88/366 : DIARY OF THE DAY - 28 MAC 2016

11:14:00 PM



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini rasanya penat sangat . Adoyai , mata dah mengantuk lepastu teringat yang tak update lagi diary of the day. So , aku update secepat yang mungkin lah ni . Hahaha . Jadi untuk hari ini , aku nak share cerita aku tentang :



  • Makan char keow teow !
Okay , yang ni dah lama gila aku tak makan . Memandangkan tadi petang dah buat cardio exercise , makanya layak lah aku mereward diri aku sebungkus char keow teow . Char keow teow kerang memang sedap woi ! Teringat dulu arwah ibu aku pun suka benor char keow teow tuh . Dapatlah aku lepas gian tadi . Dah makan char keow teow jangan lupa letak lada jeruk . Fuhhhhh , sedap bak hang ! Haahha . Alhamdulilah , lega rasanya dapat lepas gian tadi .


  • Beli rojak makbee
Memandangkan stok sayur kangkung aku ini , makanya aku pun tadi belilah rojak makbee untuk dimakan sekali dengan sayur kangkung . Aku teringat resepi ni sebab aku makan sontong kangkung hari tu . Pergh , awesome gila . Makanya , hari ini buatlah sendiri . Makan dengan ayam goreng je . Makan dengan buah buahan pun sedap . Dari dulu lagi rojak mak bee ni memang sangat sedap . Teringat dulu kalau aku pergi ke utara mesti singgah rnr dekat perak sebab nak beli buah jambu epal dan jambu sebab nak cicah dengan kuah rojak mak bee . Setiap kali kalau aku drive balik ke jb , arwah ibu aku mesti pesan beli bebanyak . Hahaha .


Okay , cukuplah untuk hari ini. Mintak maaf pendek sangat aku sembang hari ini . Kepenatan woi ! Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS