"KAK AIN KATA NAK KURUS KAN! JOM JOGING!" - Aku Ain Kau Siapa

Friday, March 1, 2019

"KAK AIN KATA NAK KURUS KAN! JOM JOGING!"

Image may contain: tree, plant, shoes, sky and outdoor
Kau tengok si Asyira ni , slumber je dia naik atas tu

"KAK AIN KATA NAK KURUS KAN! JOM JOGING!"

Iya betul , semangat aku nak jomkurus tu dah kembali muncul. Tahu kenapa dia muncul macam saka terlekat dalam badan? Jawapannya , aku rasa ngeri tengok kemain besar peha dengan punggung aku. Hahaha. Sendiri punya mestilah sendiri tengok baru perasan ke besar gedabak Farahain woi. Hahaha.

 Jadi, untuk misi kali ini sebenarnya aku target nak timbang sebulan lepastu. Aku target turun 7kg. Kenapa 7kg? Hmmm, suka hati aku la. Hahaha. Tapi , kali ni diet aku boleh tahan aku ubah juga. Aku diet makan nasi okay. Aku banyak tolak manis-manis seperti tiada air manis langsung , serta kuih dan kek , aku juga kurangkan pengambilan garam. Kalau nak tahu aku ni jenis suka makan mesti nak letak kuah sampai banjir. Aku suka hirup kuah. Ya Allah memang rasa nikmat betul kalau dapat kuah. Bukan itu sahaja , aku ni gila juga semua sos pencicah seperti sos kopok lekor , sos mayonis , sambal ayam penyet , sambal nasi ayam. Benda ni juga antara faktor lemak dekat perut aku tu banyak bertakung kerana banyak kandungan garam dan gula. Kalau nak tahu , tabiat buruk ni TERPALING SUSAH aku nak buang! Sangat susah sebab itu memang kegemaran aku.

Image may contain: one or more people and outdoor
Layan kan jela main buaian budak-budak ni
Tapi, demi misi ku kurus ini , perjuangan harus diteruskan.Gittew! Aku jadi lebih bertambah semangat bila ada peneman iaitu anak-anak jiran aku. Hahaha. Normally, kalau aku workout yang memang betul-betul waktu pagi weekdays. Bila dengan anak-anak jiran ni , aku tahu aku memang tak boleh fokus sebab nak kena dengar dia bercerita, so aku just joging manja je. Tapi jangan main-main tau, aku berjalan gitu pun boleh cecah lebih 1km. Boleh ler dapat 2000-4000 step. 

So far, setiap Jumaat pagi dan Sabtu kitorang akan berjalan pusing satu kawasan perumahan aku ni. Kau orang tengok si budak Asyira ni macam mana dia push aku, dia spam call dekat Instagram. Tak dapat Instagram , dia Whatsapp call aku. Hahaha."Kak Ain kata nak kurussss, jom joging!". Lagi la aku bersemangat. Cuma macam aku cakap tadi , kalau spent masa dengan budak-budak ni , kau tak boleh dapatkan workout yang berkualiti. Maybe sebab aku belum dapat rentak lagi. Sekurang-kurangnya aku buat. Hahaha. Lebih baik buat dari tak ada langsung kan!Kah!.

Kbye, jom kurusss..Aku nak kurus bukan sebab nak cantik , sebab aku tahu aku tak cantik..aku nak kurus sebab aku nak sihat dan terus menikmati keindahan yang Allah beri dalam hidup aku.


8 comments:

  1. permisi min numpang share ya :)
    DEWAPK^^ agen terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)


    ReplyDelete
  2. untunglah adaa teman2 berjogging.. hehehe

    ReplyDelete

  3. selamat siang semuanya ,,,,
    yukk, mari merapat yang lgi bosen gk ad kerjaan
    silahkan di klik link di bawah ini ya ^_^
    www.fansbetting.co
    untuk yg minat bergabung silahkan saja chat lgsg ke CS kami untuk info lebih lnjut
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting3
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete
  4. Apa indon banyak beno ni hahahaha..
    Kak Ain boleh! Sis ko ni pun tgh menahan nafsu kopi oii...
    Adeii gigil rasaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahhhh..byk giler spamm.hahahahhahabaa.. wish me luck 🤣🤣🤣

      Delete
  5. tah...pelik gak nape ramai sangat indon ni..hahahhahahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennnn....tiberr..ade virus ke apeee blog akuainkausiapa ni 🤣🤣🤣😋

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.