLAH memang  muka aku kalau orang ajak karoks mesti paling bersemangat lah sebab aku memang suka gila! Hahaha . Padahal suara tak ada lah sedap mana . Hahaha . Tapi , jujur aku cakap dekat johor bahru ini banyak tempat aku pergi , karoks dekat sini tak best . So ,kalau aku naik ke kl memang normally akan cari karoks lah lepaskan gian . Hahaha . Sebab dekat sini normally sound system dia sangat tak best langsung . Dengan mikrofon adoi , buat sakit tekak je nyanyi . Pergh gaya aku cakap  penyanyi profesional kau jah woi! Hahaha . Jadi untuk melepaskan kegilaan dan kesukaan aku itu , bukak youtube haa cari je yang versi karoke . Pastu nyanyi lah sampai rasa puas . Hahaha . Free je kan ! . 



Cukup lah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 
Kejap! Lupa nak pesan dekat uolls ; 
Anda semua dijemput join giveaway ini sebab ain merupakan salah seorang sponsornya .