kena berani buang perasaan takut tuh~~

assalamualaikum and selamat sejahtera. at this entry, aku nak share dengan korang semua perkara yang berlaku dalam hidup aku sendiri. tajuk entri pon takde lah hot mana. hahha.yurp, kita sebagai manusia kena berani buang perasaan takut tuh. kenapa? sebab kalau kita asyik kata "aku takut lahh.. nanti kena tuh kena nie lah...". sebab ape? sebab kita tak berani nak buang perasaan takut tuh..so, kita kena jugak berani kan diri kita.
aku nak cerita kisah hidup aku..

1) dulu lepas dapat lesen kereta jerk, aku macam tak berani nak memandu sendiri. sebab ape? sebab aku tak penah ade niat nak buang perasaan takut tuh. now, aku memberanikan diri drive long distance dari johor bahru-sungai petani, sungai petani-johor bahru. and and and sekarang, aku macam addicted plak drive long distance. cume lepas tuh, sengal sengal ,lepak and macam nak lumpuh satu badan tuh ade jugak terasa.tapi seriuslly, mula mula dulu pun aku macam tak berani. family aku semua risau. betul ke ain boleh buat cam gitu?alhamdulilah, aku berjaya laksanakan nye jugak. aku pernah drive sorang sorang from jb-melaka. tanpa henti dekat 1 perhentian pun. yeah,memang benda nie gila lagi sengal. tapi tapi, kalau takde sifat "gila" tuh,sampai bila ketakutan tuh masih ade.

2)dulu masa sekolah rendah aku nie jenis pemalu. memang kalau orang tegur aku,aku suke sembunyikan muka aku,lari dari orang tuh lah. but after dah masuk sekolah menengah.aku jadi lebih aktif.and,honestly speaking.i love to make a lot of friends. seriusly, kalau korang banyak kawan kan. banyak benda yang korang akan tau as compared to stick to one or two friends. it doesn't mean that aku nie tak setia dalam friendship. cume aku suke ber'networking'. sebab dari situ lah aku dapat mengenali lebih ramai lagi perangai manusia and dapat banyak pengalaman hidup. so, kita kena lah buang perasaan takut tuh kalau kita nak dapat ramai kawan.hehehe.:)

3)lepas dapat tau je dapat degree dekat uitm kedah. sumpah, memang perasaan takut nak duduk dekat tempat orang tuh ade lah jugak. ye lah, sepanjang hidup membesar dekat johor jer.tapi tapi sekarang, alhamdulilah.aku mampu mengatasi perasaan takut tuh. yelah, memang tak faham sepatah perkataan pon loghat utara tuh.tapi,kalau tak faham tuh prinsip hidup aku is "kena bertanya lah".so, kalau tak tau maksud loghat utara tuh,straight away aku terus tanya "hah? ape maksudnye tuh?".lantaklah orang nak cakap aku nie macam poyo ke,aku pedulik ape haa.yang penting aku faham ape benda yang depa nak cube sampaikan.ahaks!

4)sifat sombong.ramai orang asyik asyik stereotype aku macam gitu. mencik mencik buleyh? tapi tapi aku tak kesah. kadang kadang tuh bila aku dah tau yang orang tuh anggap aku memang sombong,aku takut lah jugak nak dekat kan diri aku pada dia. tapi tapi tapi, kalau kita tak berani nak ubah sesuatu keadaan tuh,maka ianya tetap tidak akan berubah kan. so so so so, aku lebih suke orang tuh mengaku jujur dekat aku macam senior aku ,"nak tau tak mula mula dulu ape perception kita pada farahain?".farah sombong gile. and paling kelakar bila time aku terbuat muka sombong aku tuh senior aku tuh selalu ingat kan aku "tuh tuh tuh tuh dia buat dah mukaa sombong tuhh,,tak comel lah buat muka sombong".terus aku senyum dengar dia cakap cam gitu. hehhee. so, nak dijadikan cerita kalau orang stereotype kita, kita kenalah berani untuk ubah sesuatu perkara tuh so that ia tak akan berterusan.  :)

banyak lagi benda nak celoteh dekat korang, tapi tapi jari jemari yang tak berapa nak runcing nie macam dah penat.. so, need a break.. see you all later okey. keep remembering that "kita kena berani buang perasaan takut tuh kalau kita nak kan kehidupan kita lebih sempurna". -ain-

apa ada pada nama anda ?

