87/366 : DIARY OF THE DAY - 27 MAC 2016

10:58:00 PM



Assalamualaikum dan selamat hari ahad kepada semua . Hahaha . Hari ini dah 27 mac . Cepatnya masa berlalu . Sedar sedar dah nak masuk bulan april kan . Jadi untuk hari ini , walaupun hari ahad tapi rasanya pack woi . Termengah mengah rasa . Hahaha . Hari ini apa yang aku lakukan ialah :


  • Basuh , jemur , lipat baju yang berlonggok
Memandangkan aku sorang je manusia perempuan dalam rumah ni , yelah ibu aku kan dah meninggal . Adik beradik semua lelaki . Makanya memang menjadi tugas wajib aku lah untuk buat semua tuh . Penat woi sekali basuh memang jalan 3 ke 4 round lah jugak . Hahha . Aku ni jenis basuh baju 3 atau 4 hari sekali . Sebab kalau jenis nak membasuh selalu ,pengsan woi . Patutlah sekarang ramai orang ada orang gaji kan . Aku jenis sekali dah basu terus jemur dan terus lipat . Malas nak buat dua tiga kali kerja . Yang paling penting , mesti ada lagu . Makanya buka lah radio . Sebab kalau aku dengar lagu lagi cepat aku siapkan semua tugasan tuh . Hahaha . Kalau tak ada lagu , hampeh memang slow gila aku siapkan . So , korang yang jenis suka mendengar lagu aku sarankan , bukak radio so jadi lagi cepat lah kerja yang perlu diselesaikan itu .


  • Kawan aku suruh aku layan korea!
OMG ! Yang ini sumpah kelakar . Aku ni jenis boyish mana lah layan korea . Ini siap bagi lagu lagi dekat whatsapp suruh dengar , bagi suggestion cerita korea lagi suruh tengok . Hahaha . Teringat masa aku duduk rumah sewa mas belajar dulu , budak rumah aku siap bubuh dalam hard disk aku cerita runningman dari episod mula sampai paling latest , satu pun aku tak  tengok . Hahaha . Entahla , i'm not into korean die hard fan . Hahaha . Maaf bukan mengutuk ataupun mengecam ! Tapi , jiwa memang tak boleh masuk kot . Tapi , disebabkan kawan aku paksa aku tengok Oh my venus sebab itu boleh bagi aku semangat bagi misiku kurus ini , aku nak tengok jugak ! Nanti aku dah habis tengok aku bagi tahu ye . Hahaha .


Okay , cukuplah untuk hari ini . I'm too tired ! Assalamualaikum:) 


You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS