SELAMAT TINGGAL 2018! - Aku Ain Kau Siapa

Monday, December 31, 2018

SELAMAT TINGGAL 2018!

akuainkausiapa
Mimpi..adalah kunci...untuk kita..menaklukkan dunia..

SELAMAT TINGGAL 2018 ! 

Aku harus jujur yang aku menaip ini pada 27 Disember, jam 1:20 pagi. Iya, aku perempuan yang jenis tidur lewat. Hurm, pada kawan yang seusia dengan aku mungkin sedang tidur nyenyak kerana keletihan menjaga anak, ada yang kepenatan menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Fun fact, arwah ibu aku pun kahwin pada usia 27 tahun. Tahun ini aku berusia 27 tahun. Tak silap masa tahun 2014 , aku pernah tulis impian nak kahwin umur 26 tahun. Acaner ni? Hahaha. Jodoh masih sesat entah kemana. Langsung aku malas nak bercakap tentang ini.

Tuhan itu tahu akan KerjaNya! Jangan sibuk jalankan KerjaNya. Dia tahu aku memang tak bersedia. Tapi, tipulah kalau aku tak terasa bila ada yang bertanya. Terlalu memilih? Hahaha. Kata nak sehidup semati selamanya , takkan main hentam keromo je. Lelaki takut nak dekat dengan aku? Entah. Hahaha. The truth is aku sentiasa percaya pada Perancangan Dia. Tuhan Yang Maha Esa. Setiap kali terlintas walau sedikit pun dekat hati aku, mesti aku teringat arwah ibu aku. Ibu dulu keep pesan "Ain cari betul-betul tau" . Ibu, kalau lah ibu ada mesti ibu akan back up ain bila orang tanya pasal jodoh ni kan. Ala, dulu ibu banyak back up ain bila orang ngata anak perempuan dia ni gemok! Sekarang, hati ain dah cukup kental untuk back up diri sendiri. Hahaha.

Allahuakbar , tahun 2018 memang tahun Move On aku. Aku jumpa balik diri aku yang hilang few years back. Bukan senang! Tuhan aturkan satu persatu perancanganNya dengan sangat teratur. Membuat keputusan untuk join group JDT Blogger adalah satu perancanganNya yang sangat indah. Aku tak pernah sangka aku boleh seakrab gini dengan mereka. Beberapa orang kawan aku ada tanya , "i wonder why macam mana kau boleh update blog" . Siapa sangka aku dulu masa sekolah paling benci buat karangan. Kuat berangan ada lah.  Hahaha. As simple as aku jawab , "find the people who can move you forward" . Bila kita dah jumpa, orang-orang ini la yang akan keep tegur kau kalau dia nampak kau pemalas tapi cita-cita nak capai itu ini, orang-orang ini lah yang akan sound kau "hoi Ain, update blog!" . Nah, aku dah jumpa. Tuhan temukan aku dengan Sis Lin dan kak Sunah. Aku pun macam tak pernah sangka boleh rapat dengan mereka. But again, i should gave a credit to the person who brings back akuainkausiapa ini. That person ialah housemate aku masa dekat Uitm Kedah. Dia lah pemilik blog sayasyiera.blogspot.com . Dia la yang orang cakap "bukak cerita" tentang dunia review mengreview ni. Hahaha. Tapi, dia jauh di utara aku pulak jauh diselatan. Nak jumpa kemsalam je  woi. Last jumpa pun tahun bila ehk? 2015 kot. Kan! Dia juga lah yang banyak kenal blogger. Aku ni diva syok sendiri sikit. Blogger-blogger aku ramai tak kenal, poyo rasa diri sendiri je bagus. Haahaha.

Sebab dia yang membuka jalan aku untuk kembali aktif terus la aku mencari siapa yang boleh ada dekat dengan aku. JDT Blogger. Sumpah , i really love the sisterhood vibes dalam group ni tau. Bukan mengampu (i'm sure they are going to read this) ahahhaha. But, they are really help each other! Sampai kadang lama tak jumpa pun rasa macam "eh rindu lah...padahal baru berapa bulan je aku join group ni" 😂 Harapan aku semoga kita semakin terus rapat dan bersatu-padu bersama-sama. Next, what else to say? Tahun ni jugak aku jadi bridesmaids kepada my budak kecik, that was my first time aku naik ETS from KL Sentral- Ipoh sorang-sorang okay! . Aku macam dah nekad lepas ni tak nak dah jadi bridesmaids sebab i think that enough of it. I guess its time for me to think about my love story pulak kan! Gittew. Opps, tergedik kejap kalau cerita bab ini. Crush? Yes, some of my posting dekat blog dan Instagram aku ada mention tentang ini. Chill guys, crush je kot! Normal la kan perempuan crush dekat lelaki handsome ,bla bla bla. Hahaha.

Ada yang pernah tanya aku, "siapa dia?" Hahaha, RAHSIA! Teet. Macam mana boleh tercrush dekat dia? Hint ni *He is so gentlemen . Handsome herlok tu bonus la. Dia ada ciri-ciri lelaki idaman yang aku impikan. Aku susah nak cakap ni, but he deserve my attention! (Gila ayat kau Ain very the perempuan high material!) Hahaha. Tapi, pengakhirannya, aku tetap percaya pada perancangan Allah. Dia yang pertemukan hamba-hambaNya kan. Aku tak nak berharap besar pada angan-angan Crush aku ni. Cukup la hint sikit-sikit je kan. #doayangbaikbaik . Kalau ada jodoh tak kemana kan. Tahun ni juga aku dapat berjalan banyak tempat. Yelah, aku belum tahap nak vacation selalu kan. Itu memang impian aku, nak jenjalan jumpa dengan ramai orang, belajar adat dan budaya masyarakat pelbagai negara. Tapi, aku tolak tepi dulu yang itu.

So, aku berpuas hati ke tidak dengan tahun 2018? Walaupun achievement aku based on KPI aku tak ada la dapat markah penuh , tapi aku tetap bersyukur. Banyak sangat rezeki yang Tuhan beri dekat aku. Mungkin belum tahap apa yang aku nak , tapi Dia beri cukup sekadar apa yang aku perlu pada ketika ini. Nothing to regret, because life is so meaningful!  Terima kasih 2018. I find myself back! Terima kasih kepada orang disekeliling yang pedulik tentang aku. Sorry, kalau aku ada melukakan hati dan perasaan orang disekeliling aku. Yela, aku ni manusia biasa. Mana sempurna, setiap hari aku cuba nak jadi the best person disisi Allah.

What do i expect for 2019? 

"I just wanna be happy! Don't you wanna be happy?" . Kerana hidup ini terlalu indah untuk kita nikmatinya, rasainya. Janganlah sampai kita terlalu sibuk fokus cari duit sampai kita lupa untuk rasa nikmat ini. That is the worst part of life! So, aku pilih untuk happy kan diri aku. Kalau aku tak rasa happy, its my responsibility to find that and fix it. Iya, bahagia itu satu pilihan. Mungkin kau rasa bahagia itu hanya "ala menda tah perasaan tuh". Itu satu perasaan yang boleh merubah kehidupan kau. It cant be describe but it can be feel it. Samalah macam perasaan tenang. Kita tak boleh nak explain perasaan tenang tuh macam mana, tapi kita boleh pilih untuk rasa atau pun tidak.

Oh ada lagi, tahun 2018 ni juga mengajar aku untuk lebih melonggarkan prinsip hidup. Iya, aku perempuan yang kuat pegangan prinsip pendiriannya. Senang kata ada ego besar lah. Hahaha. Tapi, tahun ni prinsip itu ada longgar sedikit skru-skrunya. Aku belajar untuk longgarkan sedikit prinsip ni bila seorang kawan aku ni cakap setepek dekat aku ,"kau nak lelaki gini gini ler, bila kau nampak kurang nya dia, buruk nya dia, kau terus macam ada perasaan tak suka kan.. Soalan aku, "kau tuh dah cukup BAGUS ke untuk dia". Haaa, sentap hati kita awak! Tak ada lah sentap sangat, cumanya ianya memberi satu tamparan hebat untuk aku. Aku pun tak bagus mana kalau nak berpendirian sangat! Cumanya kalau yang perkara negatif tu yelah aku kena ada prinsip kan. Sebenarnya ia berbalik kepada toleransi. Bila aku start longgarkan sedikit prinsip aku tu, uish... Aku jadi lebih senang nak masuk dengan ramai orang.

Lagi, apa yer? Oh tahun ni juga aku macam start rapat balik dengan kengkawan sekolah uda. Alhamdulilah. Sebenarnya, aku yang dulu jauhkan diri. Sebab aku macam hilang arah. At that time, aku memang tak nak jumpa dengan orang yang aku kenal. Buat-buat tak nampak dan buat-buat tak kenal itu memang lakonan hebat aku pada waktu tu. Tapi, Bila dah jumpa balik arah tu, hahahaha tak susah mana ,pakai kompas je. Omg, ingat dulu belajar Geografi. Terima kasih masih sudi nak tegur aku. Aku kan sombong nak mampus! Hahaha. What else to say? Oh ye, sebenarnya aku ni banyak je kekurangan. Sebenarnya yang memberi kekuatan untuk aku move forward ni ialah orang yang berada disekeililing aku. I guess i dont need to mentioned that people. YOU know who you are! 

I think that the end of 2018 story. Hello future , 2019! May we have a great days ahead. 💜

12 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan segala urusan ain untuk tahun 2019😘 and thank you semua JDT Bloggers utk kenangan indah. Happy sgt dpt kenal korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... happy sangat dapat kenal dengan JDT Blogger.. 🤗🤗🤗

      Delete
  2. Selamat tahun baru. semoga tahun 2019 lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  3. selaamat menyambut tahun baru 2019 ain..sekejap je nak masuk 2019 ni..jumpa kita di tahun depan ye.Oh ya.Moga Allah swt permudahkan urusan ain untuk tahun 2019 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga kak ida. semoga persahabatan kita semakin akrab dan sama2lah kita mencapai impian yer 🤗

      Delete
  4. Selamat new year Ain cayang..
    Lepas ni jangan blur-blur, kasi fokus hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah....blur tuhh kalo dia nak datanggg... tanpa dijangka.hahahahajaa 🤣🤣🤣🤣

      Delete
  5. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete
  6. Slmt thn baru 2019 ain 😊😊

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.