123/366 : Sponsor Giveaway Dan Contest Kenalah Bertanggungjawab !

11:56:00 PM


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah genap 2 May kita berada dalam tahun 2016 . Gila lah rasanya baru je menulis diary of the day ni , sedar sedar je dah masuk bulan 5 . Cepat sungguh masa berlalu . Jadi untuk hari ini , diary aku berkisar tentang aku kejujuran bila menjadi sponsor .

Kisahnya  , aku ada sponsor satu giveaway ini . Bulan dua haritu . Awesome Birthday Giveaway ! . Lepas giveaway tamat , aku pun tunggu lah tak ada yang claim ke . Rupanya , aku godek godek inbox Facebook ada yang claim . Ya ALLAH , rasa bersalah gila lambat topup kan kepada pemenang . Yela , mereka kan dah bersungguh join giveaway . Lepastu kita sebagai sponsor tak kota kan janji kita kepada pemenang .

Aku betul betul minta maaf kepada diorang . Lain kali dekat inbox facebook tu , godek betul betul sebab kadang kadang banyak spam mesej yang masuk sampai aku tak perasan .

Dikesempatan ini juga , aku pun ada juga menang beberapa giveaway yang dianjurkan oleh para blogger . Tapi , jadi lebih sedih bila sponsor katanya nak pos hadiah tapi sampai ke sudah nan hado . Hahaha . Tak apa lah , rezeki aku ALLAH bagi pada yang lain .

Cumanya , dari sini lah menunjukkan yang sama ada kita ini bertangungjawab atau tidak . Yelah , kita nak orang follow kita dan penuhi syarat yang ditetapkan . Tapi , on side kita pula kenalah laksanakan sebagaimana yang kita nak sponsor itu .

Sebenarnya , pengalaman join giveaway , contest dan segmen oleh blogger ini lah yang buat aku jadi bersemangat nak aktif sebagai blogger !

You Might Also Like

3 comments

  1. hehehee..pernah juga jdi kat sya..punya tunggu winner claim hadiah x de pun.tba2 tergerak hati nk tgk others msg kat fb alamat..dh lma dah dieorg inbox..winkk..cpt2 bls n mntk mff..

    ReplyDelete
  2. #deep... Huwaaa~ sy sedang berlaku.. disebabkan kekangan dok asrama dgn macam2 sy blom post lagi hadiah.. Huwaaa~ doakan sy dapat post..

    ReplyDelete
  3. maaf saya belum berkesempatan nak post... serba salah tapi keadaan belum mengizinkan tika ini.. maafkan saya

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS