SEPETANG BERSAMA JDT BLOGGER - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, January 29, 2019

SEPETANG BERSAMA JDT BLOGGER

jdt blogger
kitorang dah cuba 4fingers firecracker sauce

SEPETANG BERSAMA JDT BLOGGER 

Tanpa perancangan kadangnya gitu lah pertemuan yang selalu menjadi kan. Pada hari sabtu lepas , lebih kurang jam 1 tengah hari gitu tetiba kak Sunah call aku. “Hello Ain, Sis Lin ajak pergi 4Fingers..woi siap cepat kol2 akak amek dekat rumah”. Lalu aku menjawab “Hmm kena pergi ke ?”. Kak Sunah menjawab “Yela, aku mana larat nak habiskan makanan nanti”. Hahaha. Nampak sangat konsep #projekcarikmakan gittew! 
jdt blogger
nyempat bergambar dengan abang kandung kak sunah. Hahaha

Oh ya Kak Sunah dan Sis Lin pula diorang daripada menghadiri kenduri kawen anak geng blogger otai. Aku belum cukup otai lagi, masih bbnu. Hahaha. Budak baru nak up! So , Kak Sunah pick up Ain dekat rumah dan park kereta dekat Petronas dan kitorang carpool kereta Sis Lin. Senang sekali jalan. Boleh nampak diorang muslimah betul ke bandar yang Sis Lin nya berjubah dan Kak Sun berbaju kurung. Nampak beno baru balik kenduri kawen. Hahaha.

Oh ya, Sis Lin ni jangan kasi tunjuk dia promotion menu makanan baru. Habis dia nak cuba. Hahaha. Sampai je dekat Komtar JBCC , ramai jugak dekat 4Fingers tu. Tapi ada la tempat untuk kitorang makan. Makan makan time bermula. Lepas dah makan-makan teman Sis Lin cuci mata sekali terbeli baju kau. Kebetulan promosi! Kahkahkahh. Seketul Sis Lin ni dia pasti nak cari air kopi lepastu. Memula dia sebut nak ke Nyonya Leaf tetiba tengok beberapa geng JDT Blogger baru habis event dan diorang lepak minum dekat SF Coffee Capital City JB. Apa lagi, terus ler vrooom ke sana.
jdt blogger
Sistur JDT Blogger yang baru lepas habis event.

jdt blogger
Kami pun menyusul tinggal 3 ketul lepastu.
Tetiba Sis cakap , jom la kita ke sana. Sampai je SF Coffee kitorang order dulu. Aku order cookies n cream. Bak kata diorang, “Rasa air budak budak” . Hahaha. Siot je! Aku nyempat salam-salam berlaga pipi je. Sebabnya aku time tu dah tak tahan nak terkencing. Hahaha. Patah balik je terus tinggal seketul Sis Lin je dekat situ. Hahahah. 

Oh, aku pula dah mula “berehat” sekejap dari sosial media, so aku just tangkap gambar air yang aku minum untuk posting di @awakmakanape . Selebihnya aku sempat belek surat khabar dan majalah yang tersedia disitu. Henset letak tepi time tu.

Sorry, haritu tak nyempat nak berborak lelama. Insyallah, ada rezeki kita jumpa reramai lagi okay! Sekian berita hujung minggu melaporkan untuk semua pembaca blog akuainkausiapa ❤

8 comments:

  1. bestnya lepak ngn geng blogger..:)

    ReplyDelete
  2. Kak Sun ko pakai Jubah le uiii..
    Macam tak puas makan 4fingers tu, lps ni kita pergi tapi beli yang signature je la..kureng sedap yang baru tu kannn hahahahaha

    ReplyDelete
  3. disebabkan kami lama dah lepak kat SF coffee, tu yang beransur dulu..Kalau tak boleh berlaga cawan dan pinggan..Tak pun ingat nak berlaga perut...kah²..tak dapat sembang lama weh...

    ReplyDelete
  4. bestnye, kita baru nak kenal kenal dengan sahabat blogger :)

    ReplyDelete
  5. Hahahhaha tahhh ko ni..aku pakai jubah la tu..bukan baju kurung!!!

    ReplyDelete
  6. memang sedap cookies & cream tu, baru pekena se-cup

    ReplyDelete
  7. ahaha suruh siap gituuuu jee adoiyai. suka tengok relationship kawan2 bloggers.
    ceria2 selalu ya =)

    ReplyDelete
  8. permisi min numpang share ya :)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.