REVIEW BUKU | Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan


Tajuk : Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan 
Penulis : Dr. Azizan Osman & Aqif Azizan 
Harga : RM 25 ( Semenanjung Malaysia ) 
    RM 28 ( Sabah & Sarawak )

"Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan , Kini Berada Dalam Genggaman Anda"

Tahukah anda , Pemasaran adalah satu trauma bagi majoriti ushawan di seluruh duinia . Satu hadis popular yang sering sinonim dan kita kita semua ketahui ialah :
"9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan"

Dan , bukan itu sahaja , 9/10 perniagaan yang ditubuhkan kurang 3 tahun akhirnya tutup kedai -Dr. Azizan.
Jadi , berkait rapat dengan hadis itu , adakah hadis ini hanya sekadar hadis dan ia tidak memberi apa apa makna ? Jawapannya Tidak! 
Ini adalah kerana apa yang berlaku dalam diri kita sama ada ia membawa kepada kejayaan atau  kegagalan , pilihan itu berada di tangan kita sendiri .

Jadi , sekiranya bisnes kita gagal atau mungkin susahnya nak memanggil manggil pelangan untuk membeli , kita sendiri bertanggungjawab untuk adjust sedikit strategi bisnes kita tu .
Nak adjust dari segi ape ek ? Opps, slank Johor terkeluar pula ekk ekk . Haha.

Adjust lah dari segi Marketing ! Yes , Pemasaran ..
Sebenarnya , Pemasaran itu sebagai satu dakwah . Kenapa pula ? Ianya seperti , mana Nabi Muhammad , para sahabat baginda dan seluruh penganut agama Islam sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej tentang kesucian agama dan ianya sama juga seperti pemasaran . 
Pemasaran juga merupakan satu hebahan maklumat tanpa henti .
Dalam kajian yang dilakukan juga , 90% usahawan tidak menguasai pemasaran walaupun mereka sudah berniaga lebih dari 10 tahun.
Jadi , apa tunggu lagi ... Mari kita sama sama adjust bisnes kita dengan skill pemasaran yang dikongsi  dalam buku ini .

Oppps , perlu ingat juga ye , pemasaran bukan aktiviti menjual , ia lebih kepada aktiviti :
1) Memberikan mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan
2) Berkongsi maklumat bisnes kita yang mana ianya dapat menambah ilmu dalam diri orang ramai 
3) Memberikan solusi kepada pertelegahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah.
4) Aktiviti BERDAKWAH : Dimana semakin kita hebat strategi pemasaran , semakin hebat skil dakwah kita

Antara TOPIK hot yang dikupas di dalam buku ini ialah :
  • 9 Dosa Besar Dalam Perniagaan
  • Kuasa Formula 10P
  • Formula POWER
  • 17 Strategi Magnet Pelanggan Tanpa Kos
  • 8 Kunci Penjenamaan Perniagaan 
  • 40 Strategi Pemasaran Dijamin Berkesan
Jadi , apa tunggu lagi .. rugi kalau tak beli bahan ilmiah sebegini .. oh , ada jual juga secara online . 
klik link bawah ini :

Catat Ulasan

0 Ulasan