77/366 : DIARY OF THE DAY - 17 MAC 2016

9:25:00 PM


Assalamualaikum dan hai kepada semua. Hari ini dah hari ke 77 aku kosisten dalam menulis blog akuainkausiapa ini . Pergh , tak sangka dalam macam macam cabaran yang datang , Alhamdulilah boleh kosisten jugak . Itu azam awal awal tahun aku . Korang , haaa yang awal awal konon berazam bagai , macam mana dengan azam korang ? Semoga terus kosisten mencapai dan mengejar target itu ye ! Jadi , hari ini aku nak cerita tentang :


  • First time merasa Sotong King !
Haa , dah lama juga aku dok perati sotong king berada di merata rata di malaysia sekarang . Aku pun hari ini geram sangat haa terus lah cuba size XL punya . Memandangkan aku ni seafood lover . Hehehe . Boleh tahan jugak! Sampai terasa nak makan seafood pulak . OMG ! . Hahaha . Yang beza sotong king dengan uncle bob or uncle best ini ayam dengan sotong je , tepung , dan serbuk cili semuanya sama . Tapi kalau hari hari makan memang muak habis lah ! . Lagipun digoreng kan . Nak merasa sekali sekala tak salah .


  • Tekak aku dah tak boleh terima masin !
Yang ini aku harus akui , semenjak aku dalam proses menguruskan berat badan , aku dah tak boleh terima sangat makanan yang rasa masin . Terutamanya kalau aku beli sayur dekat kedai makan . Ya ALLAH , masinnya lahai . Mungkin sebab aku dah mula kurangkan garam , gula , minyak dan lemak dalam pemakanan aku , makanya tekak aku dah tak boleh menerima nya . Lagipun , tak elok kan makanan banyak garam . Hahaha . Kang botak rambut aku ! Habis kena cari rambut palsu . Hahhaa .


Okay , aku dah get ready nak tengok cerita Aku Bukan Bimbo ni . Cepatlah . Mata dah ngantuk ni 
 Hahaha . Assalamualaikum :)

You Might Also Like

1 comments

  1. haha azam tahun ni satu je yang dah tercapai T_T dulu kemain lagi list byk2. especially azam nak kuruskn badan tu.

    ReplyDelete

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com