assalamualaikum and hello world.pejam mata bukak mata dah bulan mac kan. cepat rasa nya masa tu berputar.tak nak bagi mukadimah panjang panjang takot sat gi aku merapu meraban.
apa ada pada nama anda? tajuk entri aku kali ini setelah sekian lama hilang idea.hahhaa.
actually, aku berminat nak mengupas. (wah ayat sastera).tajuk ini sebab kawan kakak aku tengah mengandung dan dia ada beli buku tentang nama nama lah.
so, we all pun borak borak lah semua nama. macam macam nama di sebut. ada yang punye maksud yang baik. ada yang punya maksud yang kurang baik. alhamdulilah, nama aku punya maksud yang baik. proud to be me (:
 ape? tak tahu nama aku..? nak kena dera nie.hahhaaa.
nama saya yang sebenarnya ialaha (wahh,ayat skema taman permainan kau) NUR FARAHAIN.
kasi font besaq gitu. kasi clear punye. tak payah nak bercermin mata bagai.hahahahaa.
maksud kepada nama yang secantik lagi comel tuh (ehem, ehem ehem) ialah. cahaya kegirangan mata.
farah maksudnya kegirangan. sentiasa happy. sentiasa bergelak ketawa.
to be honest, i have to admit that. even though not at all times aku bergelak sakan.
just one things is, tak semua orang yang berada di sekeliling ku betul betul mengenali siapa diri ku.
 yes, saya memang SUKA GELAK. GELAK MEMANG KUAT SAMPAI 40 RUMAH JIRAN BOLEH DENGAR.tapi bila saya mula menangis, tak semudah itu boleh dipujuk. wahh, ayat! kerlass kau jemah oi.
mostly,ramai yang cakap memang sesuai nama farah ini diberikan kepada aku.hahaha.
then,about AIN plak. actually, yang rapat dengan aku jer akan panggil aku ain. the strangers use to call me as farah. it's sound like a gegurl gitu..
memang dari asal usul kejadian aku pun, my parents call me as farah. but then, lepas adik aku lahir ke dunia(ayat,suke kasi kelakar kan) ,dia tak reti sebut nama aku sedap sedap. hoi hoi hoi. aku bencik kau..hahhaa.. dia panggil aku as parah. siot kau! lepas tuh plak bila dah masuk sekolah,ramai plak nama farah.
so. aku pasrah! mengalah semua. hahhaa. eh eh eh, nama AIN tuh sweet okey. mak kawan kita cakap patut lah panggil ain. nampak lembut.euwwww,,nak muntah rasa. tapi saya memang dilahirkan untuk menjadi perempuan melayu terakhir. aiseymen, nak ludah aku letew sebab aku memang suka kasi statement macam gini.hahhaa.
dah dah dah. malas nak citer panjang.cuma nak pesan, sila lah amek berat tentang perihal nama ni.lagi lagi yang dah merancang untuk berkahwin nak dapat anak tuh kan. sila buat pilihan yang tepat..jangan dok fikir nama tuh sedap, glamor, moden semua tapi makna tak baik. okey, stay chill. stay smile. -ain-

kelas A ke kelas B?

i start my words with assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua.
hari ini aku dengan rasa suka cita nya nak menceritakan pengalaman aku masa semester3.
tuh title tuh kelas A ke kelas B.yang manakah kelas yang di duduki oleh nur farahain? drop your money..hahahhaaha.pengaruh tv kuat sangat!
jwpnnye B.yeahh,tujuan aku nak share pengalaman bertukar kelas nie bukanlah untuk banding-bandingkan or membuat sesi kutuk mengutuk ke.just wanna share some experience.again,just wanna share my personal experience.yelah,kot kot ade yang cakap aku nie manusia lupa daratan ke.ape ke.hehehe.
masa mula mula masuk sem3 tuh,aku punyee excited.again punye laaahh excited kan.sebab lepas cuti 4bulan tuh,mesti lah rindu bagai dekat suasana universiti kan.then,masa penukaran kelas tuh,lecturer aku pun tanya lah spe yang nak tukar masuk kelas B,semua tak willing nak masuk.yelah,dah serasi bersama kan alih alih kne tukar kelas.spe yang nak kan?so,aku dan housemate aku and all the boys tolak 1 ke 2 ketul yang willing untuk tukar kelas.

