I WANNA BE JUST LIKE YOU...IBU


akuainkausiapa
Majlis Aqiqah, sebelum pegang anak sendiri pegang teddy bear dulu
I WANNA BE JUST LIKE YOU...IBU

Orang tanya aku, macam mana aku boleh rapat dengan geng makcik-makcik?. Ini jawapan yang aku nak jawab ikhlas dari hati.

"I wanna be just like you..Ibu!"

Aku nak warisi keperibadian ibu. Arwah ibu seorang yang sangat friendly , dia juga boleh bercampur dengan ramai orang  Dia juga disayangi oleh ramai oleh disekeliling dia termasuk la di tempat kerjanya. Sampai dulu-dulu ramai yang offer diri nak jadi anak angkat ibu! Ibu ni juga dia suka senyum. Mana-mana gambar dia mesti senyum nampak gigi. Yela, gigi ibu cantik tersusun. Sebab tu aku kalau ambil gambar mesti nak senyum sampai nampak gigi walaupun gigi aku bersepah. Hahaha. 

Kalau siapa yang kenal aku dari sekolah dan dari zaman belajar mesti nampak perubahan yang sangat lain pada diri aku. Aku ni dulu mana friendly sangat yang terlampau. Sampai Huda ,(JDT Blogger) ya ng dulu junior masa sekolah SMKBBU pernah cakap "dulu ingat senang ke nak tengok Ain gelak-gelak buat lawak, dulu dia pengawas muka garang je muka ketat je". Aaah! Nasib ler dulu siapa yang penah kawan dengan aku. Pernah kena marah dengan aku. Sorry ! 😅

By the way, aku rasa bersyukur juga sebab makcik-makcik jiran aku ni semua sporting. Diorang jenis mak-mak moden. Bukan level-level makcik bawang. They really care each other. Buktinya, kalau ada program yang nak dilaksanakan, diorang ni  kemain bersepakat tolong menolong. Sebabtu aku sayang betul dengan Kejiranan Wanita ni. Kau tengok gambar aku tu.. Tu haa kan baju uniform kitorang. Aku cakap dekat kawan aku , dia tak percaya weh! Haa, ni buktinya. Hahaha. Tapi , aku buat baju kurung kedah so nampak sikit moden nya.. Lepastu boleh pakai ke macam-macam event.

Ibu, dulu Ain lain kan ibu..dulu Ain garang nak mampus.. ibu selalu tegur ain..kenapa garang sangat..nanti takde siapa nak kat Ain..Hahaha... Ibu, princess Ibu ni dah masuk 28 tahun dah.. Ibu dulu kan ibu nak jadi penulis novel tapi impian ibu terhalang..sekarang, ain penuh kan impian ibu tu tau.. Walaupun ain tak sehebat ibu dalam menulis..tapi ain cuba copy paste mana yang baik dari ibu..Dapat jadi penulis blog pun okay la kan ibu.. Ibu, Ain rindu sangat ibu. Love you! Semoga kita bertemu di Syurga 💖

Al-Fatihah
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

8 comments:

  1. Bagus Ain...memang kita kena campur masyarakat dan mengenali jiran..bila sesuatu yang berlaku, jiranlah yang paling rapat dapat membantu kita ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull sangtttt...tringat dedulu mse ade emergency adik demam tgh malam ,ayah xde. ibu pi ketuk rumah jiran mintak hntr ke klinik.

      Delete
  2. Ibu kan suri teladan terbaik untuk setiap anak.. Ainn yang kita kenal ainn yang ceria dan kita suka tengok dia gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa... aaah, ibu mmg suri teladan utk kite.. hehhee.. bile kite ceria n gembira kite rasa BEST sangat.. kite rasa bahagia. 😁😁😁

      Delete
  3. al-Fatihah..

    nak jadi penulis novel kena suka buku tau! tiberrr! lalalalalla~

    ReplyDelete
    Replies
    1. baahhahahhaa. alamakk.. 😂😂😂 nk hbis baca buku pun susah.. kihkihkihkih 🤣🤣🤣🤣

      Delete
  4. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.