SPESIS GENG MUDAH TERHIBUR

akuainkausiapa

SPESIS GENG MUDAH TERHIBUR 

Selalu kalau ada video lawak atau gambar lawak dekat Instagram , korang ni jenis cepat tergelak ataupun tidak? Kalau tanya aku jawapannya Cepat ler... Ni kalau masuk Dont Laugh Challenge, aku ler manusia pertama tersingkir! Hahaha.

Iya, aku ni termasuk dalam kategori geng mudah terhibur. Benda lawak sket pun jenis cepat tergelak. Orang buat lawak level-level beginner pun kadang aku rasa dah dasyat sangat kelakar dia ni! Hahaha. Dapat pulak geng dengan seketul Kak Sunah dan seketul Sis Lin. Memang jenis geng mudah terhibur!

Weh, aku kalau dah start gelak susah nak berhenti woi. Tanya ler siapa yang dah pernah dengar aku gelak. Ada yang siap boleh berimaginasi lagi kuat nya gelak aku tu. Bukan itu sahaja, ada juga kengkawan yang rindu nak dengar aku gelak. Itulah sifat sebenar seketul Farahain. Dia kalau gelak memang tak toleh kiri kanan.

Tapi, ada juga yang cakap annoying weh spesis geng mudah terhibur ni. Hahaha. Mungkin spesis yang rasa annoying ni barangkali jarang gelak. Kenapa geng mudah terhibur ni jenis easy going?

Kadangkala hidupnya dilanda pelbagai masalah atau pun cabaran. Bukan itu sahaja, kadangnya dia kesunyian. Bila lawak tu datang muncul dalam hidup dia, apa lagi , gelak jelah hiburkan hati sendiri. Dahtu takkan nak harap orang lain yang hiburkan hati dia. Kah!
 (okay hambar ayat kau ni Farahain..🤣)

Sama ler macam aku! Aku ni jenis easy going. Mudah hadam lawak yang ringan-ringan. Kalau berat ni susah sedikit sebabnya....berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Dahtu kita ni pun dah berat awak! Hahaha. Inikan nak mikul awak pulak. Kah! 

Siapa spesis #mudahterhibur kite geng! 🤪

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Balasan
    1. Haaahh... Gambar bercuti di pulau belitung indonesia 😊😊😊

      Padam
  2. Kannnn...tak susah pun nak hiburkan hati kita ni...tak reti2 lagi ke nak hiburkan hati kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahhahhahhhaaa.. Khennnnnn.. 😂😂😂😂😂😂

      Padam
  3. ain kalau dah gelak... perghhh.. rasa meriah betul.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahhhhhaaaa.l itu lerr... Tak boleh nak cover 😆

      Padam
  4. suka tengok ain gelak walau kita cete tu rasa macam serius aje, periang & penghibur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaa.. Nasib lerr ter kawan dengan geng mudah terhibur ni.hahaahahhah

      Padam
  5. Hahaha kaki gelak, duduk dengan yang suka gelak dan suka menyakat, cite kentut pun jadi gelak kuat hahahahaha aje gileeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahhahhaaa.. Cite kentut dekat larkin... Hahahahahhaa. Kenapa orang ni tutup kipas, nak kentut kang habis bergema.. 😂😂😂😂😂😂😂😂

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.