the first class masa penukaran tuh mula mula masuk memang a bit kekok.terus dapat assignment pasal IID.at first,I personally think that wow,susah jugak nak adapt dengan suasana baru.tapi tapi tapi,the first words yang terkeluar dari mulut aku ialah "barulah aku terase macam budak degree,sebab kelas tuh 8ketul jerk."4 lelaki , 4 perempuan. and masuk kitorang semua skali around 20.then,hubungan kitorang makin rapat dengan lecturer.sumpah tak tipu.sebabnya mungkin jumlah yang sikit kot.so,the lecturer easy to remember semua student dia.instead of that,relationship we all among each other pun makin close.really makin close.tapi tapi,kalau sorang tak datang kelas tuh memang kantoi dan tak dapat di selamatkan lah.hahhaa.confirm lecturer boleh detect punya.but the things is kita semua really know each other.personally said that,diorang yang 8 ketul tuh semuanya best and best dan best dan rasa tak menyesal tukar kelas.boleh di ibaratkan macam korang buat satu investment yang terbaik lalu mendapat keuntungan berlipat kali ganda.hahahhaha..

next next,housemate aku si shiqa dia cerita kat kitorang yang dia call mak dia.
shiqa:mak,orang dah tukar kelas B.
mak:kenapa ? kau kena turun kelas ker?
hahahhahhaa.kelakarkann.kalau lah ade sesi turun naik kelas dekat universiti takde nye aku dengan suka rela nak turun kelas.hahhaha.malu siot!. other than that,i must said that frankly speaking all of our lecturers very the sporting habis.tak nak sebut nama takut nanti terfofular.hahahha.kalau dulu nak masuk kelas kena rebut tempat duduk,sekarang dah taakkk.sekarang nak datang awal ke nak datang lambat ke dah tak kisah.tapi tak boleh tak datang langsung.nanti lecturer mesti tanya.then,honestly said that kelas B nie most of them really active.i mean they all give respond when the lecturer ask the question.kadang kadang bagusnya ade orang yang suke bertanya.so,kita boleh refresh our mind kan.cuma cuma kita belum pernah hang out dengan semua jer.bila bila bila? jom jom jom jom.transport majority dah ade kan.so,ape lagi...kita enjoy lah.aku tak nak cerita panjang pasal depa,sebab honestly aku selesa sangat berkawan dengan diorang.so so, di hari yang mulia ini,aku nak mem"publisiti"kan ampa semua lah.jangan marah noh.aku curik curik gmbr dekat fb korang...lalalalala~~~here we go!
siti farrah najwa.from kedah

panggil dia kak wa.dia suke fotografi.she is really simple.best dapat merase buat issue 1group:)

nama dia asyiqin.dia suke senyum.suara dia pun best dan sangat lembut

she's again.aku suka time presentation.she manage to present macam budak perempuan ayu ayu gitu.hahaha.:)

this is afiqah.from penang.dia nie budak paling pandai.semua carry mark dia highest.hebat!

suke tengok dia present jugak.really bersemangat.and she is kind of talkative jugak.ngeee

nie nama dia rumaizah.panggil eza.pernah group buat issue dengan dia.she is so simple.

bila tengok muka dia,teringat  kawan masa dekat matrik.huhuhu.

ini kaizan.see,nampak tak dia tengah ber'tweet' dalam kelas.kantoi disitu!

nie masa IID.hakim,kaizan,bob

this is mat karan.his name is syazwan.aku agak rapat lah dengan dia.sebab mulut dia banyak celoteh.best ajak borak.


this is hakim.muka nampak ketat tapi bila dah kenal lawyer buruk jugak lah.panggil dia "kimi".hahahha,

ini kaizan.budak lelaki paling warak.sampai lecturer takot nak mencarut sebab dia.hahaha.dia nie actually sporting habis.nice to meet you kaizan. :)

nie haaa,mamat karan tuh.baru je kawen.so,jangan ade hati nak mengorat dia.lepas nie boleh lah tazkirah kami semua dalam kelas bab2 kawen ea.lalala~~


me and my sweet and awesome housemates.with my beloved lecturer.
halamak,the others malas nak upload dan malas nak melakukan sesi curik mencurik tuh..nanti nanti lahh.cume nak introduce yang 8 ketul tuh aje.ngeee~again again,really happy dapat kenal dengan korang semua..hope that our friendship still good untill end.-nur farahain-

