MINAH BLUR DAN SELOW - Aku Ain Kau Siapa

Friday, January 4, 2019

MINAH BLUR DAN SELOW

akuainkausiapa
Ini lah penulis akuainkausiapa. Suka bercakap dan gelak!

MINAH BLUR DAN SELOW

Kadang- kadang sifat dan kelakuan kita ni hanya orang yang selalu lepak dan bersama dengan kita je akan mula nampak. Minah blur dan selow.. Something tentang aku sendiri yang aku nak kongsi dengan korang. Aku selalu perasan yang aku ni jenis macam nak buat kerja semua nak cepat. Contohnya aku nak masak pun kalau boleh aku malas nak lama-lama dekat dapur. Gelojoh pun yer kata Sis Lin kepada aku. Yer, aku jenis cepat dari segi tu. Aku pantang kalau orang lembab lagi-lagi bersiap. Aku tak suka nak layan benda yang remeh-remeh ni. 

Tapi, tanpa aku sedari... sebenarnya aku ni minah blur dan selow. Kadang tu Sis Lin dengan Kak Sunah dah sembang jauh berjela , aku masih tak paham apa yang di ceritakan . Nak pulak kalau cakap benda-benda berkias ni. Hahaha. So, kalau nak cakap dengan aku kena explain straight forward. Aku punya tahap blur tu kadang tak menganggak tau. Hahaha.

Bila waktunya aku jadi minah blur dan selow? Bila aku tengah mengantuk , eh tapi yang ni boleh kawal lagi .. Bila aku tengah lapar.. Mungkin yang ni jugak. Tapi otak aku akan blur dan selow bila aku baru bangun tidur. Haa, itu jam.. Kau cakap apa pun aku lambat nak hadam.

Orang nampak aku ni macam jenis fast pickup kan! Tapi tiber datang blur dan selow aku tuh, haa menjawab lah kau! Hahaha. Apa lagi perkara yang buat aku automatik blur dan selow? Bila bersembang pasal hal rumah tangga. Hahaha. Yelah, aku ni belum kahwin. Okay, kursus kahwin pun tak pernah pergi. 

Okay bye! Nak tahu apa lagi aku jadi selow?
Karna ku seloww.. sangat selow.. santai santai  JODOH enggak akan kemana..

11 comments:

  1. Hai, BW here. Doa yang baik baik insha Allah jodoh pun baik baik aja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehhehe.. insyaallah.terima kasih atas doa nya

      Delete
  2. mesti ain slalu kena buli ngan sis lin ngan sunah ni kan?? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaahhh....hahahahaha..dah panjang berjela dorg sembangg.. mesti dorg ckp " si ain ni faham ke tak tuhh" hahahaahah 不不不不不

      Delete
  3. Replies
    1. hahahaha.. blur dan selow tuhh belom datang depan kak seri lagii tuhhh.. jangann seruu. hahahahaba

      Delete
  4. hahaha ngek kauuuu...tiber ade lirik lagu selow selowww selowwww kat bawah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaahhhahaa... kata ainenoneno不不不不

      Delete
  5. Bukan BLUR SLOW tapi POYO hahahahaha...
    Ko punya blur dan selow tu, sampai fikir masuk ke jamban kan, dah keluar pun masih tak dapat jawaban hahahahahahaha ngekkk

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.