Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini dah 6 mac. Arghh , cepatnya masa berlalu kan . Hari ini dah pun entri yang ke 66 . Maksudnya ada lagi 300 hari lagi untuk tahun 2016 . Semoga kita terus mencapai impian yang kita azamkan pada awal tahun hari tu . Hehehe . Jadi , untuk hari ini , aku nak share tentang :
- Jariku terluka kerana ikan !
Hahahaha tajuk tak boleh blah kan . Tadi petang ke pasar macam biasa restock barang dapur . Balik je dari pasar terus lah siang ikan . Haa , dok khusyuk menyiang (membersih) ikan , zasss tercucuk kau haa tulang ikan tuh dekat jari aku . Tembus kedalam kau! Faham faham je lah sakit dia macam mana . Tapi , ku gagah kan juga siapkan sampai habis . Pedih gak tadi lepas dah siapkan ikan , marinate ayam guna chilli powder , fuhh bisa woi. Tapi , tak de lah sampai nak menangis . Sebab dari dulu lagi arwah ibu dah suruh ain membiasakan diri masuk ke dapur . Ajar macam mana nak bersihkan ayam dan seafood . So , aku tak adalah kekok sangat . Aku nak pesan terutama pada yang gegirl tuh , jangan nak malas sangat masuk ke dapur , konon geli nak bersihkan ayam , ikan . Kena pandai kan juga. Tapi berhati hati , kang jari luka macam aku pulak nanti . Hahaha .
- Aiskrim sihat !
Untuk minggu ini , aku macam nak cuba buat aiskrim sihat (campuran buah buahan dan susu serta yogurt). Sebab craving juga weyh pada aiskrim . Lagipun hari tu masa aku join bbq party , ada yang buat ais krim sumi tuh. Resepi dia lebih kurang je . So , why not kita tukarkan daripada yang kita nampak tak sihat kepada makanan yang sihat . Lagipun potong potong buah dan campur kan susu dengan yogurt tu je dah lengkap satu meal which a combination of buah buahan dan protein . Bolehlah aku menikmatinya untuk minum petang atau pun minum pagi . Hahaha . Mampu pepagi buta cari aiskrim? Korang pun jangan share je dekat fb tapi tak cuba . Hampeh dan beriya iya je yer! . Hahaha .
Okay lah cukup untuk hari , aku nak pi sidai baju woi !. Penat kot being Nur Farahain . Namun , i really feel great full with the life that ALLAH give it to me . Assalamualaikum :)
haha hati2 na nak masak tu. waa~ bila diet ni mcm2 benda craving kan?
BalasPadam