Assalamualaikum dan hello kepada semua . Terima kasih kerana sudi membaca blog ain yang tak seberapa ini . Insyallah , hari demi hari , ain akan lebih berusaha untuk memajukan lagi blog ain ini . Hehehe . Untuk hari kedua belas kita dalam tahun 2016 , ini apa yang ain nak kongsi pada uolls semua :
- Pizza Comel RM 5 Giant
Hari ini aku dengan family shopping barang dapur dan selalunya kitorang akan shopping dekat Giant sebab dekat dengan kawasan rumah . Lepas dah nak ke kaunter bayar , tetiba nampak pekerja Giant itu macam open table lah . Rupanya jual pizza comel ini sekotak RM5 . Peh , murah kot dan padai gila strategi marketing dia . Dengan menggunakan tagline "Fresh From Oven" , ianya dapat meyakinkan orang untuk singgah sekejap sebelum pergi ke kaunter bayaran .
ini kotak pizza nya. comelkan ?
Yang bagusnya , kita hanya perlu tunggu lebih kurang 5 minit untuk dapatkan pizza yang kita order itu . Sebabnya , crust pizza tuh dah half cook , tinggal bakar dalam oven je . Sempat lah tadi aku berbual dengan pekerja yang jaga tempat jual pizza tu . Pada aku , strategi ini sangat bagus untuk meningkatkan hasil jualan Giant . Sebab majoriti aku nengok termasuk aku dan keluarga mesti order 2 kotak .Hahaha . Dia ada 4 perisa iaitu Chicken frost , original ,rendang , satay . Aku tak tahu la dekat Giant korang ade ke tak .hehehe.
ini pizza chicken frost
ini pizza perisa original
- Teringin nak kenal dengan BLOGGER JOHOR
Sebenarnya dah lama hasrat ini ain nak suarakan yang ain teringin nak berkenalan dengan blogger blogger dari johor .Terutamanya dari Johor Bahru . Sebab ain asal dari JB . Mana lah tahu kalau kita boleh buat perjumpaan sesama blogger dan lakukan aktiviti . Dari situ , bukan sahaja kita kenal di dalam dunia blog tetapi juga secara secara face to face . Kalau anda blogger johor atau anda kenal blogger dari johor ajak masuk blog ain dan komen dekat sini ye .hehehe.
Erm , itu sahaja lah entri untuk hari ini . Jumpa lagi esok yer ! :)
Assalamualaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! HAHAHA.
salam, singgah dan follow blog ini.
BalasPadamselalu tengok ja pizza ni di giant tak pernah cuba lagi...boleh la nak cuba lepas ni nampak menarik
Alahai, comelnya pizza tu. Nak kena check out kat Giant area rumah ni kot-kot ada ke kan? Hehe. So sad SR dari KL. Teringin jugak nak jumpa blogger-blogger yang lain :)
BalasPadamWalaikumslm...lahai comeynya pizza tu
BalasPadamnnt nak tryla usha2 giant kat cne kot2 ada