24 JAM BERSAMA GENG KATAK - Aku Ain Kau Siapa

Friday, January 4, 2019

24 JAM BERSAMA GENG KATAK

jdt blogger
Geng Katak JDT Blogger

24 JAM BERSAMA GENG KATAK

Yes , again cerita aku tentang geng Katak lagi. Aku dan Kak Sunah menginap semalam di rumah Sis Lin. Cerita ini berkisar pada malam 1 Januari.  Sis Lin memang pesan sesiap, ada lauk kat rumah dia. Ikan masak asam rebus. Aku ni kalau air tangan mak-mak ni memang tak boleh tolak. Sebab itu yang paling aku rindui. Air tangan masakan dari Ibu. (ala, nanti nangis kang citer bab arwah ibu ni) 

Tu pun otw nak kesana kemain Sis Lin siap nak masak Sardin lah cicah dengan roti. Aku dengan Kak Sun dah usap perut awal-awal. Hahaha. Aku ni boleh gagah lagi sebab memang tak makan sebelum gerak ke sana tapi kesian Kak Sun sebab dia dah isi perut sebelum bergerak. Hahaha. Sampai je rumah Sis , terus bersidang dekat dapur. Aku memang dah tak malu dah. "Parking" siap-siap dekat dapur. Hahaha. Apa yang aku makan? Nasi dan lauk yang tersedia dalam gambar. Oh dessertnya kemain kau kek batik anak Sis yang buat , aiskrim cekelat 3 perasa , air kotak kecil Chocolate Farm Fresh dan Kopi kapal api dicampur dengan kopi Kong Djie Coklat yang dibeli di Belitung. 
ikan masak asam rebus
Haa, ini yang dinantikan.

lauk makan malam
Yeay , terima kasih Sis masak lebih untuk we all

kek batik
Kek Batik sebagai dessert
Rumusan tentang makan-makan , Ya ampun kenyang siot! Lepas makan kami bersidang depan laptop dan selepas itu Sis Lin bawa keluar beberapa buah buku. Fun fact about me, aku allergik sikit nak baca buku. Hahaha. Dulu yer rajin membaca tapi baca majalah hiburan je lah.Hahaha
So, memandangkan Sis dah bawak keluar buku-bukunya , maka nya aku dan Kak Sun mengadap jela buku yang tersedia. Hahaha. Bukan itu sahaja, dia sempat lagi bawa keluar album gambar zaman muda mudi dia tu. Kemain posing depan Kotaraya! Hahaha. 

Sedar tak sedar dah pukul 1 pagi. Sis cakap "hoi dah pegi tidur". Korang rasa aku dengan Kak Sun tidur ke? Hahaha. Aje gilerr kitorang sempat pillow talk! Well, kalau dah namanya perempuan kan, sekasar macam mana pun aku ni tetap ada sifat perempuan tu! Apa yang dibincangkan sepanjang pillow talk tu? Ala, biasa lah sembang bab throwback. Hahaha. Borak punya borak sedar-sedar pukul 3 pagi. Hahaha. Nasib aku tak boleh solat. Opps! 

Pukul berapa nya aku sedar ? Pukul 9 pagi ke pukul 10 ehk. Sedar-sedar sebab terdengar suara Sis Lin berborak dengan Kak Sun. Aku dengan muka air liur basi keluar bilik tanya "buat ape tuu?" Hahaha. Masih dalam keadaan blur, tiber rasa nak terberak lalu aku buat keputusan untuk terus bersiap mandi. 
jdt blogger
Muka kena paksa habiskan makanan. Hahaha

laksa asam
Ini lah yang kami makan
Kemanakah tujuan kami bersiap-siap ni? Ke Jusco Bandar Dato Onn. Sis nak ambil spek mata nya yang telah siap. Tapi berjam-jam jugak kami dekat sana. Lokasi pertama semestinya tempat makan dulu. Tiber perut aku terkejut woi makan Laksa. Sebabnya aku ni sekarang dah jarang makan pagi dan brunch. Normally start makan pukul 3 petang ke atas. Entahlah. Maybe perut tengah faham kot situasi tuannya yang sedang berjimat cermat. Hahaha.

