HANYA 4 MINIT ,WANITA INI KALAHKAN LELAKI DALAM PERTANDINGAN MAKANAN

12:00:00 PM

Dah lama sebenarnya aku tak dengar pertandingan makan. Teringat dalam satu skrip cerita Masam Masam Manis lakonan Arwah Tan Sri P. Ramlee, “dekat sini semua orang segan sama pakcik sebab pakcik menang peraduan makan”. hahahhaa.


Pada hari Selasa, 17 April 2018 aku datang untuk menyaksikan sendiri pertandingan makanan yang dianjurkan oleh SDS Bakery & Cakes Cafe iaitu di Paradigm Mall Johor Bahru.



Dalam cabaran itu, peserta diminta untuk menghabiskan set roti yang bersaiz 16 inci. Haa, boleh bayangkan macam mana panjangnya dan kita nak kena habiskan macam mana. Untuk menambah lagi cabaran, SDS telah menjemput “Malaysia Female Champion Eater” iaitu Rainbow Kumi dan peserta dari Iran iaitu ......

Mesti korang nak tau siapa pemenangnya kan? Jangan terkejut dengan hanya 4 minit 7saat yang berjaya menghabiskan SDS #LongLoafChallenge itu ialah satu-satunya peserta wanita iaitu Rainbow Kumi. Jujurnya, aku yang tengok depan mata pun rasa hebat gila dia. Habis kalah semua peserta lelaki.

Dengan hanya 4 minit sahaja dia mampu menghabiskan, fuhh dan dia cakap, kalau dia sihat probably boleh habiskan dalam tempoh 3 minit gituw. Kau mampu?

Jadinya, kepada seluruh peminat SDS aku cabar korang join this challenge. Korang boleh je pergi mana-mana outlet yang berdekatan dengan korang dan cabar diri korang terutama yang selalu join contest makanan tu.

Aku sendiri tak mampu nak menghabiskannya dan overall pada mereka yang nak makan ala-ala healthy style boleh juga mencuba rasa. Aku rasa fries dia memang highly recommended sebab aku peminat fries, dan fries ni sangat sedap. Untuk set besar ini mungkin sesuai dimakan 3-4 orang atau mungkin korang nak makan seorang pun okay je kalau memang boleh setanding champion Rainbow Kumi la. hahahhaa.

Dapatkan segera set ini kerana ianya sehingga 30 jun sahaja. Jangan nanti dah tiada baru nak craving! Its too late to taste it bro!


You Might Also Like

6 comments

  1. Ooo Ain pergi ya..Hrtu nak tanya juga, lupaa..
    Real ek dapat tengok live lagi gaya dia makan, takut betul huhuhu

    ReplyDelete
  2. kunjungan balas.
    cantik blog ain.. kipidap..! :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Hai farah.
    N singgah sini and follow u back. Salam.kenal fr9m annursyuhadah.com

    Anne,

    ReplyDelete
  4. Omaigad dahsyatnya eating talent pemenang tu, kalau ai mmg surrender la awal2 lg... ai tak mkn banyak tp badan tak nmpk mcm tak mkn bnyk pun huhuu... ai iz saddd :'3

    ReplyDelete
  5. What?? less than 5 minutes? Iols ni nak habiskan roti kecik pun makan masa hahahah she's awesome!
    Girl power!

    ReplyDelete
  6. dapat la bergambar dengan pemenang eh

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com