syiera si cik housemate

assalamualaikum and hye and hye and heeyyy,,
thanks for reading my conteng conteng.hehehe.
entri kali nie, saya dengan rasa suka cita nak menceritakan kawan saya iaitu
NORSYAHIRA BINTI MAT SAMAN no matrik 2010.....(bla bla bla).aku tak taw pun.hahahaa..ini kerana aku perasan kita makin rapat since semester tiga kannn.kan kan.mengaku lahhh.okey,aku start kenal dia dengan lebih rapat bila dia menjadi housemate aku.masa sem1 dulu tak lah rapat sangat sebab aku nampak dia macam sombong jerk.ceh,mengata orang.diri tuh sombong tak nak mengaku.salahkan orang lain plak.then,semester 2.we duduk serumah.tapi aku macam gitu gitu jelah dengan dia. i mean not at all we know each other kan..but now,syiera..you are just like my sister sebab aku nie mana ade kakak.you really concern about me and all the members of the house.next,kau lahir sama bulan dengan aku.agak agak kau lupa ingatan sebab terjatuh kepala terhentak dekat batu ke,kau hanye perlu terbalikkan tarikh lahir kau tuh je.cam gini.tuh pun nak aku ajar kan.hahhaa. kau 28hb kan.aku 82.tambah tititk or kalau tak cantik ke kau tambah palang diantara no8 dengan no2 tuh.kan kan kan.tinggi gila imaginasi aku.hahhaa.then,kau nie jenis simpan dalam kan.tapi aku tau kau ade garangnye.aku takutttt sebabbb aku dah pernah nampak.hhahhaa.kau jenis yang setia.bertuah lelaki yang dapat kau.aku nie tak lah sesetia kau.cehwah!kau seorang anak yang baik.aku tengok kau banyak berkorban untuk family kau ,banyak mengalah untuk kebahagiaan orang.cukuplah aku pernah tinggal semalam dekat rumah kau masa raya haji tu.aku berterima kasih sangat sebab kau dan keluarga kau begitu ikhlas melayan aku.aku rasa segan sangat that time.tapi tapi bila datang je masakan mak kau,segan dan malu aku terus hilang.weee~~

syiera,pesan aku.no matter what happen in your life.just be strong!ceh,aku nasihat orang.aku sendiri  ke lautt..hahhaa..terus terang aku katakan aku macam boleh rapat dengan kau.aku rasa kau faham hati,perasaan dan jiwa anak muda macam aku nie.hahhaa..aku senang rapat dengan orang tapi aku bukan mudah nak luahkan perasaan aku pada orang.tapi dengan kau kannnn..kau nampak gila sifat seorang kakak.really!tak tipu.lepas tu,kau nie jenis easy going person.mean to say,kau nie jenis simple.mula mula nampak senyap lagi sombong,eh eh,,ngee..tapi tapi dah lama lama kau nie kuat bercakap jugak.hahhaa..gila kau sembang sampai stay up bagai.bukannye study.duk bercerita kisah lama.tuh lahh ragam 342A.hahahha.


(perenggan 3).hahahhaa.syiera,masa sem 2 aku belum mengenali diri kau.tapi aku semakin heart attack bila kita pegi karoke,and and and kau menjadi kebanggaan rumah sewa 342A bila kau rappers.(rapping).sumpah,pengsan dengar! tak pernah ade kawan perempuan aku pandai nyanyi lagu laju laju sampai air liur penuh dekat mikrofon.hahhahaa.okeyy,tak de niat mengeji lagi menghina.just kidding!kau hebat gila rapp lagu lagu english.sumpah! kau gila! kau gila!.lagi lagi lagi kau nie jenis up-too-date lagu lagu english kan.so,kalau tak tau lagu english boleh je tanya dekat cik syiera nie.pastu pastu lagu YUNA.okeey,kauu ibarat klon yuna.hahhahaa.paling tak buley blaaa masa study week kau boleh layan shin chan depan aku..aku sebenarnya nak gelak sekuat hati.tapi tak sampai hati.hahhahahhahaaaahha...kadang kadang aku tengok kau nie kelakar tau.kalau orang tak kenal kau,mesti diorang tak tau sifat gila kau tuh kan.hahhahaha..halamak,dah terpecah rahsia kat blog nie lah.sorry,darl!

(selang 1 baris).aku semakin gila nak kutuk kau syiera.hahhhaa..ape lagi ape lagi,okey...untuk pengetahuan semua...ceh ceh ceh ayat macam ramai jerk yang baca kan..hahhaha...cik syiera nie jugak ade buat part time job suka suka.edit photo dan dan buat header blog.tuh tuh tuh tuh header aku tuh diaaa laah yang punye keja..aku malas nak cari idea..hahhahhaa..nanti claim dengan aku nasi lemak ea.hahhahaa..see,,word of mouth aku dahhh bermula.syiera,kau kaya nanti jangan lupa.aku suka mintak mintak komisyen nie.hhahaha.syiera,identiti kau yang akan aku ingat ialah selalunya aku celik celik mata bila kau bertentang mata dengan aku kau mesti cakap "lapar lah,ang lapaq tak?".muka aku nie nampak penambah selera makan ke weyh? sebab kan abang dengan adik aku kann selalu cakap cam gitu."tengok ain makan terus berselera".hahahhaa.lagi lagi akuu akan ingat lagu 'KU PENDAM SEBUAH DUKA-KHATIJAH IBRAHIM'.lagu favourite kau kan yang membuatkan aku nak nangis bila dengar kau nyanyi.tapi macam biasa,aku suka cover line..hahaha.kau suka lagu percaya pada luka-nashrin , sama jugak dengan aku..lagi lagi lagu THOUSAND YEARS.lagu nie bila aku dengar balik,seriuslly,macam relate dengan hidup kau dan aku.hehehhe.

(selang 2baris pulak)haisshh,penat plak rse menaip nie.hahhaha.okeyy,cukup lah sesi luahan hati dan perasaan aku buat cik syiera.i just hope that we can getting more closer and you care bout me because i love people who really care so much about me.hahahha.gedik tak?hahhaha..what can i personally said,kau pandai membawa diri kau.ialah dekat dalam rumah kita nie majoriti budak budak selatan.tapi kau sikit tak rasa kekok or pandai membawa diri macam kucing putih yang ekor dia cedera parah pastu shiqah rawat dia konon aku nak kesian lepastu buat macam rumah tu dia punya sampai tidur dekat atas beg aku yang sepatutnya tempat tidur si ryan..kuat gila aku mengungkit kan.hahahhhaa...dear,my syiera.teruskan menjadi syiera yang asli. i love your attitude , i love your style, i love no matter who you are..
sayang kau selamanya <3 #jomtengokgambardia#




nak singgah blog dia; http://sayasyiera.blogspot.com/

aku sekarang tengah gila kereta MAZDA

assalamualaikum and hye dan hye kepada semua.
tajuk entry tuhh nampak tak yang aku tengah gila meroyan?
nampak tak? tak nampak? meh sini pinjam contact lens aku.hahaha.
yer,memang betul. aku tengah jatuh cinta tahapppp stage yang paling tinggi pada semua jenis kereta yang berjenama MAZDA. i repeat, jenama MAZDA.yer,MAZDA.
dengan harapan ade lah duda duda kaya or anak anak dato' tolong belikan dekat aku.hahahaha.
kenapa aku mula jatuh cinta, it's start with aku nie memangg suke mengenali dunia dunia kereta.
walaupun aku selalu tanya soalan bodoh especially dekat abg and adik aku, but i think kalau kita nak mendalami sesuatu ilmu,tak perlu rasa malu untuk bertanya kan.
okey,jangan tanya aku soalan bodoh ape yang selalu aku tanya.aku lempang kang!.hahaha.
and and rasanya dah boleh cakap lah GOOD BYE TO MY DREAM CAR EVO 10 kaler merah.
yeahh,dulu aku gila talak dengan segala jenis kereta evo.
sekarang aku dah berubah hati sebab dia tak pandai nak menjaga hati aku dan tidak langsung berkeinginan mendekati dan menyuruh aku menjadi pemandu evo itu.hahahaha,
ayat akuu nampak macam budak matang tak?hahaha.
lagi bertambah jatuh cinta bila terase kaki ini melangkah ke show room dan hati ini terus berubah.hahahhaa.
rasanya ape next dream car aku ea? aku dah nampak dah evo 10 kaler merah aku dah merajuk dan terus membawa diri.
okey okey okey,jomm tenggokk gambar dulu.dengan harapan aku dapat bermimpi memandu dengan penuh belagak kereta kereta keretaa di bawah.weee~~









