PENGALAMAN PERTAMA KALI DINNER DI MOONLIGHT CAKE HOUSE

moonlight cake house
Kami bersama dengan chef di Moonlight Cake House

PENGALAMAN PERTAMA KALI DINNER DI MOONLIGHT CAKE HOUSE

Tengok nama kedai je dah tau komfom ni jual kek dan dessert je kan. Itu lah first impression aku tentang Moonlight ni. Moonlight ni memang dah terkenal dengan kesedapan dessert dia. We can't denied that! Sebelum-sebelum ni , aku pernah je rasa kek dari Moonlight. Tapi, bila dapat tahu Moonlight dekat Taman Pelangi ni dah renovate , fuh cantik siot! Memang terpegun aku melihatnya.

Kami datang pada waktu dinner time. So, takkan la nak makan desserts je kan. Mesti la nak cari makanan yang memang boleh kenyang. So, kita tengok apa yang kami makan pada waktu tu. Pada aku, rasa pada setiap masakan yang dihidang itu 'just nice' meaning to say tak terlalu masin atau tak terlalu berminyak. Rasa dia hujung hujung lidah je gitu.

Menu yang kami rasa ni pada aku lebih banyak di fusion kan. Antaranya kombinasi nasi goreng dan chicken floss berserta dengan salted egg. So kepada mereka yang suka makanan fusion style boleh ler try dinner disini.
mushroom soup
mushroom soup ni bentuk dia unik betul kan , roti tu kita makan dengan soup tu perh , memang sesuai sebagai pembuka selera untuk dinner

Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket
Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket , kombinasi salmon dan salted memang bertambah lagi selera kita untuk menikmatinya. 

Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger
Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger , sambil berbual bersama dengan geng makan-makan korang tu menu ini juga sesuai dimakan kerana daging burger tu homemade ye. Aku ni memang suka betul kalau burger yang rasa juicy

Moonlight Signature Pasta
Moonlight Signature Pasta , seorang Ain ni memang hantu pasta, ikutkan nak makan ni sorang-sorang je.hahahha

Japanese Pizza
Japanese Pizza ,masa belek menu waktu tu ini yang paling aku teringin nak rasa.Gais,ini pada aku memang wajib cuba.SEDAP!

Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice
Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice , selalunya kan chicken floss dimakan dengan roti yang ini dimakan bersama dengan nasi.

Morning Light
Morning Light , kalau yang tengah diet tu boleh la pilih menu ni ye!

Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard
Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard 

Seafood Gnocchi
Seafood Gnocchi , yang ni first time aku cuba dan aku suka sangat!

Risotto Seafood
Risotto Seafood ,tengok memang macam pelik kan , tapi rasa dia tak pelik pun.Hahaha

Australian Lamb Shank
Australian Lamb Shank , yang ni orang cakap kalau ada lebih bajet tu cuba lah rasa.komfom teringat-ingat lepastu

Moonlight Sharing Platter
Moonlight Sharing Platter , aku paling suka dekorasi menu ni kalau nak makan just celup je dekat tiga sos yang disediakan

hot dark chocolate
Hot Dark Chocolate , peh minum ni dengan makan sekali dengan dessert memang boleh rasa bahagia pada hari itu

Sea Salt Lava Cake
Sea Salt Lava Cake , kek ni sangat sedap eee,,makan ramai-ramai pasti rasa seronok!

moonlight cake house
Pelbagai dessert yang memang sangat menyelerakan dari Moonlight Cake House
Moonlight Cake House Taman Pelangi
(No Pork, No Lard, No Alcohol)
Lokasi:
160, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 
80400 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan:
9 am - 1 am
Tel. No:
+607-333 9922

Instagram:
Facebook:
Website:

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Adui..baca lagi kat sini, buat teringat2 balik makanan kat sini..terliur2 nak dekat tengah malam

    BalasPadam
  2. adoiyai kelemahan betul tengok gambar2 makanan ni. drooling =D

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.