TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

TEKAK MELAYU TAPI NAK MAKAN WESTERN? INILAH TEMPATNYA DI JOHOR BAHRU

Aku semahunya lebih ramai orang-orang di Johor Bahru tahu akan tempat ini. Kenapa? Sebab aku faham tekak melayu macam aku ni tapi fefeling mat salleh nak makan western mesti kena ada rasa fusion.  Fusion ni binatang apakah? Hahaha. Ianya macam gabungan dua atau tiga rasa menjadi satu resepi. Gitulah maksudnya. Kalau salah ada aku kesah. Ini blog akuainkausiapa. #kaufikirkausiapa 🤪

Ceritanya aku dan Sis Lin jejak ke sini sebelum ke Konsert Mestika tu. Kami pusing-pusing nampak kedai ni. Haa, masukla. Ain pernah dengar nama The Substitute ni sebelum-sebelum ni. Tak silap dulunya dia food truck. Tanya-tanya dengan pekerja situ rupanya dah lama dah buka kedai kat sini. Nampak benar kau ketinggalan zaman Ain woi. Kah!

Aku decide nak order yang menu berat terus sebab nak alas perut la. Kang kalau makan light-light mampus malam-malam kebulur kang. Makanya aku payung la korang gambar makanan yang diorder okay! Selamat menjamu mata 🙊
Sis Lin order yang ini , spagheti seafood

Terasa spicy ayamnya

Memula aku tak letak expectation yang tinggi tentang rasanya. Sebab pada aku level kedai-kedai kalau buat western mesti spicy nya sedang sedang aja. Tapi, my first bite definitely wrong! Kau, tiber aku speaking! Sumpah, ini memang citarasa aku. Sedap nak mati woi! Pergh, mulut aku ni kalau dah cakap sedap nak mati tu maksudnya ikhlas cakap memang sedap la. 
Kenyang betul makan set ni..harga pun berbaloi..

Aku mohon sangat korang-korang yang di JB selalu komplain nak makan western tapi nak spicy selevel tekak melayu ni datangla ke sini. #berbaloi #hargapunnotbad

Nachos yang super cheesy 

Pehh, aku selalu kalau nengok orang hidang nachos biasa buh cheese sos, hirisan daging dah settle. Tapi yang ni siap ada salad kau. Aku pulak tiber boleh makan salad. Tiber! Selama ni mampu ke nak makan salad gitu? Hahaha. Gais, the menu define the beauty of this restaurant. Definitely its Malaysia taste. Citarasa orang Malaysia ni memang banyak dah di fusion kan. Sebab kita punya pelbagai bangsa dan kaum kan. Tiber sejarah pulak!
Nachos dia siap ada salad.Sedap betul

Tak nak cakap banyak, aku for sure akan repeat sini lagi. Aku seru kepada semua orang-orang Johor Bahru yang tinggal di kawasan Bandar Baru Uda, Larkin, Kampung Melayu dan yang berdekatan datanglah ke sini. Pasti tak menyesal. 

📍 The Substitutes Kitchen
53, Jalan Dataran Larkin 1
Johor Bahru
Instagram: @thesubstitutes

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tang nachos tu memangs edap gile..
    Pestime makan nachos sedap gitu...
    Licin kita makan kann..hehehehe

    BalasPadam
  2. Tempat celebrate birthday tiap taun ni..hahahha

    BalasPadam
  3. wow...bestnya..tak pernah lagi pergi tempat macam ni

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.