TEXAS CHICKEN KINI DI JOHOR BAHRU



JOHOR BAHRU, 5 Julai 2018 – Texas Chicken, antara rangkaian jenama global rantaian restoran makanan segera kini di Selatan Malaysia dengan pembukaan restoran pertama di Johor. Ini merupakan restoran Texas Chicken pertama di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru dan merupakan restoran Texas Chicken yang ke-48 di Malaysia.


Dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura.

Restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley.






“Johor Bahru City Square merupakan pilihan utama setiap jenama,” ujar DatoJaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings. Restoran baru Texas Chicken ini berada di pusat bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, universiti tempatan serta antarabangsa dan hanya beberapa minit dari Pusat Kastam dan Imigrasi Malaysia dan Singapura.




Dalam nada yang sama, Dato’ Kamal Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dengan aktiviti serta kawasan bandar yang sibuk, pasti ianya dipenuhi dengan penggemar ayam goreng yang mahukan servis yang bagus dan mudah. Di Texas Chicken, kami teruja untuk menyajikan yang terbaik dan melangkaui jangkaan mereka.”

Antara menu popular yang boleh didapati adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi.








Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Peluang ini merupakan cadangan serta rancangan dari pemegang francais veteran kami,” kata Tony Moralejo, Naib President Eksekutif Perdagangan Antarabangsa Texas Chicken. “Kumpulan Envictus telah menunjukkan rekod yang baik di Malaysia dan kami yakin ia akan terus berkembang di Johor Bahru.”

“Bersama Kumpulan Envictus kami akan terus memperbaiki tahap kepuasan pelanggan kami di Malaysia,” tambah beliau. 

Restoran di Johor Bahru ini dijangka dapat menampung sebanyak 111 pelanggan pada satu-satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi. 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. pernah cuba makan sekali dulu tapi like 2 tahun lepas kot.. x banyak outlet kt Penang. kena p town hehe..

    BalasPadam
  2. Jommm perabis baucer yokkkk..hahaha

    BalasPadam
  3. bestnya orang JB dah ada Texas, Wrap dengan Honey Butter Bread dia sedap!

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.