INDAHNYA BUMI LASKAR PELANGI !

INDAHNYA BUMI LASKAR PELANGI ! 

pulau belitung
Muka kepenatan, masa ni dalam bis. Hahaha
Kalau tengok blog post aku sebelum ni sebagai intro(TENTANG KEINDAHAN BUMI LASKAR PELANGI YANG TIDAK DIKETAHUI kepada cerita yang mahu aku kongsikan kepada korang semua. Peh, nak tulis ni siap tengok filemnya dulu. Hahaha. Sebab aku ni sejenis manusia yang benar-benar menghargai setiap moment yang berlaku. Peh ayat dah masuk sastera nampak. Kahkahkah.
pulau belitung
Kami berkumpul di Larkin , JB untuk masuk ke Singapura

pulau belitung
Time ni,semua kepenatan sangat sebab menanti bas yang mahu direct ke Changi Airport
pulau belitung
Alhamdulilah,kami selamat mendarat..tulaaa Jet nya..
Okay, straight forward pada hari pertama kami banyak kepenatan kerana masa kami banyak dihabiskan untuk sampai ke Pulau Belitung itu sahaja. 9 Disember 2018 , tarikh terindah untuk aku kerana first time fly melalui Changi Airport. Tambah lagi seronok bila dapat naik Jet daripada Garuda Indonesia. Wow, layanannya very the tiptop! So pada haritu kami menjejaki 3 Imigresen iaitu Malaysia - Singapura -Indonesia. Mana tak penat dan mabuk. Hahaha.

Di Changi, aku telah ungkapkan satu diari peribadi iaitu tentang Indahnya Agama Islam. Mohon dibaca ya. Hahaha. Seterusnya selepas sampai je di Airport H.A.S Tanjung Pandan , macam biasa lah kami disambut dengan tour guide dari MTN Getaways. Sangat sistematik dan teratur itinary nya. Ditambah pula dengan ketua rombongan kami iaitu Sis Lin. Bukan sebarang orang yer, Sis sangat memainkan peranannya sebagai ketua dengan baik. Aku bukan nak membodek sebab dia Mummy Katak aku, hahaha. Tapi, i like her style! Kipidap sis.
pulau belitung
Nah, makanannya...Asikk banget!

pulau belitung
Semeja dengan pengasas hashtag #makanmakankurus dan pelakon botak Harris Annuar
Nah tour guide kami iaitu Otty dan Harry serta pak supirnya juga memainkan peranan yang sangat bagus. Yelah, faham jela kami kepenatan kan. Setiap kali mahu bergerak ke satu destinasi, pasti tour guide nya berkata "Perjalanannya membutuhkan waktu sekitar 20minit , so sit back and relaks". *Kangen banget sama mereka! Hahaha. Jadinya pada hari pertama itu kami terus saja dibawa ke Raja Seafood Belitung. Perut pun lapar, ape lagi makan puas-puas lah. Dapat pula semeja dengan kak Seri , pengasas hashtag #makanmakankurus , memang makan tak payah cover-cover la. Hahaha.
pulau belitung

pulau belitung
Hotelnya yang sangat selesa
Selesai sahaja makan, perut dah penuh..Jom check in hotelnya dong! La Lucia Boutique Hotel. Peh, tak perlu nak komplen banyak sebab wifinya laju banget. Hahaha. Aku suka sangat!  By the way, aku sebilik dengan kakak katak kuh iaitu kak Sunah Sakura. Letak je barang, mandi dan solat, Sis ajak pekena kopi dekat cafe nya. Aku dengan kak Sun pun turun lah. Dapat jugak kongsi rasa Es Jeruk sambil borak-borak. Tamat hari pertama. Nantikan hari keduanya ya...hari aku jatuh cinta pada Bumi Laskar Pelangi ini.❤️
pulau belitung
Muka ada banyak senyum , sebab perut sudah kenyang

Jom singgah ke Mtngetaways

Catat Ulasan

5 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.