Lama juga woi aku pujuk perut aku nak habiskan semangkuk laksa tu sampai berangan dulu. Sis Lin "Kau kenapa Ain?". Ain menjawab dengan slumbernya , "Rasa nak terberak lah..haahaha. toilet mana?". Kak Sun menjawab , " Tu haa.." (nasib dekat je depan mata). Peh, lepas dah menjalankan tanggungjawab 'pelaburan' tu, erm rasanya untung sangat! Hahaha. *Mohon jangan kecam aku sembang bab selekeh macam gini! 

Sis Lin "Oh tau dah la, lepas ni nak kasi Ain habis makan make sure perut dia kosong dulu" Hahaahahahha. Seterusnya kemanakah kita? Pergi mengambil spek mata Sis tu dan seterusnya kita ambil gambar bear - bear yang ada di sekitar situ. Haa, tengok jela gambar yang tersedia! 

Sepanjang berjalan dengan Sis,ya tuhan. Semua kedai makan dia nak tegur dan singgah tengok! Hahaha. Aku pandang Kak Sunah, Kak Sunah pandang aku. TAK NAK!!! sebulat suara kami menjawab. Hahaha
jdt blogger
Auwww,, nampak kengkawan aku ni...komfom kena bahann posing cm gini..very the kpop..euww..

jdt blogger
Tiberrr,,,jadi pemalu! Kah!

jdt blogger
Dah macam rombongan sekolah pulak. Hahaha

jdt blogger
Cikgu kepada rombongan tuh haaa...posing kemain..hahahaha.
Tetiba, Sis Lin cakap okay lah kita masuk Sedap Corner. Minum je! Aku pun okay , Hot Chocolate jelah! Tu pun Sis Lin kemain lama dok belek-belek menu. Aku dengan Kak Sunah cecepat amek menu nya. Okay Dah! Hahaha.Kang entah apa lagi ada menu tambahan. Sambil tu kami borak-borak lah. Oh ya, sempat juga kami singgah ke kedai buku. As usual, aku ni nama je tulis blog. Tapi semangat membaca ni tak seiring dengan seorang blogger. Aku jalan-jalan cuci mata je tengok kulit buku mana yang cantik. Hahaha. Belek-belek sedikit! Diorang je yang beli buku.
Sebelum pulang, sempat lagi Sis menyinggah dan tapau Sushi set kecil , Ayam Kimchi katanya dan Hashbrown sebagai kudapan minum petang. Katanya! Hahaha. Akhirnya,keluar juga kami dari situ dan pulang ke rumah Sis. Sampai je rumah Sis aku terus membuta kejap, 'qada' tidur sebab stay up kan buat 'assignment' dengan Kak Sunah. Hahaha. Sedar-sedar geng Katak bersidang depan tv sambil kunyah-kunyah kudapan petang kitorang tuh. Makan-makan sambil tu aku belek-belek jugak buku. 

Selepas Magrib, kami pun bergerak pulang. Itupun Sis siap ada niat nak gorengkan Keow Teow untuk kitorang. Dengan ini tamatlah cerita 24 Jam bersama dengan geng katak!. Nanti aku update yer buku apa yang aku pinjam dari Sis. Pesanan penaja kepada Sis , terima kasih banyak-banyak! Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya dan memberikan kesihatan yang baik untuk Sis. Take care! Ceh padahal nanti jumpa lagi. Hahaha. Saja nak gedik sket. Kbye! 

* Nak sambung baca buku..

8 comments:

  1. wahhhh.. sakan kemain ya... all the best untuk geng katak... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Sis Lin lapar mata tu, bukan nak makan sangat, lagipun dia takut anak katak dia kelaparan, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaaha..padahal anak katak dia niii dah kenyangg.. tu pun dia paksa lagiii dan lagii. 🤣🤣🤣

      Delete
  3. Memang bagus dapat geng makan macam ni hahahaha so kita sesama makan dan gemok hahahah..
    Nikmat makan tu cukup nikmat kann...makan selagi gemok hahahaha

    ReplyDelete
  4. weh aku belum komen ek entri ni? aku rasa aku da habis baca..biarlah aku jadi pembaca senyap...eh, da terkomen lak, publish je leeee

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.