PEREMPUAN TAK PANDAI MASAK

Ramai orang judge mostly yang tak kahwin lagi mesti jarang masak or tak pandai masak. Aku jadi bersemangat nak betul-betul ada masa untuk masak disebabkan oleh faktor aku nak saving. Aku banyak nak spent and invest dekat benda lain. Pada aku kalau makan luar tu aku akan betul-betul tengok whether it is worth it or not. So macam mana aku boleh ada semangat nak masak?
korang boleh tengok dekat highlight ain masak

Tahun 2015 tak silap aku ada beli periuk Noxxa pressure cooker. aku beli sebab aku nampak banyak yang boleh aku buat dengan periuk ni. So, aku start dengan google dan tengok dalam group Fb pengguna periuk Noxxa cara diorang masak. Lama-lama aku jadi rasa mudah.

Dalam seminggu tu boleh dikatakan  majoriti aku memang masak lah. Kadang sempat amek gambar kadang terlupa sebab lapar. hahahhaa. Bila pakai pressure cooker ni, masakan kita akan jadi lagi sedap and just nice rasa dia.Kita tak payah nak bersungguh letak lagi perasa or other ingredients dalam masakan kita.


Tips aku kalau yang memang serius nak belajar masak secara konsisten ialah tengok resepi yang simple dulu. Contoh masak ayam kicap, kari , masak sos , sup, tomyam. Dah nama pun simple, google lah macam “resepi ayam masak kicap simple mudah”. So dia tak ada la bagi bahan-bahan yang susah nak cari.

Seterusnya, banyak kan berkawan dengan mereka yang selalu masak, yang dah kahwin. Macam aku akan tanya , “akak masak macam mana ehk?” , “selalu pakai apa yer?”. Haa,tanya lah. Bila dah tanya time kau beli barang dapur, cuba cuba belajar beli bahan yang asas je dulu. Contoh bawang merah & putih, halia. benda basic yang selalu ada dalam masakan.


Dan korang juga jangan jadi cerewet dan lurus bendul dengan resepi. Contoh macam dalam resepi tulis guna bawang besar, tapi yang ada dekat dapur rumah korang bawang kecil. Guna je apa yang ada di depan mata. Arwah ibu aku selalu pesan “jangan jadikan alasan tak cukup bahan tak nak masak”. NO!!! . Aku dah biasa diajar begitu. Biar masak bahan-bahannya simple dan rasa nya just nice, atleast kosisten memasak tu penting.

Cara aku pulak kalau masak sayur tak payah nak bersungguh cukup bahan macam aksesori banyak sangat yang end up kau buang dan letak tepi je. Contohnya seperti cili merah ke, bawang hoolland. Kan MEMBAZIR. Style aku mostly masak tumis air je. Jarang pakai minyak, contoh masak kobis air . Masuk kobis letak serbuk knows serbuk perasa tu sedikit dan air biar sampai masak dan settle. Tak payah nak mencantikkan sangat masakan kita yang end up kita tak makan. Sama juga macam lauk, contoh ayam masak kicap, ada orang kan letak tomato sebagai aksesori yang ada tak makan, tak payah letak. Ingat! Jangan nak nampak cantik kan masakan end up kita membazir. Misi kita nak kosisten memasak sebab nak saving dan jaga kuantiti kandungan garam,gula yang akan masuk dalam badan kita.

Prinsip aku kalau nak makan sayur-sayur yang ada aksesori ni bila aku makan dekat luar. Dan juga lauk yang memerlukan kos yang banyak, aku takkan masak. Aku lebih prefer makan je dekat luar. Contohnya, dekat rumah kau semua orang tak makan laksa. Kau je seorang yang makan. Tebiat apa nak masak? Makan jela kat luar. Dalam masakan juga kita dipupuk untuk ada sikap kita bertimbang rasa.



Bukan itu sahaja, aku juga tak akan masak masakan yang leceh yang perlukan masa menyiapkan sangat lama. Lebih baik beli je. Ingat point mula mula aku, cari resepi SIMPLE , MUDAH , RINGKAS. Okay,selamat mencuba. Ikhlas,ain masak.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tringt lagu “ ko masak lempeng, lempengku hangus” ., huhuhu salam kenal

    BalasPadam
  2. Eh sapa cakap tu ? Nak kena gantung kat pokok ceri agaknya hahaha.
    Sis pun ada periuk Noxxa tapi masak certain menu aje..hehehe

    BalasPadam
  3. Yang penting kena rajin masak dan rajin mencuba pelbagai resepi.
    Lagi satu, kena belajar dengan orang2 yang terrer masaklah.

    BalasPadam
  4. ni yg tergoda nak beli periuk noxxa ni..baru berbual dgn sis lin ari tu.. keep it up ain,,teruskan kerajinan memasak..

    BalasPadam
  5. hahaha. ada betul jgk apa akak cakap . semuamya bergantung pada orang tu sendiri sama ada nak usaha atau tidak. kalau dari awal xnak cuba sampai ke akhir mesti xnak kan haha.
    Macam mus sendiri eager nak masak tapi kekangan masa, bahan dan sebgainya so masakan berat berat macam payah sikit. kalau lah kaya ni hhaha hari hari nak cuba masak ha hahah. nice post !

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.