DAPAT TAK AKU MENJADI PEMILIK DAN MEMANDU DENGAN BERGAYA KERETA IDAMAN AKU?;D

dekat JOHOR pun ade jugak :)

assalamualaikum and hello dunia.
hari nie, setelah aku berada di bumi johor bahru baru lah aku berpeluang keluar jauhh sket.
still in johor sebab menghadiri jemputan kahwin.(jemputan kahwin aku lama lagi).
that invitation a bit too far from my house.hahaha.
about 1 hour kot, we all sampai.
okey okey okey, dengan rakus dan muka pelahap aku pun terus tengok lauk lauk yang disediakan.
tak sia sia kitorang berpeluh peluh jauh datang.hahaha.
nak cite sket ade 6 jenis air. dah terase macam jualan air dekat pasar malam.
lauk dia awesome dohhhh.
sebab sebab sebab ade SUP KAMBING.my favourite!
aku nie hantu benda benda yang relate dengan "sup" like tomyam ke, any kind of sup.
*haishh,hilang diet mak kejap! (:
and jarang dekat kenduri kahwin ade tauhu panas. kalau dekat kedah kan panggil "taufufa".
sorry kalau ejaan tak betoi. tapi tapi tapi tempat aku panggil "tauhu cedok".
sound a bit funny kan. but,sama je rasa nye.
kenaapaaa aku cite pasal makanannnnnnnnn jeee..
nie bukan motif sebenar okey :p

ape yang aku nak citer nie ialah,
nak pegi kat tempat kahwin tuh.
kena lalu jalannnnn yangg panjang.
and and and tetibe aku terase interesting nye bila lalau dekat jambatan sungai johor.
abang aku slumber badak dia cakap " ain ain, nie haaa jambatan pulau pinang!".
hahahha. taulah aku belajar dekat utara. tak payahh lahh nak perli sangat,
potong mood aku nak berangan! hahahaha.
jambatan nie tak sepanjang jambatan pulau pinang.
the design kind of similar jugak dengan penang bridge.
sound so great,i dunt know exactly bila jambatan nie di bina.
anyone from johore or maybe yang know some info come,let share it together. (:
okey, aku dah tak nak sembang banyakkk,jom tengok gambar.
gambar di tangkap dari encik google yang kacak bergaya.hahaha.







psstt; kalau dekat PULAU PINANG ada jambatan pulau pinang, dekat JOHOR pun ade jugak JAMBATAN SUNGAI JOHOR. :)

"sejuk hati aku tengok budak kecik bertudung"

assalamualaikum and selamat har hari kepada dunia!
"sejuk hati aku tengok budak kecik bertudung".
phewwww,sumpah tak tipu.
kejadian berlaku apabila aku sedang menunggu nasi goreng kampung selama hampir 1 jam.
fine,nasib baik cacing dalam perut aku tak buat hal.
kalau tak confirm aku cancel order.
aku tak tau kenapa aku teramat sgt lah bersabar menanti order aku tuh.
aku faham sebab kedai tuh ramai orang datang.
mana tak nye banyak kedai makan tutup kan.
sedang aku menunggu,tetibe aku ternampak seorang budak kecik perempuan yang sangat sangat comel...and the best thing is dia bertudung.
sumpahhhhhhhhhhhh,,,,kau memang berjaya menawan hati aku lah wahai budak kecik!.
terdetik dalam hati aku "aku nak anak aku nanti bertudung jugak dari kecik".
i mean i'm not forcing her but insyallah aku akan beri bimbingan yang mencukupi.
but, aku terfikir...banyak lagi pasal agama yang aku tak tau.
layak ker aku pikul tanggungjawab tuh nanti?
haishhh,tak per.
learning process is the keyword for success.
i am also hope that my partner will guide me and be a good leader to the family.
insyallah.
choyyyyy!! kau berfikir terlalu jauhhhh seyhhhhh..
dah dah dah gi studddddyyyy and siapkan assignment.
hehehehee (:
<3 F<3

beraya di tempat orang 'AWESOME' what !

assalamualaikum and hello dunia.
first and foremost,
i'm taking this opportunity to say
"selamat hari raya aidil adha"
okey, at first time aku beraya di tempat orang.
yes, its totally true beraya without family agak tacink lorh.
but then, ini lah keputusan aku.
lagipun cuti 1 week jerk.
is like macam tak berbaloi jerk aku nak balik JB..
and my parent pon faham situasi aku.
thanx a lot!
but, frankly speaking bila aku dengar takbir raya.
nak nangis pon ade jugak.
tapi cover lorh.
mula mula ingat nak datang rumah syiera which is my housemate pagi raya.
last last aku bermalam raya di rumah dia.
sebab aku call nk datang rumah dia sebab terlampau bosan.
and nak melawat 2 ketul si gary and ryan tuh.
last last dia suruh aku tidur rumah dia.
aku pun on jelah.
sejujurnya aku rasa bersyukur sangat sangat sebab layanan family kau syiera!.
seriously, umpama bidadari kayangan aku rasa.
tuh kalau aku stay lagi beberapa hari tak banyak plak lelemak aku terhasil.
mak kau masak super duper sedap.
betul lah orang kata "masakan mak lah masakan terbaik sekali".
tak aku nafikan ibu aku sendiri selalunya masak simple jerk tapi aku bertambah 2 3 4 dan seterusnya! hahahhaa.
malam raya tuh lepas makan kitorang tengok movie.
mula mula tengok bini-biniku gangster but sadly tak full and after that tengok lah kongsi.
okey! i admit that aku nie jenis ketinggalan zaman cerita cerita melayu.
i didn't say that aku tak support filem melayu cuma aku jarang dah tengok wayang.
caya tak? hohoho.
that night, aku merasa tidur dalam kelambu.
sumpahh,,dah lama tak merasa tidur dlm kelambu.
that why aku cakap aku dilayan umpama bidadari kayangan.hahahhaa..
yang kelakarnya pukul3 pagi ayam rumah syiera boleh plak berkokok.
i taught that dah subuh..dalam hati aku berkata "ayam sekarang canggih belaka.berkokok tak kira masa".hahahhaa.
then pagi tuh plak aku tengok mak syiera dok menggosok baju adik lelaki dia.
aku tersenyum.
teringat abang and adik aku.
macam mana lah diorang kat sana.
mak aku dah lah balik kerja pagi raya.
dengan huru hara nya cari samping, butang lah..
how funny it is.
lelaki time time tu lah nak cari perempuan suruh gosok baju dia, macam - macam lah.
lepas tuh aku pun mandi lah. segak berpakaian.sweet gituh! so what?hahaha.
pagi pagi tuh makan nasi goreng dengan rendang.
after that, tengok movie hantu bonceng.again, i must say that aku nie sumpah ketinggalan zaman seyhhh. sila ludah aku sekarang! hahahhaa..
then around that pukul12 gitu tetamu kehormat pun datang.hahaha.
our classmate si halim and kaizan.
borak borak lah sambil makan makan.
again aku makan lagi walaupun kuih kuih jer.hahhaha.
lepas tuh aku pun memenuhi lah permintaan syiera.
nak ke rumah abang tersayang!.hehehhe.
again, MAKAN LAGI! bihun sup.haishhhh,berguling guling perut aku.hahahhahaa.
lepas tuh balik semula ke rumah syiera and aku nak undur diri lah dah tak nak susahkan orang.
hahhahaa. besides that, sedara syiera pun dah mula kunjung mengunjung.
so, tak sedaplah aku stay lama-lama kat situh.huishh,,mak dia macam tak nak lepaskan aku.
siap bagi aku bekalan dunia akhirat lagi.
i mean again MAKANAN.phewwww,,,,bergumbira lah perut aku.hahahahaa.
bukan sket kot lauk pauk mak syiera bagi.banyak gituh!.
paling paling favourite aku SUP TULANG! thanks alot makcik.
and now, aku balik semula ke rumah sewa.
tuh pun dah kne bebel dengan ramai org.
ayah syiera cakap "ade ape duduk sorang sorang kat rumah sewa tuh".
pakwe syiera pon ckp " asl tak balik? tak bosan ker? nak kacau lah kat rumah sewa tuh".
hahahhaaa.

syiera pen"ceria" hari raya saya (:

me with my baby blue**

me with ryan si belang belang!a.k.a penyebab kematian ikan laga aku!hoho.

me with gary yang ramai peminat.aku nak tumpang populariti nieyh!


** okey! dengan ini aku dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih dekat keluarga syiera sebab terlampau melayan aku, dekat housemate aku sebab terlampau mengambil berat dekat aku,my classmate aku especially abang abang handsome sebab terlampau risau kenapa aku tak balik, my friends at merbok yang ajak beraya kat rumah,"thanks for your invitation kawan" and million billion trillion dan yang sewaktu dengannya diucapkan kepada keluarga tercinta sebab memahami diri budak ini.
love you all so much :)

kisah suka duka MY BUDAK KECIK ~~


assalamualaikum and hello dunia.
dah lama rsenye tak update blog.
sumpahhh,bapak sibuk giler weyhhhhh...
okey aku tak nak mengadu nasib aku.
takot annoying plak! hohohoho.
okeyy,hari nie aku dengan bangga nye nak citer tentang
"kisah suka duka my budak kecik".
kisah nie bermula bila aku terjumpa si budak kecik bernama amirah !
dia budak ipoh. aku berjumpa dengan dia sewaktu sem1 di m4-01-10.
hahahhaa.ayat aku skema taman seyhhh!
what can i say,aku bangga dengan ini budak.
ini budak tak pernah give up.
aku ingat lagi mula mula dia berkenalan dengan aku.
budak kecik nie dulu budak teknik.amek civil engineering.
imagine that,from cos tuh tetibe beralih jadi dip.in banking.
i know its totally hard.
siang malam tergolek terlentang budak nie dok study..
pehhhh,respect habis lahh.
dengan kekuatan dan semangat yang dia tunjukkan lah aku jadi lebih semangat and nak sangat sangat capai impian first class degree.
insyallah ain, lagi sket jer kau dah nak capai..cube dan cube!
to my budak kecik , i am totally super duper proud of you.
tak dinafikan awak dah macam adik saya.
sebab saya kan takde adik perempuan.
saya rindu sangat sangat dekat awak.
awak teman suka duka saya.
awak sangat memahami diri saya.
again again again and again, congratulation sayang for your result.
and ain respect lah dengan keputusan mira tuh.
ingat, grab this chance.
ini lah masanye mira nak buktikan pada mak ayah mira.
mira kan anak sulung.
jadikan diri mira tuh as a benchmark for your siblings!
and honestly speaking, awak jugak SEMANGAT saya taw.
kalau saya tak kenal awak, mana mungkin saya dapat semangat belajar dekat uitm kedah nie.
haishhh,,,,tak tau nak cakap ape lagi.
sumpahhh,,rindu sangat sangat masa pertama kita jumpe.what a great moments we have.
no matter what, youre my sweet budak kecik forever and ever.
ingat tuhhh.
sayang sangat sangat dekat awak.
with love,nur farahain.

kucing vs ikan laga

assalamualaikum and selamat hari-hari kepada semua !
hari yang mulia nie aku nak cerita lah hal rumah sewa kitorang nie.
hahahahhaa.nak tergelak pon ade,nak maki hamun sumpah seranah pon ade.
okey,nie lah padah nya bila dekat rumah sewa aku nie bela kucing dengan ikan.
okey,aku memang suke bela ikan + kucing(dulu lah).
baru jerk dapat ikan laga tuh. rasa nye tak sampai seminggu pon lagi aku bela.
then,balik jerk dari kelas tadi.
housemate aku pon dok pekik "ain,ikan kau dah kena makan dengan ryan".
perghhhh,wa kan balik dah penat.pastu dengar berita tak baik kan.
memang darah aku menyirap ar.
terus aku tengok mana ikan aku.
dan dan aku terus melempang ryan.sorrryyyyyyyy.kucing oren belang belang!
aku betul betul marah tahap cipan even aku tau tuh kucing kot.mana ade akal nak fikir bagai.
haishhh,,aku memang kejam bab bab gini!hahahhaa.
banyak kali jugak aku istigfar.said to myself "sabar ain,sabar ain"
dah lama aku tak marah gila gila macam tadi.
and my housemate said to me "its just a fish lah, maybe dah memang ajal dia macam tuh".
hahahhahaa.sambil tengok cerita Soffiya tuh,aku pon dok berimaginasi dengan atiqah.
macam mana ehk si ryan tuh boleh berlaga dengan ikan laga.hahahhaa.
ishh,ikan laga kot....bukannye ikan sepat ker,ikan puyu ker...hahahhahaa.
mesti ikan laga aku tuh tengah dok berenang renang dalam perut ryan..hahahahha.
macam macam siot imaginasi..hahahahaa.
tetiba si ryan tuh dok main main dekat sliding door and suddenly atiqah ckp
"eyh,tu lah ikan laga tuh..dia still hidup lagi lah".
so,cepat cepat dia selamatkan nyawa ikan tuh...hahahahha...
sadly,ekor ikan tuh dah terputus.and now,tengah nyawa nyawa ikan kot.
aku redha kalau dia mati.
sorryy,syahid! akak tak jaga ikan yang syahid bagi tuh elok elok.hurmmmmmm **
haishhhh,,this is the first time aku tengok insiden nie..sumpahh,,tergelak habis lahhh...
what can i say , if you all ade bela both of cat and fish, BEWARE! it might be happened to your life.hahahahhaa.
chow chin chie....
stay chill.stay smile.
AKUAINKAUSIAPA.BLOGSPOT.COM